RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday 30 April 2019

SEDUTAN BUKU - SURVIVAL PESAKIT GINJAL KRONIK : BAB 8 - PENGURUSAN MASA




BAB 8

PENGURUSAN MASA
PESAKIT GINJAL KRONIK

       
Masa itu emas:
Inilah Peribahasa Melayu yang beratus tahun dahulu kala dikaitkan dengan masa. Masa itu emas merupakan satu perbandingan tentang kepentingan masa, bila telepas masa tidak boleh didapatkan kembali, emas adalah logam yang paling bernilai dan diminati oleh semua manusia didunia ini. 
      
Benarkah sampai begitu sekali?
Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas. Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa?

Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula. Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.

As-Syahid Hassan Al-Banna pula mengaitkan masa dengan kehidupan,
“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.
Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui.

Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini. Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:

“Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” ( Surah al-‘Asr: ayat 1- 3)

Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab al-Quran.

Melalui ayat di atas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.

Namun berapa ramaikah yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas?

Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa.

Mereka lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat menghiburkan hati mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang saban hari mendekati mereka!

Pengurusan Masa dalam kehidupan:
Ada manusia yang mampu menguruskan masa dengan baik sehinggakan setiap detik masa yang ada diinfakkan untuk melakukan kebaikan dan memperoleh redha daripada Allah s.w.t. insan sebegini adalah bijak menguruskan masa yang akan memperolehi ganjaran di akhirat.

Ada juga manusia yang tidak tahu menghargai masa dan selalu menghabiskan masa untuk perkara yang menggembirakan hati dan nafsu mereka sahaja.  Inilah contoh insan yang  rugi kerana gagal menguruskan masa dengan baik seperti ditetapkan Allah s.wt. dan mereka ini menyesal di akhirat dan akan diazab dalam neraka yang amat menyakitkan.

Ada manusia juga yang mampu menggunakan masa dengan baik pada mulanya, tetapi tidak kekal lama, akhirnya kembali meneruskan tabiat yang lama. Persoalannya, mengapakah perkara ini seringkali terjadi?

 “Iman itu kadang naik, kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Inilah antara sebab mengapa manusia seringkali culas dengan pengurusan masa.

Imannya kadangkala turun dan naik. Tidak tetap, faktor inilah yang perlu kita akui sebagai insan yang lemah di hadapan-Nya.

Perlu diingatkan juga, walaupun iman ini sentiasa naik dan turun, namun kita punyai pilihan sama ada untuk meningkatkannya atau mengurangkannya.

Oleh sebab itulah di dalam hadis ini, kita disarankan agar sentiasa memperbaharui iman kita.

Apabila iman sudah tetap di hati, maka pengurusan mengenai masa bukanlah masalah terbesar yang perlu dihadapi.

Manusia ini mempunyai hati yang mudah berbolak-balik. Mungkin di siang hari, kita melakukan kebaikkan, tetapi tiba di malam hari, kita berubah untuk melakukan maksiat.

Begitulah manusia yang mempunyai hati tidak tetap dan seringkali berubah. Allah s.w.t telah berfirman:

Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.” (Surah Al-Anam, ayat 110)

Semakin  kuat iman kita, semakin tetap hati kita, semakin sukar untuk kita jatuh dan tergelincir ke kancah maksiat. Namun, ianya bukan perkara yang mudah untuk istiqamah.

Nabi Muhammad s.a.w  selalu mengamalkan doa, “Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu.”

Jika Nabi yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, seringkali meminta agar ditetapkan hati, apatah lagi kita yang tidak pernah gagal untuk melakukan dosa, sudahkan doa ini dilazimi di bibir kita?

“(Iblis) menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.” (Surah Al-A’raf, ayat 16 dan 17)

Janji syaitan kepada Allah s.w.t sebelum golongan ini keluar dari syurga dan ditempatkan pula di neraka jahanam. Syaitan telah berjanji akan terus menyesatkan cucu cicit Adam sehingga hari kiamat tiba.

Hanya manusia yang benar-benar ikhlas beribadat kepada Allah sahaja dan tidak lalai akan terselamat dari godaan dan tipu daya syaitan.

INGATLAH 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA ! :

KAYA       Sebelum      MISKIN
SIHAT       Sebelum      SAKIT
MUDA       Sebelum      TUA
LAPANG   Sebelum       SEMPIT
HIDUP       sebelum       MATI

Rasulallah s.a.w. telah mengiganti umatnya tentang masa, kita diminta mengurus dan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk mendapat keredaan Allah didunia dan di akhirat.

Oleh itu ayuh marilah kita bertekad untuk mengurus masa sebaiknya. Terlewat melaksanakan sesuatu tindakan adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Malah situasi akan menjadi lebih parah lagi sekiranya tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Orang yang benar-benar mengenali masa dengan baik akan berpotensi menggunakan masa sebaiknya tanpa membazirkannya ke jalan yang sia-sia.

Setiap manusia dikurniakan 24 jam dalam sehari. Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan masa.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud:

 “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (HR: Abu Daud).

Nabi Muhammad s.a.w menekankan supaya apabila kita ingin melakukan sesuatu, maka hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Dalam konteks penggunaan masa, kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan agar masa yang digunakan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Biarlah pekerjaan itu sedikit, tetapi pastikan jangan meleret!
Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan elakkan bertangguh agar masa yang selebihnya dapat digunakan untuk perkara lain yang sama taraf kepentingannya.

Hidup bermasyarakat mensyariatkan kita agar bermuamalat dengan manusia lain.

Kita sering sahaja memandang enteng tentang kepentingan masa orang lain. Apabila perkara ini tidak dibendung sewajarnya, maka mudarat mudah sahaja mendekati!

Mungkin mudah untuk berjanji masa dengan orang lain, tetapi tidak mudah untuk menepati masa dengan orang lain.  Berjanji masa lain, tepati masa lain.

Inilah mentaliti yang perlu kita atasi secepatnya. Membiarkan perkara ini sehingga bernanah, akan merumitkan lagi langkah pemuliharaan. Sekiranya berjanji, maka tepatilah sehabis baik. Hormati masa orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menghormati masa kita. Perlu diingat orang yang tidak menepati janji adalah mereka yang mempunyai sifat orang munafik.

Tawan masa!
Ramai manusia yang celik akan kepentingan masa tetapi buta akan cara menggunakannya.

Jadi, perkara ini akan merugikan diri kita sendiri. Belajarlah cara menawan masa dan janganlah biarkan diri kita ditawan pula oleh masa!

Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.” ( HR: Bukhari)

Pengurusan Masa bagi Pesakit Ginjal Kronik
Pesakit ginjal kronik merupakan insan yang telah hilang sebahagian daripada nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka. Kesakitan ginjal kronik mengakibatkan mereka perlu menjalani dialisis sebagai salah satu ikhtiar untuk meneruskan kehidupan.

Dialisis merupakan mesin  ‘tali hayat’ bagi pesakit ginjal keronik dan mereka perelu mematuhi jadual rawatan yang ketat dan mengambil masa  sekurang-kurangnya 4 jam bagi satu sesi rawatan.

Pengalaman penulis menjaga isteri selama hampir satu tahun didapati
pengetahuan pesakit dan penjaga serta kuarga pesakit tentang pengurusan masa adalah amat penting.

Masa perlu diurus  dengan cekap dan berkesan setiap hari. Pesakit perlu mengatur aktiviti kehidupan seharian kearah menggunakan masa untuk membolehkan kesihatan  badannya stabil dan terus beribadat kepada Allah sebagai  bekalan menuju ke alam kematian dan akhirat yang kekal abadi. Perlu diingat ketibaan ‘maut’ bagi pesakit ginjal kronik boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Oleh itu masa yang begitu terhad dan kritikal ini perlu diurus tadbir dengan sebaiknya  saban masa. Jika diurus dengan bijak masa kita akan memperolehi manafaat didunia dan juga pahala di sisi Allah di akhirat kelak.

Ini adalah kerana pesakit ginjal kronik boleh pada bila-bila masa mengadap Allah.

Sepanjang isteri menjalankan rawatan di Pusat Dialisis hampir satu tahun. Kami telah melihat bagaimana pesakit yang semasa datang ke Pusat Dialisi dengan memandu kereta sendiri.

Setelah menjalani rawatan dialysis dalam tempoh hampir 4 jam. Pesakit pada saat akhir proses rawatan itu 10 minit sebelum tamat, tetiba pengsan dan tidak sedarkan diri.

Pihak doktor dan jururawat berhempuas pulas untuk membantu tetapi gagal, apakan daya akhirnya ajal pesakit telah tiba, pesakit meninggal dunia.

Kes sebegini telah berlaku sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan. Kami mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan juga telah di jelaskan di dalam Al Quran :

  Setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( al-Ankabut: 57).

Hal ini sesuai dengan firman Allah s.w.t.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Al Imran:185).      . .                                                                                                                                       .
Ketika kematian terasa begitu dekat terpadam semua hal duniawi, tiada lagi mimpi-mimpi pelangi, hanya dibayangi wajah yang bakal menjemput apakah yang hadir itu bersama cahaya? atau apakah ia membawa kegelapan?.

Menyedari hakikat ini…. Pesakit ginjal kronik perlu bijak mengurus masa yang masih berbaki.

Di sepanjang tempoh rawatan dialysis selama 4 jam itu perlu diisi dengan yang memberi manafaat dan mendapat keredaan Allah.

Berzikir  adalah salah satu amalan yang amat baik, disamping membaca Al-Quran bagi yang hafal dan mereka yang tidak hafal boleh membaca surah-surah pendek atau menggunakan gajet MP3 Al Quran.

Semoga masa terluang 4 jam proses rawatan dialysis dengan kekerapan 3 kali seminggu itu, menjadi masa yang penting untuk mengharap pahala Allah sebanyak mungkin. Duduk dalam keadaan berzikir memuji kebesaran Allah adalah amalan yang patut diamalkan oleh pesakit ginjal kronik yang menjalani dialisis, manalah tahun jika sampai ajal semasa sesi dialisis itu, semoga inya dapat membantu pesakit menjadi insan yang beriman dan bertaqwa dengan kesudahan hayatnya dalam keadaan memuji kebasaran Allah yang dijanjikan syurga di akhirat nanti. In sya Alla.

Pengurusan Masa Penjaga atau Keluarga Pesaakit’
Semestinya pesakit ginjal kronik yang menjalani rawatan dialisis amat memerlukan bantuan daripada keluarga terdekat bagi membolehkan aktiviti kehidupan harinya berjalan seperti biasa, Bantuan perlu memandangkan pesakit ginjal kronik yang menjalani rawatan dialisis akan mengalami keletihan selepas rawatan dialysis tamat.

Kebiasaannya akan mengambil masa antara setengah hingga satu jam bagi pesakit memulihkan tenaga, emosi dan fizikal  untuk  berfungsi  secara normal.

Pengamatan penulis di Pusat Dialisis, bagi pesakit yang tidak ada keluarga terdekat menunggu, ianya akan memberi tekanan emosi, sehinggakan ada pesakit yang mengacua dan terpekek terlolong umpama orang yang hilang akal apabila dirinya terasa penat atau lengoh semasa menjalani rawatan dialisis.

Keluarga terdekat perlu berada di sisi pesakit dan membantu pesakit dengan cara mengosok-gosok dibahagan anggot yang lengoh atau terasa sakit itu. Bila ini dapat dilkukan, emosi pesakit terkawal dan dia dapat menahan sakit sehingga selesai sesi rawatan.

Bagi kelarga terdekat yang membantu pesakit dan bersama tinggal di Pusat Dialisis sepanjang tempoh 4 hingga 5 jam itu pasti akan merasai suasana boring. Bagi mengatasi masalah ini adalah disarangkan untuk mereka melakukan aktiviti yang bermanafaat seperti melayari  laman sesawan untuk mendapat ilmu dalam Blogger, You Tube, FB atau Twiter dan sebagainya.

Jika mereka yang menjalankan bisnes, bolehlah menggunakan masa yang ada itu untuk mempromosi perniagaan mereka Melalui Internet.

Bagi penulis, masa 4 jam lebih di Pusat Dialisis, saya jadikan masa untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat atau cerita yang dapat saya posting ke dalam akaun FB, Blogger atau menyiap manuskrip untuk buku yang  akan saya terbitkan dari masa ke semasa.

Kadang kala pada masa menunggu itu saya gunakan untuk membaca Al Quran. Kadangkala pada hari-hari tretentu saya mengguna masa luang itu untuk memahami isi kandungan yang diistilahkan sebagai “Tadabbur” untuk menjadikan segala  ajaran yang terdapat didalam Al Quran itu dipartikkan dalam kehidupan.

Jika keadah ini diamalkan ianya dapat mengelakkan perasaan jemu dan membosankan kepada keluarga pesakit yang menjaga  pesakit. Keberadaan penjaga sepanjang tempoh pesakit menjalani rawatan dialisis, dapat menjadi ‘booster’ kepada terapi minda pesakit, mereka akan mempunyai sikap keyakinan diri, emosi yang terkawal dan ceria dan stress dapat dikuarangkan.


Pengurusan  Masa oleh Pusat Rawatan  Dialisis.
Pihak Pengurusan  dan  staf di Pusat Dialisis juga perlu mengadakan program yang dapat membantu meningkatkan emosi dan mengurangkan stres kepada pesakit disepanjang tempoh menjalani rawatan dialisis.

Semua staf perlu didedahkan kepada pengurusan emosi pesakit terutama bagi pesakit yang keluarga mereka tidak dapat bersama sepenuhnya disepanjang proses rawatan dialisis.

Kadangkala pesakit meminta bantuan untuk membetulkan posisi duduk mereka bagi mengurangikan terasa lengoh, perlu dilayani dengan penuh hemah, kerana kadangkala dalam kesibukan menjalankan tugas, pekerja terkeluar perkataan kasar atau menyindir pesakit, yang boleh melukakan perasaan hati kecil pesakit. Kadangkala sampai pesakit menagis kerana berkecil hati, tindakan sebegini sangat tidak patut dilakukan. Kerana ganguan emosi pesakit boleh menyebabkan pesakit menjadi stres dan jika berpanjangan boleh menyebabkan terjadinya kemurungan.

Pihak Pusat Dialisis ada menyediakan TV bagi menghiburkan pesakit dalam tempoh rawatan yang memakan masa 4 jam itu. Tindakan ini adalah baik dan dapat menghiburkan pesakit.

Cuma perlu bijak menggunakan TV untuk mengikuti ‘drama’ yang menghiburkan pesakit. Perlu juga diselang selikan dengan kuliah agama atau segmen ‘rencana’ yang memaparkan pelbagai ilmu untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Program TV berbentuk ceramah keagamaan ini akan menjadikan pesakit yang berada di Pusat Dialisis itu diibarakan sebagai berada di  Majlis Ilmu’ yang merupakan sebagai ‘Taman Syurga’

Dapatlah dirumuskan bahawa Pengurusan Masa untuk Pesakit Ginjal Kronik ini, adalah satu perkara yang amat penting dan perlu diteliti oleh semua pihak yang terlibat dengan peroses rawatan pesakit ginjal kronik, bagi mebolehkan pesakit  terus hidup dengan sokongan ‘talian hayat’ mesin dialysis itu dapat menerusakan kehidupan  mereka dalam keadaan mendapat keredaan Allah yang sudah pastinya akan memperolehi ganjaran syurga diakhirat nanti. In sya Allah.


Nota> Buku boleh dibeli di feedAread.com

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.