RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 2 May 2019

SEDUTAN BUKU - SURVIVAL PESAKIT GINJAL CKD - BAB 11 BAGAIMANA PENJAGA DAN KELUARGA DAPAT MEMBANTU PESAKIT CKD




BAB 11

BAGAIMANA PENJAGA DAN KELUARGA DAPAT MEMBANTU PESAKIT  CKD

Pesakit  CKD adalah mereka yang diantara pesakit kronik yang meneruskan hayat kehidupan dengan bergantung kepada mesen dialisis. Kehidupan mereka menjadi terhad yang menyebabkan pergerakan aktiviti harian tidak dapat dilakukan seperti biasa.

Diperingakat awal pesakit CKD akan mendapati fikrian mereka terganggu kerana sentiasa dihantui oleh perasaan takut untuk menempuh masa-masa mendatang. Lebih-lelhi lagi apa bila badan terasa letih, selera makan berkurangan, pergerakan semakin terhad dan bebaban kewangan meningkat bagi menampung kos rawatan dailisis yang besar.

Oleh itu sebilangan besar pesakit CKD akang mengalami suasana stress dan jika dibiarkan berpanjangan akan memungkinkan mereka dihidapai penyakit kemurungan, jika tidak dirawat dengan cara yang betul ia boleh mebawa kepada tahap sakit mental.

Oleh itu bagi memulihkan perasaan depress pesakit CKD, bantuan daripada keluarga terdekat amat diperlukan. Ini memandangkan pesakit CKD perlu kepada bantuan orang lain bagi membolehkan keperluan asa bagi kehidupan harianya dipenuhi.

Berdasarkan pengalaman penulis menjaga isteri yang mengidap sakit ginjal kronik. Semasa menjalani rawatan dialisis perana keluarga untuk membantu pesakit amatlah berguna untuk membolehkan pesakit terus hidup seperti biasa walaupun mereka terpaksu menggunakan “Talian Hayat’ mesin dialisis.

Disini disenaraikan beberpa tip penting yang perlu diberi perhatian oleh keluarga untuk membantu pesakit CKD yang.  Ia penting kerana Dialisis merupakan suatu rawatan  yang memakan masa yang agak lama untuk menyelamatkan nyawa pesakit, dengan izin Allah.

Hakikatnya untuk menyesusuaikan diri sepanjang menjalani rawatan dialysis tidakalah mudah. Pesakit perlu berjuang untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang melibatkan aspek fizikal dan emosi.

Mempunyai perasaan cemas dan depres adalah normal bagi pesakit CKD diperingkat awal. Namun ianya akan dapat diadaptasi secara perlahan dan sedikit demi sedikit bila masa berlalu ianya dapat diserasikan dengan corak kehidupan baru sebagai pesakit kronik.

Pesakit perlu tabah menghadapi suasani depres dalam peroses rawatan peringkat awal dan perlu sentiasa berfikiran positif. Lebih-lebih lagi kita sebagai penganut agama Islam perlu yakin dengan firma Allah yang bermaksud “setiap kesusahan pasti aka ada kebaikan diakhirnya”: “ Allah Bersama-sama hambaNYa  yang sabar”.

Adalah benar tidak hanya pesakit yang berjuang melawan penyakit ginjal kronik, tetapi juga orang-orang yang disayangi di sekitar mereka.

Berdasarkan pengalaman penulis menjaga isteri sebagai pesakit ginjal kronik lebih satu tahun, keluarga terdekat perlu mengambil langkah berikut untuk membantu pesakit menjalani rawatan dialisis:

Tip 1: Mencari maklumat tentang penyakit ginjal kronik
Pesakit dan juga keluarga hendaklah mendapatkan meklumat sebanyak mungkin berkaitan dengan penyakit Ginjal Kronik; ia bertujuan untuk membolehkan pesakit dan keluarga yang menjaga mereka mengetahui dengan terperinci tentang simpton-simpton penyakit; bagaimana rawatan dijalankan, bagaimana pola pemakanan pesakit, apakah rawatan yang sesuai untuk tahap-tahap tertentu pesakit, adakah pesakit boleh dirawat sepenuhnya dan adakah pesakit boleh sembuh sepenuhnya. Berapakah jumlah kos untuk rawatan dialysis.

Aspek keadah beribadah juga perlu dikatahui dengan baik, seperti bagaimana pesakit menjalankan solat semasa rawatan dialisis. Bagaimana puasa pada bulan Ramadan. Apakah pesakit CKD boleh menjalani puasa Ramadan ? Jika tak boleh berpuasa, bagaimana cara menggantikan puasa yang tertinggal itu. 

Tip 2: Pesakit dan Keluarga perlu ambil peranan yang aktif dalam proses rawatan dialisis.
Pesakit perlu menjadi seorang anggota aktif dalam Kumpulan  Rawatan Dialisis yang meliputi  doktor, juteknik mesen dialisis, pekerja sosial, dan  Doktor Pakar Neprology. Perlu diingat  bahawa mereka semua  ingin membantu pesakit dalam menjalanin rawatan dailisis.

Meskipun pendapat dan pandangan mereka penting, tetapi pesakit mempunyai hak untuk menyatakan sesuatu berkaitan dengan rawatan.  Ingatlah bahwa pasukan perawatan dialysis hanya membantu anda menjalani rawatan dan merasai kesan rawatan kepada diri dan pola kehidupan.

Tetapi jangan lupa kita pesakit adalah yang berhak segalanya untuk menentukan cara rawatan yang paling sesuai dengan keperluan badan kita. Oleh itu perlu memberi maklum balas dengan segara sekiranya semasa rawatan dialisis diri pesakit rasa tidak selesa. Kerana ianya jika dibiarkan tanpa maklum balas kepada jururawat di Pusat Dialisis ianya boleh membahayakan diri sehingga menyebabkan ‘koma’ atau maut.


Tip 3: Kumpulkan maklumat rawatan daripada pesakit yang lebih senior.
Keluarga perlu mencari maklumat tentang kesan rawatan atau apa-apa tindak balas yang terjadi disepanjang proses rawatan dialisis dari pesakit yang lebih senior. Maklumat ini penting untuk membantu pesakit mensiapkan diri dalam menjalni kehidupan sebagai pesakit ginjal kronik yang penuh cabaran.

Maklumat ini dapat memberi jati diri pesakit dalam mengharugi serba kemungkinan yang tidak selesa berlaku dari masa ke semasa. Apabila berlaku satu tindak balas yang luar biasa dari kehidupan normal pesakit, dengan panduan dari pesakit yang lama dapat membantu untuk pesakit baru menempuhkan carbaran dengan tenang. Ini membolehkan proses rawatan dialysis berjalan lancer.

Tip 4: Mendapatkan Dialisis yang Cukup.
Ginjal yang sihat bekerja sepanjang waktu untuk membuang limbah dan cairan berlebih dari tubuh anda. Ketika ginjal anda gagal berfungsi, pembuangan limbah dan cairan berlebihan dari tubuh anda hanya  terjadi selama rawatan dialisis. Kerana itu penting agar anda tidak melewati perawatan yang sudah dijadualkan.

Kerana dialisis yang tidak cukup (inadequate dialysis) akan menyebabkan penumpukan limbah dan cairan dalam tubuh anda, yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dan kelangsungan hidup anda.

Program dialisis kebiasaanya dijadualkan sebanyak 3 kali seminggu, dengan ralat selang sehari, masa untuk dialisis adalah selama 4 jam bagi satu sesi. Kebanyakan Pusat Dialisis Swasta mempunyai tiga shif masa operasi iaitu jam 7 hingga 11 pagi; jam 11 pg hingga 3 ptg dan 3 ptg hingga 7 malam.

Keluarga perlu sentiasa peka dengan jadual yang telah ditetapkan supaya urusan mengahantar, menjaga dan mengambil pesakit dapat dijalankan secara baik dan konsisten. Untuk lebih efektif bagi masa penghantaran ke Pusat Dialisi perlu dilakukan lebih awal sekurang-kuiirangnya 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan tepat pada waktunya. Jika terlewat ia akan menggangu masa pesakit lain di sif berikutnya.

Begitu juga masa mengambil peakit dari Pusat Dialisi, keluarga perlu datang lebih awal 5 minit sebelum masa ditetapkan, ini untuk mempastikan supaya pesakit tidak tunggu lama, kerana kelewatan mengambil selepas dialisi akan meberi tekanan perasan kepada pesakit. Lebih-lebih lagi kebiasaannya selepas dialisis, pesakit akan terasa letih kerana duduk dalam keadaan satatik untuk tempuh 4 jam.

Tindakan keluarga terdekat yang sentiasa menepati masa akan memberi semangat kepada pesakit  dan beliau boleh pulang untuk berehat dengan lebih selesa.

Pengalaman penulis yang sentiasa menunggu isteri di Pusat Rawatan Dialisis, didapati pesakit CKD yang keluarga lewat datang ambil untuk bawa pulang setelah masa tamat, pesakit  menjadi  panik dan tidak sabar.. Kelihatan pesakit merunggut dan membebel dalam keadaan marah. Memperlihatkan emosi mereka tertekan.

Tip 5: Kenali ubat dan makan  ubat ikut arahan doktor.
Pesakit CKD akan dibekalkan dengan pelbagai jenis ubatan untuk rawatan sakit ginjal. Keluarga perlu mengenali ubatan ini dan jumalah yang perlu dimakan dalam sehari. Jadual makan ubat perlu dipatuhi dengan tepat setiap hari. Jika tidak dipatuhi ianya akan memberi kesan proses rawatan dialisis.

Bagi mempastikan pesakit mematuhi cara makan ubat yang diarah oleh doktor.  Adalah dinasihatkanb supaya keluarga menyediakan sebuah buku diari bagi mencatat masa pesakit makan ubat.

Keluarga juga perlu meneliti pesakit tentang kesan ubat keatas kesihatan sehariannya. Jika didapati ada kesan sampingan terhadap pesakit, perlu dimaklum kepada doktor untuk membolehkannya menukar ubat lain yang lebih seusai dan tidak memberi kesan sampingan.

Maklum balas dari keluarga tentang kesesuain ubat amat membantu pihak doktor memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit dan ia akan membantu pesakit mempertingkatkan lagi kesihatan mereka.

Tip 6: Mengawasi pesakit supaya tidak mengalami stres dan kemurungan.
Pesakti CKD akan mengalami perubahan besar dalam kehidupan  mereka. Pesakit mungkin memiliki waktu yang lebih sedikit dan merasa kurang tenaga.

Pessakit mungkin perlu melakukan perubahan di rumah dan di tempat kerja. Sebagai contoh, pesakit mungkin perlu mengurangi beberapa aktiviti dan tanggung jawab. Situasi sebegini,  menjadikan pesakit kinjal yang menjalani dialisis  akan alami depres.

Kadangkala mereka akan merasai putus asa untuk meneruskan kehidupan.  Ia akan mengeluarkan hormon nagatif dalam diri pesakit. Jika tidak ditangani  dengan segera dan secara bijaksana akan boleh memudaratkan kesihatan pesakit sehingga ia akan mengalami kemurungan dan jika beterusan boleh membuatkan pesakit menjadi  sakit mental.

Oleh itu keperihatinan keluarga terhadap masalah depresi pesakit akan menghalang pesakit mengalami kemurungan. Sikap keluarga yang sentiasa cakna terhadap keselesaan pesakit serta sentiasa menjaga emosi pesakit dengan memperlihatkan kasih sayang mereka tidak berubah terhadap pesakit. Akan membantu emosi pesakit lebih stabil dan dia akan a menjadi insan yang positif terhadap  penyakit ginjal kronik yang dialami itu.

Pesakit perlu dinasihati bahawa penyakit  yang dialami itu adalah anugrah Allah sebagai ujian untuk membolehkan dirinya mencapai tahap taqwa yang lebih tinggi dan akan dihapuskan segala dosa-dosa mereka yang lalu, dengan syarat pesakit dapat menempuh segala dugaan kesakitan itu dengan penuh kesabaran.

Tip 7: Bantu Pesakit Untuk Terus Aktif dan Beriadah.
Pesakit Dialisis akan mengalami masa untuk beriadah amat terhad kerana sebahagian besar masa kehidupan harian terpaksa dipenuhi dengan jadual rawatan dialis yang rijid serta memakan masa yang agak lama. Ini akan menghalang pesakit dari melakukan aktiviti sukan dan riadah. Sedangkan kita semua maklum untuk memperolehi kesihatan yang sempurna, riadah adalah satu keperluan dalam rutin kehidupan harian seseorang.

Untuk itu keluarga perlu mengatur jadual dari masa ke semasa untuk membolehkan pesakit CKD terlibat dengan aktiviti sosial dan riadah.
Sebagai contoh  semasa  membawa pesakit pergi membeli  belah, keluarga boleh membantu pesakit untuk  beriadah sambal membeli belah seperti berjalan-jalan  di shopping mall. Aktiviti sebegini akan  memberi  kesan  positif  kepada  emosi pesakit disamping jujga dapat melakukan pergerakan fizikal tubuh  secara sederhana.

Tip 8: Gunakan Waktu Anda dengan Bijak Saat Perawatan.
Setiap sesi dialisis berlangsung selama 4 jam dan seorang pesakit mermelukan 3 sesi dialisis seminggu. Adalah penting untuk memanfaatkan sebagian besar waktu tersebut dan tidak membiarkan terbuang dengan sia-sia.

Kebiasanya pesakit ginjal kronik semasa rawatan dialysis akan menonton TV yang disediakan oleh Pusat Dailisis, siaran TV dipenuhi dengan rancangan drama bersiri, sekali sekala diselang seli dengan program berita dan isu semasa.

Ada juga pesakit yang gunakan masa 4 jam itu untuk berzikir, membaca Al Quran dan mengemaskini ‘wall’ FB mereka.

Bagi sesetengah pesakit yang masih bekerja dan berjawatan tinggi  menggunakan masa ruang itu untuk menjalankan kerja-kerja pejabat.

Bagi kelaurga yang menunggu pesakit untuk tempoh 4 jam boleh menggunakan masa untuk  melakukan sesuatu yang berfaedah dalam usaha  memberi sokongan moral kepada pesakit antara lain cuba mengawasi pesakit disepanjang proses rawatan dialisis,  jika berlaku sesuatu perkara diluar kelaziman seperti pesakit sakit kepada, degupan jantung laju, terjadi ‘hypo’, sesak nafas maka perlu.  Bertindak segera untuk memberitahu jururawat bertugas. Bagi membuat pemeriksaan rapi. Jika keadaan menjadi bertambah kritikal, mesen dailisis perlu diberhentikan segera.

Pengalaman penulis dalam tempoh hampir satu tahun menjaga isteri di Pusat Dialisis, telah melihat sendiri bagaimana pesakit yang sedang  menjalani dialysis menjadi koma dan meninggal dunia. Kes sebegini telah berlaku 3 kali.

Ambil iktibar dari kejadian itu, Penulis perpendapat keluarga terdekat perlu menjaga dan mengawasi pesakit  secara sepenuh masa. Mereka yang ditugaskan untuk mengawasi  pesakit perlu  proaktif untuk memantau keadaan kesihatan pesakit dan apabila berlaku sesuatu perkata diluar kebiasaan  hendaklah  dengan pantas memaklumkan kepada jururawata bertugas untuk meberhentikan mesin dialisi dengan serta merta.

Kesimpulannya pesakit dan keluarga yang menjaga pesakit perlu menggunakan masa di Pusaat Dialisis dengan bijak dan efektif.


Tip 9: Peasakit Perlu Cukup Tidur.
Pesakit CKD kebiasaannya  mengalami masalah tidur. Kadang kala pada waktu malam pesakit sukar untuk tindur. Gangguan tidur yang tidak sempurna ini menyebakan pesakit mengalami sakit kepala, keletihan, stres dan murung.

Oleh itu keluarga perlu memainkan peranan untuk membantu pesakit dapat tidur dengan lena dan secukupnya. Perlu menjaga keadaan pesakit dengan mengambil berat waktu rehat pesakit, umpamanya halang pelawat untuk berkunjung semasa pesakit sedang tidur.

Pada waktu malam bila pesakit tidak dapat tidur. Pasangan terdekat boleh membantu pesakit untuk melakukan ibat malam; solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan berzikir. Bila amalan ibadat ini dilakukan sebagai rutin akan mendekatkan diri dengan Allah. Hubungan yang baik pesakit dengan Allah melalui ibadat  malam ini akan memberi ketenangan kepada emosi pesakit. Kerana kita perlu sedar bahawa ketenangan dan kestabil emosi adalah hidayah dan Rahamat Allah. Ianya tidak boleh diperolehi walaupun hendak dibayar dengan wang yang mahal.

Tip 10: Sentiasa Bermurah  Hati Dengan Memberi Sedekah.
Bagi pesakit CKD dalam keadaan biasa, adalah sukar untuk sembuh sepenuhnya. Rawatan Dialisis hanyalah ikhtar untuk membolehkan pesakit terus hidup. Kecuali jika pesakit melakukan pembedahan menukar buah pinggang sahaja yang boleh membantu pesakit sembuh tanpa perlu lagi menjalani rawatan dialisis. Sungguhpun begitu kos pemindahan buah pinggang adalah tinggi serta sukar mendapat derma buah pinggang ganti yang serasi dengan pesakit. Faktor umur juga menghalang pesakit untuk  mejalankan pemindahan ginjal.

Oleh itu salah satu ikhtiar untuk memperoleh kesembuhan bagi penyakit ginjal keronik adalah melalui keadeh bersedekah sebagimana dianjurkan oleh Islam.

Rasulullah s.a.w. pernah  bersabda yang bermaksud :
Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Baihaqi)

Sabda Bagainda lagi yang bermaksud :
Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya boleh dihapus dengan puasa, solat, sedekah, dan amar makruf nahi mungkar.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu keluarga pesakit CKD boleh memainkan  peranan dengan menasihati pesakit supaya bersedia untuk memberi sedekah sebahagian daripada harta yang dimilikinya.

Anak-anak pesakit juga boleh membantu dengan  memberi sedekah dan diniatkan sebagai usaha untuk memperolehi kesembuhan daripada Allah bagi penyakit CKD yang diaalami oleh orang tua mereka.

Mudah-mudahan dengan Rahmat Allah pesakit beroleh kesembuhan atau memperolehi ketenagan dalam menjalani rawatan dialisis yang membolehkannya hidup lebih lama, In sya Allah.

Kesimpulannya tidak dinafikan bahawa keluarga juga mempunyai peranan pentiang untuk membantu pesakit CKD. Bantuan yang diberikan itu akan dapat memberi ketenangan emosi kepada pesakit dan juga akan membantu pesakit untuk bersikap positif dalam menempuh kehidupan yang mencabar semasa menjalani rawatan dialisis sebagai ikhtiar untuk terus hidup dengan ceria dan bermotivasi.


Nota: Buku boleh dibeli di feedAread.com

1 comment:

Thanks for your comments, I will reply soon.