RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 22 April 2015

mampukah kita bersabar dengan ujian Allah ?


SABAR

Allah menjelaskan menerusi ayat 200 surah Ali Imra maksudnya : “Wahai orang yang beriman, bersabarlah dn kuatkanlah kesabaran kamu”

Allah juga ada menjelaskan menerusi ayat 155 surah Al Baqarah .  “ Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan katakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa, serta hasil tanaman Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar”.

Menerusi ayat 10 surah az –Zumar, Allah menjelaskan . Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidan terkira”.

Allah menjelaskan lagi menerusi surah asy- Syura ayat 43 maksudnya “ Orang yang sabar dan memaafkan, sungguh perbuatan yang demikian itu adalah antara perkara yang perlu diambil berat”.

Allah menjelaskan menerusi ayat 153 surah al- Baqarah maksudnya “ Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar an dengan sembahayang, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar”.

Allah juga menjelaskan menerusi surah Muhammad ayat 31 maksudnya “ Sesungguhnya Kami tetap menguji kamu sehingga Kami mengerahui orang yang berjihad dan bersabar antara kamu. Kami akan menguji hal kamu”.
Malah terdapat banyak lagi ayat-ayat al Quran yang menjelaskan arahan Allah supay kita bersabar dan dijelaskan juga keleihan sabar yang amat banyak. Disampin itu hadis Nabi saw juga ada menyebutkan tentang sabar, antara lain:  

Koleksi hadis-hadis:

* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadis riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
– Hadis riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 
“Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” 
- Hadis riwayat Imam Bukhari

* Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”.
– Hadis riwayat Muslim

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” 
- Hadis riwayat Muslim

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”
– Hadis riwayat Thobrani

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
– Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.”
– Hadis riwayat Bukhari

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” 
(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” 
- Hadis riwayat Bukhari

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
– Hadis riwayat Bukhari

* Dalam hadis qudsi Allah berfirman : “Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”


Jenis-jenis kesabaran
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, “Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah S.w.t,  sabar dari melakukan maksiat, dan sabar dari ujian Allah.”
.
Syair Imam Syafie berkenaan sabar
Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap
(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)
.
Penutup
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.” - Surah al-Baqarah, ayat 45.
Sehubungan itu marilah kita semua menghisbah diri, sejauhmanakah sifat sabar ada pada diri kita, sudahkah kita selama ini beramal dengan sifat sabar apabila menerima segala ujian dari Allah. Bila kita menemui kegagalan dalam melakukan sesuatu perkara sejauhmanakah kita bersabar, adakah kita akan berusaha lagi untuk melakukan dengan cara lebih baik supaya kita perolehi kejayaan atau kita berputus asa dan cuba menyalakan orang lain di atas kegagalan kita. Atau kita merasakan Allah tidak sayangkan kita sebab itu Dia tidak merestui kejayaan kita ?

Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.