PENAWAR SIHIR
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Sihir atau santau adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Malah ada yang berbangga kerana telah berjaya mengenakan orang yang di bendinya dengan sihir, sehinggakan si mangsa merana sepanjang hayat. Bahkan ada yang membawa ajal.
Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk mengajar sihir. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran, kerana di dalam ayat tersebut ada dijelaskan akan peringatan yang diberikan oleh Harut dan Marut yang berbunyi:-

" Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)"
Bagaimana Merawat Sihir?
Kebanyakan kita apabila terkena sihir akan pergu jumpa bomoh untuk merawat. Kadangkala cara rawatan bomoh berkenaan juga adalah bertangan dengan syariat Islam, malah ada juga yang merawat secara sihir balas. Ini adalah tindakan yang amat tidak baik kerana dengan perbuatan itu kita juga terlibat dengan perbuatan sihir dan mendapat dosa besar. Oleh itu perlu berhati-hati dalam merawat sihir.
Jangan terpedaya dengan amalan2 khurafat dan syirik tok-tok bomoh atau siapa2 saja dalam kita mencari ikhtiar untuk menyembuhkan mangsa sihir. Islam itu mudah. Islam tidak akan menganiaya umatnya. Dan rawatan untuk memulihkan sihir dalam Islam juga cukup mudah. Tetapi apa yang tidak mudah ialah, untuk memastikan diri kita masih di dalam Islam sebelum memulakan ikhtiar merawat mangsa sihir. Maknanya, cara rawatan sihir dalam Islam mudah, tetapi ia tidak mungkin akan berhasil (melainkan dengan izin Allah), jika si perawat ada melakukan perkara2 syirik tanpa disedarinya.
Bahan Yang Perlu Ada
Cuma air masak (segelas atau satu jug)
Cara Rawatan:-
1. Mengucap dua kalimah shahadah
2. Mengambil wuduk
3. Solat sunat 2 rakaat (sekurang2 nya)
4. Berdoa minta Allah ampunkan dosa kita jika kita ada melakukan perkara2 syirik tanpa kita sedari, dan minta Allah bantu kita dalam usaha merawat mangsa sihir
5. Baca ayat 102 dan 103 Surah al-Baqarah sebanyak 21 kali
6. Baca doa seperti ini "Ya Allah Yang Maha Agung, bunuhlah sihir yang dikenakan kepada orang ini, keluarkanlah semua sihir yang ada di dalam tubuhnya, sembuhkanlah dia seperti sediakala ya Allah.
7. Hembus / tiup air masak yang telah disediakan tadi
8. Beri mangsa minum sedikit.
9. Lebihan air itu masukkan ke dalam baldi, dan campur dengan air paip untuk dibuat mandi
10. Minta mangsa mandi dengan air tersebut, dan sewaktu mandi, minta mangsa gosok seluruh tubuhnya mana yang sampai dengan tangannya.
InsyaAllah, mangsa akan muntah jika ada terkena sihir. Ada kes di mana selepas minum air masak itu mangsa terus muntah. Ada juga yang muntah ketika mandi dan ada pula selepas mandi.
Jika mangsa muntah, teruskan rawatan sekali setiap hari selama seminggu dengan mengulangi langkah 1 sehingga 10 yang dinyatakan di atas.
Jika selepas seminggu mangsa masih muntah atau terasa loya nak muntah, teruskan rawatan untuk minggu kedua, dan seterusnya, sehinggalah mangsa tidak lagi berasa apa2 selepas minum dan mandi air yang didoakan.

Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.