RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 24 April 2015

BUKU - BERCINTA SAMPAI SYURGA

PENERBITAN BUKU - TENTANG SUAMI MENJAGA ISTERI LUMPUH - LEBIH 15 TAHUN



Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera,   
Pelawat yang dihormati dan dikasihi sekalian.        

        
Alhamdulillah pada masa ini saya dengan kerja sama editor dari Penerbitan :PTS menerbitkan buku berjudul ' BERCINTA SAMPAI SYURGA"  buku berkenaan bagaimana amalan saya dalam kehidupan  berumah tangga yang telah memakan masa 35 tahun. Dalam tempoh itu isteri pula telah menjalani pembedahan kepada akibat daripada berlaku pendarahan dalam otak pada Mac 2001. Kini isteri telah lumpuh sebelah tubuh (kanan).

Akibat daripada situasi ini, saya menjaga isteri  untuk memenuhi keperluan kehidupan seharaiannya sperti, mandi-manda, makan-minum, solat, dan juga menjaga emosinya. Saya juga memberi semangat untuk memulihkan kembali fizikal dan emosi bagi membolehkan dia terus hidup seperti orang biasa.

Ahamdulillah. dengan hidayah Allah saya telah melalaui suka duka menjaga isteri lumpuh selama 15 tahun. sehinggakan pada masa ini saya boleh dikatakan mahir memasak pelbagai masakan sperti manu gulai dan nasi mengikut masakan tradisional Melayu.

Sikap dan amalan dalam mengendalikan kehidupan suami isteri yang saya tuliskan dalam buku ini yang mempunyai lebih 32 topik adalah faktor yang amat penting bagi membolehkan saya terus bersemangat menjaga isteri dan juga menjadi ketua keluarga bagi anak-anak saya; walaupun masa telah berlalu hampir 15 tahun isteri sakit dan tempoh perkahwinan kami adalah 35 tahun, ini bermakna hampir separuh daripada tempoh perkahinan kami adalah dilalui dalam keadaan isteri lumpuh. Alhamdulillah hidayah Allah terus memberi kebahagian dan kesemarakan cinta kami sehingga kini.

Jika anda mengalami pasangan yang sakit lumpuh atau sakit kronik yang memerlukan rawatan dan pertolongan anda sepanjang masa, buku ini saya jangka amat berguna untuk di jadikan panduan dan teladan..Insya Allah.

Di dalam buku ini juga saya muatkan tips-tips bagaimana menjaga pesakit lumpuh yang perlu diketahui oleh penjaga dan ahli keluarga. Ini adalah penting kerana perilaku pesakit lumpuh akan bertukan secara mendadak dan ianya amat  berbeza dengan perilaku sebelum ianya mengalami kesakitan. 

Jika mana -mana pelawat yang berminat memberi apa-apa pandangan boleh email saya di alamat ; nikraihanrahman@gmail.com

Wasalam.

RAIHAN PAHIMI
Panji, Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.
September 2014.
Mobil : 019 9831553

Nota:
Buku BERCINTA SAMPAI SYURGA telah diterbitkan mualai Januari 2015. Sambutan terhadap buku ini amat menggalakkan. Kini telah di ulang cetak bagi kali ke 3. dan akan diterbitkab dalam bentuk E-Book oleh PTS.
Saya juga sedang berusaha untuk menerbitkan buku ini dalam bahasa Inggeris,InsyaAllah awal tahun 2016 buku dalam edisi bahasa Inggeris akan berada di pasaran . InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.