Hukum Merosakkan Rumahtangga Orang Lain:
Perbuatan merosakkan rumah tangga orang lain merupakan satu perkara yang sering terjadi di kalangan Masyrakat Melayu. Perbuatan yang terkutuk itu dilakukan oleh kerana adanya perasaan iri hati dan dengki terhadap kebahagiaan rumah tangga orang lain. Mereka yang terlibat perbuatan ini adalah orang yang cetek ilmu agama dan sentiasa mengikut hawa nafsu dan juga sebagai manusia yang bergelomang dengan hasutan syaitan.
Sedangkan dalam jangka panjang mereka ini sebenarnyal merusakkan masa depan mereka sendiri baik di dunia lagi kerana fitnah yang dilakukan itu apabila telah dapat diketahui oleh orang lain makan ianya akan memberi imej amat buruk di kaca masyarakat dan dia akan di ketepikan oleh masyarakat. Di akhirat pula pelaku fitnah sebegini akan mendapat siksaan yang amat pedih di neraka Allah.
Rasulullah Shallallahu “Alaihi wa Sallam bersabda: عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: (( مَنْ خَبَّبَ عَبْدًا عَلَى أَهْلِهِ فَلَيْسَ مِنَّا، وَمَنْ أَفْسَدَ اِمْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا )) [حديث صحيح رواه أحمد والبزار وابن حبان والنسائي في الكبرى والبيهقي] Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘SESIAPA YANG MENIPU DAN MEROSAK (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah sebahagian dari (golongan) kami, dan SIAPA YANG MEROSAKKAN (HUBUNGAN) SEORANG WANITA DARI SUAMINYA, maka ia bukanlah dari (golongan) kami’”... {Hadith shahîh diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al-Nasa-i dalam al-Kubra, dan Al-Baihaqi}....
Hadith ini berisi ANCAMAN keras terhadap dua perbuatan iaitu: 1] MENGGANGGU SEORANG PELAYAN, ATAU PEMBANTU ATAU HAMBA yang bekerja pada seorang tuan (majikan), sehingga hubungan di antara pelayan dan tuannya menjadi rosak, lalu si pelayan itu pergi meninggalkan tuannya, atau tuannya memecat dan mengusir si pelayannya.... 2] MENGGANGGU ATAU MEMISAHKAN SEORANG WANITA YANG BERSTATUS ISTERI pada seorang lelaki, sehingga hubungan di antara SUAMI ISTERI ITU MENJADI ROSAK, lalu si isteri itu meminta cerai dari suaminya, atau si suami menceraikan isterinya...
BENTUK-BENTUK GANGGUAN atau tindakan yang merosakkan rumahtangga orang lain: 1] BERSIKAP BAIK, BERTUTUR KATA MANIS dan melakukan berbagai macam tindakan yang secara lahiriah baik, AKAN TETAPI, MENYIMPAN MAKSUD MEROSAK HUBUNGAN seorang wanita dengan suaminya (atau sebaliknya).... 2] MEMASUKKAN BISIKAN HALUS, serta memprovokasi seorang wanita, agar berpisah dari suaminya (atau sebaliknya), menjanjikan harta kekayaan dan kemewahan hidup, atau menjanjikan untuk dinikahkan dengan lelaki lain... 3] MEMINTA, ATAU MENEKAN SECARA TERUS TERANG, agar seseorang wanita meminta cerai dari suaminya, atau agar seorang suami menceraikan isterinya dengan tanpa alasan, atau dengan MENCARI ALASAN YANG TIDAK MA'RUF, dengn tujuan melancarkan perceraian....
Para ulama’ bersepakat bahawa hukum mengganggu dan merosak hubungan, sebagaimana dimaksud dalam hadith Nabi SAW di atas, adalah HARAM (lihat al-mausu’ah al-fiqhiyyah, pada bab takhbib)... Maka siapa saja yang melakukannya, maka ia BERDOSA DAN DIANCAM SEKSA DI NERAKA... Malah Imam Al-Haitsami mengkategorikan perbuatan dosa ini sebagai DOSA BESAR.... [USTAZ RAMLI JONED]
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA,... TIADA MANUSIA YG TAK BUAT SILAP... TIADA MANUSIA YG TERUS BAIK... TIADA MANUSIA YANG TERUS JAHAT...TANPA KESEDARAN... USAH MALU MEMINTA MA'AF..... JOM JALINKAN KEMBALI TALI SILATURRAHIM.... Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain”(HR:At-Thabbrani dari Anas ra.). “Orang yang bijaksana membetulkan kesilapan diri dengan melihat kesilapan orang lain (Ibnu Sina)
Oleh itu pelaku yang merancang untuk menjatuhkan rumah tangga orang yang dibencinya, perlulah balik kepangkal jalan. Supaya tidak terus bergelombang dengan dosa dan akan memakan segala amal ibadat yang dilakukannya selama ini dan di akhirat kelak akan menjadi orang yang muflis. Segala pahala yang diperoleh semasa di dunia akan diberi kepada orang yang difinahkan itu. Jika terlampau banyak dosa fitnahnya itu segala dosa orang yang difitnah itu akan diberikan kepadanya dan menjadikannya bukan sahaja orang yang muflis pahala bahkan akan bertambah timbangan dosanya. Sudah pasti mereka ini akan kekal di dalam neraka. Oleh itu insaflah……
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.