RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 21 April 2015

FITRAH INSAN

FITRAH INSAN - Intipati khutbah jumaat



Intipati khutbah Jumaat : 16/1/2015

FITRAH INSAN:

Ihwanul Muslimin.
Sudah menjadi sunattullah bahawa setiap detik, saat, masa akan berlalu. Hari akan berganti hari, tahun akan berganti tahun tanpa kita sedar. Begitulah fitrah alam yang menjai temapt tinggal kita selama ini.umur dunia kini semakin meningkat tua dan begitulah juga umur kita bertambahnya usia. Selayaknya membuat kita menjadi insan yang lebih bernilai di sisi Allah swt. Nikmat usia yang telah dipinjamkan oleh Allah yang bersifat sementara ini adalah satu anugrah yang sangat bernilai bagi seseorang hamba yang mengetahui arti kehidupan sebagai satu ibadah. Firman Allah swt didalam surah Alzaraiat ayat 50:

Yang ertinya: “(katakanlah wahai Muhammad) : Maka segerakanlah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat).sesungguhna aku diutuskan Allah kepada kamau, sebagai pemberi amaran yang nyata”

Secara fitrahnya kita sebgai manusia tidak boleh dipisahkan dengan sifat kemanusiaan itu sendiri sebagai manusia yang dimuliakan oleh Allah SWT

Firman Allah bererti: ( sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Berdasar ayat ini, kita memahami bahawa manusaia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah  swt kerana pada fitrahnya manusia  adalah makhluk social yang berfikiran waras, rasional, tepat, benar dapat membuat penilaian antara yang baik dan yang buruk. Mengulas perkara ini, Dr. Wahibah Al Zihli dalam tafsirya Al Munir menyatakan mansia adalah sebaik-baik kejadian kerana kerana diberikan anggota yang sempurana. Makan dengan tangan mempunyai keistimewaan dengan ilmu, pemikiran , tutur bicara serta mampu mengurus kehidupan. Segala kelebihan ini memungkin kan manusia menjadi khalifah yang berkusa di atas muka bumi ini sebagaimana di kehendaki oleh Allah swt.

Kepentingan manusia menjaga fitrah diri ini sememangnya medapat perhatian serious daripada Rasulullah SAW dan baginda bersabda “ setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah (suci) tetapi ibu bapa lah yang menentukan anak itu yahudi, nasrani atau majusi”. (HR; Ahmad)
Justru itu, berdasarkan fitrah insani ini, maka menjadi kewajiban kita sebagai umat islam untuk bermahasabah tentang hakikat diri sendiri. Hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah SWT kerana dikiri dan kanan kita ada dua malaikat yang sentiasa menulis setiap gerak geri dan perbuatan kita di dunia ini.(CCTV Allah).

Sabda Rasulullah  saw “ Orang-orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian. Sementaa orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan teerhaadap Allah dengan angan-anagan (yang banyak)” (HR : Al Tarmizi)
Sesiapa yang bermahasabah tetang dirinya  maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan mungkar, menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk melakukan kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kebatialan.

Marilah kita menghisab diri samada tugas kita selama setahun sebelum ini atau tahun-tahun sebelumnya berada dilandasan fitrah manusia sebagai hamba-Nya yang beriman atau kita masih berada didalam lembiah kemaksiatan dan noda semata-mata menurut hawa nafsu yang bersarang di jiwa ?

Berhati-hati dan berwaspadalah kita, kerana kadang –kala kita lupa perbuatan dan tindak tanduk kita secara tidak sedar boleh meruntuhkan agama dan melemahkan umat islam. Apatah lagi perbuatan yang didorong oleh imosi dan nafsu semata. Janganlah sekali kita terperangkap dengan permainan musuh-musuh islam.

Firman Allah “ Demi masa , sesunguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan merekaa pula berpesan-pesan dengan kebenara serta berpesan dengan sabar “  (Al Ars).

Sumber : MAIK

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.