Tindakan 1 : BERHATI-HATI TERHADAP PILIHAN ANDA
Menjadi lumrah tindak balas pekerja di tempat kerja sama ada berjuang (melawan) atau menjadi pengikut (flight). Ianya adalah tindakbalas yang normal bagi pekerja yang perlu untuk terus hidup dalam suasana perubalahan. Jika dilihat kepada masa pra sejarah dahulu dimana semua insan adalah pemburu dan pemungut. Sesungguhnya, Pejabat di zaman morden kini tak ubah seperti sebuah hutan yang perlu untuk penghuninya bermatian untuk terus hidup. Tetapi ianya lebih kepada bagaimana tindakan seseorang untuk menguasai politik pejabat. Perlu kepada perjuangn yang hebat untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu berhati-hati dalam sebarang tindakan supaya ianya tidak menjadi penghalang dalam mencapai cita-cita anda. Anda perlu memilih kaedah terbaik untuk membolehkan anda terus meningkat naik dalam kerjaya anda.
TINDAKAN 2 – MENGETAHUI APA YANG ANDA INGIN CAPAI
Apabila berlaku konfik, sudah pasti akan wujud keadaan berpuak-puak dikalangan pekerja. Anda perlu bijak memilih puak mana yang terbaik demi sevival kerjaya anda. Sebaiknya anda perlu mengambil tindakan yang membolehkan organisasi terus berjaya dan dapat memberi kebaikan kepada semua. Jika bisnes syarikat tidak dapat diteruskan dan mengalami kerugian, akhirnya semua pekerj akan mendapat kesannya dan berada dalam kesusuhan. Oleh itu anda perlu bijak mengambil tindakan mengatasi segala halangan yang boleh mudaratkan oragnisasi atau syarikat dan perlu memihak kepada mereka yang berjuang untuk meningkatkan prestasi oraganisasi. Hindarkan diri anda dari terlibat dengan puak yang membawa isu-isu remeh dan negatif.
TINDAKAN 3 – MEMBERI TUMPUAN KEPADA KUMPULAN YANG DIBAWAH PENGARUH ANDA
Jika berlaku isu-isu tertentu yang membangkitkan ketidak puasan atau kemarahan di kelangan pekerja terhadaap polisi atau sesuatu peraturan yang ditetapkan oleh organisasi. Meneliti segala rungutan adalah menjadi kewajiban dan perkara biasa bagi pengurusan atasan. Jika bantahan itu tidak dapat dikawal, jangan mengambil mudah dan membiarkan ianya berlarutan sehinggakan ianya akan menjadikan satu isu yang boleh mengugat keharmonian dalam organisasi.
Anda janganlah mengambil sikap tak peduli dengan keputusan pihak pengurusan atasan yang tidak dapat diterima oleh para pekerja dan memberi alasan anda telah menjadi mangsa keadaan. Jika ini berlaku akan menyebabkan hubungan diantara pekerja semakin meruncing dan boleh memberi kesan kepada produktivit organisasi. Sebaliknya anda perlu berusaha untuk mententeramkan keadaan perhubungan diantara pekerja dengan majikan.
Segala halangan dan permasalahan di persekitaran tempat kerja adalah satu cabaran yang perlu ditangani oleh pengurusan pertengahan dan perlu mempunyai sikap positif untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan memberi natijah situasi menang-menang.
TINDAKAN 4 – JANGAN BERTINDAK MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG BERTELAGAH
Kelazimannya suasana politik pejabat yang sedang memuncak, anda akan tersepit di antara dua kuasa yang sedang bertelagah. Ia akan menjadi serba salah kepada anda yang tersepit di antara dua kuasa yang mempunyai pengaruh masing-masing dan sedang berusaha untuk menguasai di antara satu sama lain.
Situasai sebegini, anda perlu fokus kepada Objektif dan matlamat yang di tetapkan oleh jabatan atau organisasi. Tumpuan kepada tindakan harian sebagaimana di tetapkan oleh skop kerja anda bagi mencapai perlaksanaan projek jabatan.
Elakkan diri anda memihak kepada mana-mana kumpulan, kerana jika kita terlibat ianya akan melibatkan diri anda secara langsung dalam kancah politik pejabat. Ini akan memberi kesan kepada potensi kerjaya anda di masa hadapan. Kebiasaannya jika kita memihak kepada satu puak ada pihak lain akan menjadi musuh anda di pejabat. Situasi ini boleh menganggu kelicinan anda dalam menjalankan tanggung jawab yang di amanahkan.
Dengan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan anda akan mendapat respect dari pengikut kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah. Apabila sampai saat kemeluk politik pejabat telah dapat di selesaikan oleh Lembaga Pengarah Organisasi. Anda yang tidak memihak akan mendapat perhatian untuk menjadi penggerak utama dalam membaik pulih perhubungan di kalangan kakitangan jabatan. Ini merupakan satu kredit yang amat baik bagi anda dan penumpuan untuk memajukan pencapaian objektif oraganisasi.
TINDAKAN 5 – JANGAN MELIBATKAN KONFLIK PERIBADI.
Semasa ketegangaan telagah politik pejabat, akan melibatkan anda akan merasai tersinggung dengan orang-orang tertentu.Jika ini situasinya anda perlu mengelakkan kemarahan anda itu mejadi perbalahan peribadi, cukuplah dengan perselisihan pendapat setakat perkara yang berkiatan dengan tugas dan tanggung jawab sahaja. Kerana apabila anda melibatkan perbalahan secara peribadi akan memberi kesan perhubungan dan network anda di dalam oraganisasi.
Kerugian akan dialami kepada anda, apabila krisis telah selesai mungkin perbalahan secara peribadi yang berlaku akan memberi kesan kepada reputasi anda dan juga peluang kenaikan pangkat kerjaya anda. Mungkin anda akan dilabelkan sebagai seorang yang sukar bekerjasama dengan orang lain.
TINDAKAN 6 – PERLU BERTINDAK MEMAHAMI SEBELUM ANDA DIMINTA UNTUK FAHAMI
Semasa suasana kemuncak politik pejabat, sudah pasti ada pihak-pihak bertelagah akan mempengaruhi anda untuk memberi simpati kepada kumpulan mereka dan seterusnya menyokong perjuangan mereka. Untuk situasi sebegini anda perlu bertindak memahami semasak-masaknya isu yang menjadi berlakunya pertelagahan di pejabat. Setelah anda memahami secara medalam tentang isu yang di telagahkan itu, anda perlu menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan anda untuk membuat resolusi sendiri dan berpihak kepada isu yang mempunyai kiatan dengan pencapaian objektif oranganisasi.
Satu masa nanti pihak pengurusan atasan akan melihat keperibadian anda yang rasional dan sentiasa memihak kepada perkara yang dapat memberi kebaikan kepada organisasi, anda akan menjadi telekan mereka dan bila ada keperluan kepada mengisi kekosongan jawatan utama di dalam organisasi mungkin anda akan menjadi pilihan utama kerana intergriti dan kebijaksanaan anda dalam menghadapi krisis untuk memperkasakan kedudukan oragansasi.
TINDAKAN 7 – FIKIRKAN SITUASI MENANG- MENANG.
Suasana politik pejabat yang berlaku adalah kerana puak-puak bertelagah mempunyai kepentingan peribadi. Konflik memuncak apabila setiap puak cuba mendapat pengaruh untuk menangani staf bagi menyokong kumpulan mereka.
Tindakan bijak yang boleh dilakukan oleh anda ialah sentiasa memikirkan tentang situasi menang. Dengan kata lain anda perlu melihat secara rasional tentang sesuatu isu yang di perjuangkan oleh kumpulan bertelagah, ambil kelebihan kebaikan yang di bangkikan dan ketepikan segala kelemahan mansing-masing. Situasi ini membolehkan anda menjadi pengantara untuk mendamaikan mereka yang bertelagah. Tindakan bijak sebegini akan memberi reputasi yang amat baik kepada anda. Dalam situasi tertentu mungkin anda di lihat oleh pengurusan atasan sebagai individu yang berintegriti dan berkemahiran untuk menyelesaikan krisis demi kepentingan oraganisasi.
Berfikiran untuk menang-menang yang di amalkan adalah tindakan yang bijak bagi mereka yang menpunyai visi untuk meningkatkan kerjaya di masa hadapan.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.