Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.
Talak
Talak menurut bahasa
bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud
melepaskan ikatan perkahwinan dengan
lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang
terakhir sekiranya suami dan isteri tidak
dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian
berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t
tetapi dibenarkan.
Hukum
talak
Hukum
|
Penjelasan
|
Wajib
|
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami |
Haram
|
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih |
Sunat
|
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya |
Makruh
|
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak
mulia dan mempunyai pengetahuan agama
|
Harus
|
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang
haid atau telah putus haidnya
|
Perkara
|
Syarat
|
Suami
|
Berakal
Baligh Dengan kerelaan sendiri |
Isteri
|
Akad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya |
Lafaz
|
Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan |
Contoh
lafaz talak.
·
Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan
bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak”
atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
·
Talak kinayah
Lafaz yang digunakan
secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau
“Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya.
Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka
jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Jenis
talak
Talak
raj’i
Suami melafazkan talak
satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya
ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak
dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Talak
bain
Suami
melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya.
Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah
isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah
diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
Suami melafazkan talak
kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh
suci
Talak
bid’i
Suami
melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang
disetubuhinya.
Talak
taklik
Talak taklik ialah suami
menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila
syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau
talak.
Contohnya suami berkata
kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak
satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah
talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku
selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin
lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan
sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan
dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib
kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke
atas isteri saya.”
Menurut Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian
yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri memohon
perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam
taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami
menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat
siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan
mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan
laporan hospital boleh membantu dalam hal ini
Contoh taklik berlaku
dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya
meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia
mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri
saya dengan nilai tebus talak tersebut.”
Fasakh
Erti fasakh menurut
bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah
disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan
suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu
memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan
talaknya.
Fasakh hanya boleh
dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang
terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh
menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan
suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta;
penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan
persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti
makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan
cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya;
suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan
tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya;
suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan
kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).
Cara
melakukan fasakh
·
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang
megharuskan fasakh
·
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya
membatalkan perkahwinan mereka
·
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang
diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
·
Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak
boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
DI Malaysia, ia jatuh di
bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Cerai fasakh (seksyen 52)
Cerai fasakh adalah cara
membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52
(1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.
Antara sebabnya
ialah :-
1. tempat suami berada tidak
diketahui selama lebih daripada satu tahun;
2. suami tidak mengadakan
peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
3. suami dihukum penjara
selama tiga tahun atau lebih;
4. suami tidak menunaikan
kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama
tempoh satu tahun.
5. suami mati pucuk masa
berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
6. suami telah gila selama
dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin
yang boleh berjangkit;
7. jika perempuan
dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih belum
disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak
perkahwinan itu.
Bagaimanapun permohonan
cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak menolak sekiranya
mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.
Khuluk atau tebus talak
Perpisahan antara suami
dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau
khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan
mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah
membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya,
maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang
ditentukan.
Hukum khuluk adalah
berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu
mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali
jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu
takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa
kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”
Ia biasanya dilakukan di
depan hakim mahkamah syariah. Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya
menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya
menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran
itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah
beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.[1]
Tujuan
khuluk
Memelihara
hak wanita
·
Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
·
Memberi keadilan kepada wanita yang cukup
umurnya melalui keputusan mahkamah.
Rujuk
Menurut
bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia
membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan
ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
Hukum
|
Penjelasan
|
Wajib
|
Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan
gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
|
Haram
|
Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau
memudaratkan isterinya itu
|
Makruh
|
Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
|
Harus
|
Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama
|
Rukun
rujuk
Perkara
|
Syarat
|
Suami
|
Berakal
Baligh Dengan kerelaan sendiri |
Isteri
|
Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i Bukan dengan talak tiga Bukan cerai secara khuluk Masih dalam idah |
Lafaz
|
Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat Dengan sengaja dan bukan paksaan |
Contoh
lafaz rujuk
Lafaz
sarih
Lafaz terang dan jelas
menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak kembali” atau “Saya kembali
semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz
kinayah
Lafaz kiasan atau
sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang
awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika
dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak
sahlah rujuknya.
Wallahu’alam.
Sumber wekepedia
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.