RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday 25 April 2015

BAGAIMANA MENGHASILKAN IDEA KREATIF

Alhamdulillah, bersyukur daku kepada Yang Maha Berkuasa yang telah memberi ilham kepada diriku yang kerdil ini untuk bersama berkongsi pengalaman kehidupan dengan semua masyarakat semoga dapat sama sama berbincang bagi memperolehi pilihan manu terbaik bagi dihidangkan untuk terus berbakti dalam dunia kehidupan selagi diberi peluang oleh-Nya.


Kekadang dalam menempuh liku-liku kehidupan ini, jika kita keseorangan akan terasa bahawa kesusahan yang di alami itu adalah satu derita yang terlalu pahit untuk di lalui, tetapi sekiranya kita menjenguk keluar jendela dunia orang lain, rupa-rupanya mereka lebih derita daripada apa yang kita rasai sebelum ini. Oleh itu dalam kehidupan ini jika kita menghadapi masalah dan telah tidak ketemui jalan yang boleh mengatasinya, eloklah kita mencari rakan yang jujur dan ikhlas yang dapat sama-sama memberi buah fikiran bagi membantu kita mengharaikan permasalahan yang dihadapi. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Biasa saja dalam kehidupan ini, kita sering bertanya apakah orang lain dapat membantu kita untuk mendapat sesuatu kejayaan yang kita impikan, Kita tidak pernah bertanya apakah sumbangan kita kepada keluarga kita, jiran terdekat kita, masyarakat satu khariah Masjid kita, negeri kita dan negara kita. Kekadang ada yang berpendapat "saya  orang biasa sahaja, tidak seperti si anu, si anu yang mempunyai kuasa dan kedudukan, mereka bolehlah memberi sumbangan kepada rakyat, negeri dan negara". Pendapat sebegini adalah kurang tepat, kerana untuk memberi sumbagan kita kepada negeri atau negara setiap orang adalah mempunyai peluang, cuma kita sahaja tidak tahu bagaimana untuk mengambil peluang untuk berbakti dan berjasa kepada negeri atau negara.

Satu contoh yang saya pernah alami......Pada tahun 1990, saya bertugas di sebauah jabatan kerajaan di sebuah negari di Pantai Timur. Pada masa itu jawatan yang di sandang oleh saya hanya sebagai ketua bahagian sahaja. Dalam pemerhatian saya pada masa itu Kerajaan Negeri melaksanakan dasar hari kerja 6 hari seminggu, Sabtu hingga Rabu hari kerja jam 8 pg hingga 4 ptg. hari Khamis 8 pg hingga 12.45 th. Saya dapati hari khamis adalah hari yang tidak berkualiti dan tak effektif untuk laksanakan kerja oleh kakitangan. Diringkaskan cerita saya ada membuat cadangan kepada salah seorang yang mempunyai hubungan dengan Menteri Besar, Saya menyediakan kertas cadangan ringkas ( dua helai) berhubung cadangan "Kerja Lima Hari Seminggu".

Setelah berbincang dengan pegawai berkenaan, dia telah beri cadangan tersebut  kepada MB berhubung dengan cadangan kerja lima hari seminggu. MB telah bersetuju dan membuat tambahan kepada kertas cadangan saya denggan menyatakan Hari Jumaat - Hari ilmu. dan hari Sabtu hari cuti untuk bersama keluarga.

Kertas berkenaan telah dikemukakan dalam Mesyuarat EXCO untuk dijadikan dasar hari berkerja di negeri berkenaan. Selepas Mesyuarat EXCO, MB telah membuat press statement bahawa Kerajaan akan melaksanakan hari kerja 5 hari seminggu. keesokannya keluar tajuk  utama di dada akhbar tentang pengumuman MB waktu kerja baru bagi negeri tersebut. Beberapa hari berikutnya terpapar kenyataan oleh PM yang mengkritik idea Kerajaan Negeri itu, di katakan mahu undur kebelakang, ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.

Setelah dilaksanakan di Negeri tersebut, didapati idea kerja 5 hari seminggu itu efektif, QUPEC telah meminta kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengikuti hari kerja 5 hari seminggu, pada peringkat awalnya di ikuti oleh Kerajaan Persekutuan untuk dua minggu sahaja sebulan iaitu Minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan. Seturusnya dilasanakan sepenuhnya kerja 5 hari semingu oleh Kerajaan Persekutuan untuk seluruh negara.

Dari cerita yang saya paparkan di atas memperlihatkan bahawa kita sebagai orang biasa pun jika mempunyai pemikiran yang kreatif, boleh mengemukakan cadangan untuk sesuatu kebaikan. Jika megemukakan cadangan dengan ikhlas, Allah akan memberi jalan bagaimana idea kita itu akan menjadi dasar kerajaan.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja dapat memberi jasa kepada negara jika kita mempunyai idea yang  baik yang boleh dimanafaat oleh masyarakat. wallahualam.
# Pengalaman Merancang Projek Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur:

Imbas kembali  semasa baru bertugas dengan Kerajaan Negeri Kelantan (1980). Bila ditugaskan di Jajahan Tumpat pada tahun 1982, sebgai Setiausaha, Majlis Daerah Tumpat (SU MDT) pada bulan pertama saya cuba cari  jalan bagaimana hendak memajukan Bandar Tumpat yang di katakan sebagai 'Bandar Cow Boy ' pada masa itu . Salah satu projek yang di cadangan ialah untuk menjadikan Pekan Pengkalan Kubur sebagai Kawasan Bebas Cukai. Kertas kerja cadang dikemukan kepada Mesyuarat Majlis Daerah Tumpat (MDT). diantara rasionalnya adalah untuk memajukan Pekan Pengkalan Kubur, yang pada masa itu hanya pada hari Jumaat sahaja ada aktiviti Pasar Minggu, Pajakan untuk Pasar Pengkalan Kubur yang di tender hanya berjaya diperolehi dengan harga RM150 sahaja setahun, itupun hanya satu penender sahaja yang masuk tawaran.

Semasa membentangkan kertas cadangan kepada Mesyuarat Penuh MDT, semua ahli telah bersetuju berkenaan Cadagan Untuk Membina Kawasan Bebas Cukai (KBC) di Pekan Pengkalan kubur, jumlah kawsan adalah lebih kurang 60 ekar. ( dari Pasar Pengkalan Kubur hingga ke Kompleks Perumahan Pasukan Polis Hutang dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di kawasan Genting. Setelah mendengar taklimat yang saya berikan, semua ahli MDT telah bersetuju di atas cadangan tersebut.

Stelah di angkat kepada pihak Kementerian kewangan Malaysia, projek tersebut telah diluluskan dan pihak MDT (saya selaku SU pada masa itu) telah bersutuju untuk melaksanakan dengan segera dan diluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta. Semasa minit mesyaurat MDT hendak disahkan, salah seorang YB telah memberi cadangan untuk KIV projek tersebut kerana mendapat bantahan dari beberapa orang Ketua Cawangan di kawasan Pengkalan Kubur. Alasan yang diberi ialah projek itu akan memberi kesusahan kepada penduduk kawasan Pekan Pengkalan Kubur, kerana bila dilaksanakan projek KBC, pagar keselamatan ( cegah penyeludupan) akan dipasang diseluruh kawasan yang telah diluluskan (20 ekar). Semasa perbicangan saya memberithu kepada semua ahli mesyuarat bahaw projek itu perlu di teruskan kerana akan memberi peluang untuk memajukan Pekan Pengkalan Kubur, dan juga ia akan menjadi salah satu punca pendapat MDT kerana MDT yang diberi lesen sebagai agensi perlaksana projek akan mengenakan caj 5% kepada semua peniaga di KBC. Hampir separah daripada ahli mesyurat MDT mendesak supaya projek KBC di KIV.

Saya sebagai SU mesyuarat cuba memberi rasional projek itu perlu di teruskan kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk membaiki bangunan pasar, jalan, longkang, pagar kawasan. Satu alasan yang beri kepada semua ahli mesyuarat  projek ini akan memberi tambahan hasil yang baik kepada MDT. Bagi memberi keyakinan kepada ahli mseyuarat yang menentang, saya memberi kata putus begini " Kita laksanakan dahulu projek ini dengan membelanjakan peruntukan yang diluluskan RM2.5 juta untuk membaiki bangunan dan juga menyediakan infrastruktur yang baik di kawasan berkenaan. Jika, setelah di laksanakan, di dapati ianya tidak maju dan menyusahkan penduduk di kawasan itu, kita akan merobohkan pagar yang di pasang sekeliling  kawasan dan juga meminta kementerian kewangan membatalkan projek tersebut".

Mesyuarat MDT telah bersetuju untuk dilaksanakan perojek dengan bersyarat. Setelah di laksanakan (belum sempat di adakan Majlis Perasmian, saya di tukarkan ke Jajahan Tanah Merah). Projek telah berjaya mencapai objektif perancangannya, Saya di maklumkan bahawa setelah hampir 20 tahun beroperasi KBC Pengakan kubur. Kini telah menjadi salah satu bandar sempadan yang maju dan menjadi tumpuang pelancong setiap hari, jika musim cuti sekolah Pengkalan Kubur  penuh sesak dengan pelancong dalam dan luar negara datang membeli belah. Mengikut maklumat yang saya terima daripada kakitangan MDT, Pengkalan kubur merupakan punca hasil utama MDT dan jumalahnya agak lumayan, sehinggakan MDT adalah salah satu PBT yang mamapu berdikari dari segi kewangan,

Pada  5 Febuari 2014, saya bersama keluarga pergi ke KBC Pengkalan Kubur untuk membeli belah. Semasa saya sedangan membeli buah-buahan di gerai buah saya bertanyakan kepada peniaga buah yang juga penduduk tempatan, dia memberi tahu perniagaan mereka boleh mecapai pendapatan kasar dalam lingkungan RM1,000 - sehari pada hari-hari biasa, dan padda hari cuti mencapai RM3,000 - RM5,000 sehari. Apabila saya bercerita bagaimana susahnya kami di MDT pada 20 tahun lalu mahu memajukan projek tersebut, beliau melahirkan rasa syukur kerana perojek KBC telah memajukan Pengkalan Kubur sebagai salah satu  bandar maju di Tumpat, berbanding pada masa dahulu ianya  dikenali sebagai "Pasar Kambing" (kerana tiada pembeli setiap hari , kecuali pada hari jumaat - dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. hari-hari lain diduduki oleh kambing yang berkeliaran). sebagai tanda kesyukuran peniaga buah berkenaan, semasa saya hendak membayar harga 2 bungkus "som tam" dia hanya mengambil harga untuk satu bungkus sahaja.(terfikir dalam minda, mungkinkah ini balas jasa yang dibuat 20 tahu lalu?)

Selepas membeli  buah saya dan keluarga beredar menuju ke kedai pakaian dan perhiasan wanita,  semasa berbual dengan penjal di kedai itu, saya bertanyakan berapakah jumlah hasil jualan sehari, dikatakan diantara RM8,000 hingga RM15,000. dari maklumat yang saya dapat pada hari itu, saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana projek yang saya rancang semenjak 20 tahu lebih dahulu, kini telah maju dan memberi banyak manafaat kepada penduk setempat dan juga kepada MDT. 

Pengajaran dari cerita di atas, kekadang kita rancang untuk lakukan sesuatu bagi memberi manafaat kepada penduduk setempat, tetapi oleh kerana hasilnya tidak dapat dilihat  dalam masa yang singkat, ia akan ditentang oleh banyak pihak. Semasa kita menghadapi pemikiran yang cetek, perlu kepada pendekatan hikmah untuk memberi pandangan balas dan mempastikan matlamat projek dapat dicapai. Dalam kes ini saya beri pandangan "laksanakan projek dahulu. bila siap kelak didapati tidak maju dan memberi kesusahan kepada orang ramai, kita robohkan pagar yang dipasang dan minta projek dibatalkan oleh Kerajaan."

Cerita ini dapat dijadikan iktibar oleh pegawai-pegawai muda yang sedang berkhidmat dengan PBT untuk merancang sesuatu projek pembangunan. 

 walahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.