RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 20 April 2015

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT - ARAHAN MENUTUP AURAT

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – Menutup Aurat


Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, umpan dan bahan bakar api neraka terdiri dari manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan di kawal oleh malaikat-malaikat yang kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan” ( Al-Tahrim ayat 2).
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kepada  Allah SWTdengan benar-benar menghayati segala amalan yang diperintahkan dan meninggalkan segal larangan-Nya. Semoga  dengan memperolehi keredaan Allah itu, kita akan menjadi umat yang Berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya makanan, tempat tinggal dan pakaian adalah keperluan asasi manusia di dunia ini. Makanan dan minuan sebagai sumber tenaga bagi melaksanakan aktiviti, ibadat dan raidah. Tempt tinggal adalah untuk keselesaan fizikal dan mental, manakala pakian pula untuk menutup  aurat bagi menyempurnakan kesemua aspek di atas bagi mencerminkan umat yang beriman,bertamadun dan bermoral.
Rasullah SAW menunjukkan garis panduan dalan perkara aurat apabali  Asama’ binti Abu Bakar RA  masuk kerumah baginda untuk menziarahi adiknya Aisyah RA dan Baginda Rasulullah SAW. Asma’ memakai pakain yang nipis dan menampakkan susuk tubuh badanya, lalu baginda memperlihatkan sifat murkanya dan berpaling kearah lain. Lalu baginda bersabda kepada Asma’:
Sesungguhnya perempuan yang sepertimu ini hendaklah memakai pakaian yang tidak seperti ini. Allah SWT mengizinkan kamu menzahirkan disini dan disana (iaitu muka dan kedua tangan kamu)”
Umat Islam wajib mengetahui batasan aurat iantara lelaki dan wanita. Aurat lelaki adalah diantara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan.    Penjelasan yang panjang lebar telah diberikan oleh Allah swt dalam surah An Nur ayat 31  yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memlihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan lehir bajunya dengan tudung kepadal mereka dan janganlah mereka memperlihatkan  perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau  bapa mereka atau saudar-saudara mereka atau anak saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah mereka menghentak kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertuabatlah  kamu sekalain kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu Berjaya”.
Justru umat Islam perlulah mengawal diri agar tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan dalam soal perhiasan dan berpakaian.
Islam begitu menitikberatkan  permasalahan autara bagi lelaki dan wanita adalah kerana didalamnya terkandung pelbagai  hikmah tersembunyi yang sebahagiannya manusia masih gagal difahami oleh umat Islam hari ini , antara hikmahnya adalah:
  1. Untuk melindungi wanita daripada disakiti secara zahir dan batin.
Sebenarnya menutup aurat dengan sempurna khususnya wanita dapat mengelak diri dari gejala kacau gangu semada secara fizikal atau mental. Secara tidan langsung pakaian yang menutup aurat dan semprunya merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan jahat  dan menghindari dari perkara yang buruk dari berlaku. Lorong-loronga gejala negetif seperti rogol, zina, sumbang mahram dapat ditutup.
Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman :
Wahai nabi ! serulah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh badan mereka  (semasa keluar rumah), yang demikian itu lebih mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak digangu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al- Ahzab ayat 59).
  1. Untuk meningkatkan darjat insan melebihi makhluk lain.
Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada manusia, manusia diberi akal fikiran yang dengannya dapat berfikir untuk perkara-perkara baik dan  buruk, dosa dan pahala, akal pula diletakkan di tempat paling atas pada jasad manusia sebagai lambing ciptaan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Teristimewanya bagi kaum perempaun dalam surat At Tin ayar 4-5:
“ Sesungguhnya kami jadikan manusia sebaik-baik ciptaan, kemudian kami  kembalikan mereka ketempat yang paling bawah  didalam neraka, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh payala yang tidak putus-putus”
 Manusia degan sebaik-baik kejadian dan disyariatkan pula supaya tubuhnya ditutup dengan pakakian yang  rapi serta indah dan lengkap berdasarkan tuntutan agama agar dapat dibezakan dengan haiwan yang berjiwa kosong tanpa akal  dan badan yang sentiasa terdedah sepanjang masa.
Sebahagian masyarakat menganggap bahawa menutup aurat itu menyekat kebebasan individu, ia digambarkan oleh musuh-musuh Islam dengan pelbagai dakyah hingga sebahagian umat Islam terpengaruh dengan pendapat yang songsan itu dan mempercayainya. Kita diberi dengan hiburan dan santapan fesyen pakaian yang pelbagai rupa dan kaya hingga terkeliru antara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak
Allah swt mengharamkan lelaki dan wanita mendedahkan aurat bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan, tetapi kerana Allah memuliakan dan menhargai mereka.
Oleh itu wahai ikhwan muslimin, marilah kita mempastikan semua anak-anak cucu kita melaksanakan perintah Allah dalam menutup aurat sepanjang masa. Semoga kehidupan keluarga kita sentiasa mendapat keredaan Allah dan akan dimasukkan ke dalam Syurga Jannah di akhirat kelak.
Wallahu alam.

Sumber MAIK.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.