Isteri tolak hidangan batin suami kerana kenyang makan luar dua kali sehari.
[HM] Putatan: Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kam
pung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.- 8/10/2013.
Iktibar dari cerita benar di atas dapatlah disimpulkan bahawa berlakunya kejadian curang isteri terhadap suami disebabkan oleh beberapa perkara beriktu:
1. Suami yang merupakan ketua keluraga berkemungkinan besar tidak mempunyai pengetahuan ilmu agama yang mencukupi untuk membentuk dan mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solehah. Menyebakan isterinya rapuh iman dan mudah digodai oleh materialistik dan nafsu serakah. Oleh itu isteri tidak takut kepada azab Allah berhubung perbutan curang dan melakukan zina.
2. Berkemungkinan suami juga gagal memberi nafkah zahir dan juga nafkah batin, ketidak upayaan suami memberi wang yang mencukupi mengakibatkan isteri yang berusia muda terpaksa bekerja untuk menampung keperluan kewangan keluarga. Sebab itulah isterinya terpaksa bekerja dan bila isteri yang cetek ilmu agama keluarga bekerja mudah dipengaruhi oleh nafsu dan bisikan syaitan. Kemungkinan juga suami gagal memberi kepuasan nafsu seks kepada isteri semasa mereka mengadakan hubungan intim. Ini dapat dibuktikan bahawa isterinya seorang yang kuat nafsu seks oleh itu dia telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan majikannya dua kali sehari untuk tempoh yang hampir 6 bulan lamannya. Ini juga adalah kelemahan suami yang mungkin tindak begitu arif dalam segi teknik-teknik mengadakan hubungan seks dengan isteri supaya mereka berdua medapat nikmat klimak seks secara berasama setiap kali hubungan intim dilakukan. Kegairahan isteri makan luar secara kerap dua kali sehari memperlihatkan suaminya tidak mampu memberi nafkah batin yang mencukupi kepada isterinya..
3. Berlakunya perbutan terkutuk dosa besar oleh dua pasangan majikan dan pekerja di waktu siang hari memperlihatkan persekitaran masyarakat yang tidak begitu ambil cakna tentang perlakuan maksiat. Ini mungkin masyarakat majoriti mengambil sikap jangan jaga tepi kain orang. Sikap sebegini adalah tersasar jauh dari apa yang diajar oleh Islam, dimana setiap orang perlu berperanan mencegah mungkar dan mengajak kepada perkerjaan makruf. Agak mustahil masyarakat tidak dapat menghidup perbuatan maksiat mereka di waktu siang hari di rumah sewa berhampiran dengan kedai runcit yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah.
4. Kes ini memperlihatkan bahawa setiap perbuatan buruk lambat laun akan di ketahui oleh orang juga. Oleh itu jangan sekali-kali cuba melakukan perbuatan maksiat yang di larang oleh agama terutamanya perbuatan zina yang merupakan salah satu dosa besar.
5. Tindakan untuk melapurkan perkara maksiat yang dilakukan oleh isteri yang curang kepada pihak yang berkuasa oleh suaminya, adalah satu tindakan yang patut di puji keran inilah caranya untuk mencegah perbuatan maksiat dalam masyarakat. Suami juga telah membuat keputusan untuk menceraikan isterinya juga adalah satu tindakan yang wajar untuk memberi pengajaran kepada isteri yang curang dan menderhaka kepada suami.
6. Kejadian yang membolehkan berlakunya maksiat zina terkutuk untuk tempoh lebih enam bulan di wakatu siang hari memperlihatkan bahawa undang-undang yang berkaitan masih tidak dapat mecegah perlakuan maksiat zina dalam masyarakat dan Negara. Oleh itu perlu dikaji semula undag-undang Islam bagi memolehkan di laksanakan Undang-undang Hudud. Jika hudud telah menjadi undang-undang yang boleh di kuatkuasakan di Negara ini, supaya perbuatan curang oleh isteri tidak akan berlaku. Kerana hukum rejam sampai mati bagi pesalah yang berzina akan menakukan masyarakat untuk melakukan maksiat dosa besar seperti zina.
\Wallahu'alam.
\Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.