RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 20 April 2015

KELEBIHAN KAHWIN SEMASA MUDA

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!

Di zaman internet yang serba canggih, dunia tanpa sempadan mutakhir ini menyebabkan anak-anak muda terdedah dengan pelbagai maklumat ada yang positif  dan ada yang negetif. Positifnya anak muda didedahkan dengan pelbagai teknologi computer dan alatan telefon pintar ipad yang dapat memudahkan perhubungan antara manusia dan juga menyebarkan pelbagai maklumat di seluruh pelusuk dunia. Nam jika anak muda tidak pandai menggunakannya, alatan canggih ini boleh merosakkan masa depan mereka, umpamanya belia dan beliawanis yang usia baru setahun jagung telah didehakan dengan vedio lucah dan porno. Ini mendorong mereka untuk mecuba perlakuan seks yang di tontonya melalui internet, dan akhirnya terjebak dengan perbuatan hubungan seks bebas di kalangan anak muda. Ini menyebabkan berlakunya kelahiran anak luar nikah dan akhirnya berlaku pembuangan bayi dan juga pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Sesetengah pendapat memberi cadangan supaya anak-anak muda yang ketagih seks  ini perlu di percepatkan perkahwinan mereka atau di istilahkan sebagai ‘Kahwin Muda”.

 Kahwin muda‘, adalah satu  topik yang sudah menjadi kebiasaan  kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya keadah ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman mutakhir ini ianya kurang mendapat sambutan berikutan teruna dan dari lebih memberi tumpuan kepada pelajaran samsadi di kolej atau universiti.

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini,kahwin awal  pada usia muda memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan seandainya sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

2. Mengelak daripada  perbuatan zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai perkerjaan, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah mencapai 29 tahun lebih. Bayangkan derita menahan nafsu yang perlu ditanggung  selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Penyelesaiannya  ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan seks luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta. Tanggung jawab yang bertambah dan perlu kepada komitmen yang tinggi bagi mencapai matlamat kebahagian keluarga. Lebih bertanggung jawab si suami apabila telah dikurniakan cahaya mata, pengikat kasih sayang suami isteri.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata -kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina. Yang lebih penting jika suami isteri sentiasa taat kepada perintah Allah dan bersyukur di atas nikmat-nikamat Allah, sudah pasti rezeki akan di kurniakan oleh-Nya tanpat di sangka-sankgka dan di duga. Subhanallah.  


5. Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang, Komitment untuk mencari rezeki untuk keperluan keluarga merupakan kekangan untuk melepak dan mensia-siakan masa bersama kawan-kawa yang berlum kahwin.
Segala suka duka dan cabaran yang di hadapi sebagai suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga akan mempercepatkan lagi kematangan dalam berfikir dan bertindak.

6. Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah sumai dan isteri dan keluarga.
Bagi si lelaki selepas kahwin merupakan pendorong turning point yang begitu berpengaruh sekali kerana lahirnya sifat suami sebagai ketua keluarga yang perlu memberi nafkah. Ini akan mendorongnya bekerja lebih kuat lagi setiap kali bilangan anak bertambah kerana komiten ekonomi yang bertambah.

7. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda,  kelazimannya akan memperolehi anak  pertama (sulung) pada usia yang muda, dan diikuti dengan anak kedua dan seterusnya.  Belum sampai umur wajib (60 tahun) anak-anak sudah besar dan tamat melanjutkan pelarajan serta mempunyai kerjaya masing-masing. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa tua meraka dalam suasana yang selesa dan  mempunyai banyak masa untuk beribadat sebagai bekal untuk akhirat yang kekal abadi.
Berbanding dengan mereka yang kahwin di usia yang agak tua, sudah pasti pada masa usia lebih 50 an, anak-anak masih kecil dan perlu kepada kerja kuat untuk mengurus persekolahan mereka. Ini menyebabkan kehidupan di usia tua agakan tertekan dan menjadikannya sebuk dengan urusan dunia yang akan menjejaskan masa untuk  menambah ibadat kepada Allah bagi bekal akhirat nanti.

8.  Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun ke atas, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu bemain di minda. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang mampu ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya. Sememangnya ini adalah realiti kehidupan mereka yang berkahwin apabila bertambah bilangan anak, status ekonomi akan meningkat dari masa ke semasa.

10. Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, betul tak? Jika benar anda menyayanginya dan ingin berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah dan menangung derita sepanjang zamah.

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi?

Yang menjadi halangan kepada muda-mudi untuk kahwin pada usia muda adalah sikap keluarga dan masyarakat. Kini belanja kahwin telah menjadi satu trend untu bermegah dah menunjuk-nunjuk. mas kahwin yang ditetapkan oleh Islam adalah berpadanan dan mengikut kemampu penganting lelaki. Kini telah jauh tersasar dari matlamat sebenar dengan meletakkan hantaran dengan harga yang mahal berpuluh ribu malah ada yang mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. bukakah ini membebankan menantu.

Kesusahan yang disebab kan adat budaya dan juga perasaan ego nafsu keluarga menyebabkan anak muda yang ingin kahwin terpaksa membenamkan hasratnya. Masa yang agak lama di ambil untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan kahwin menyebabkan muda mudi terus menjalin cinta mereka, bagi yang tidak dapat mengawal nafsu sarakah, akan terjebat dengan perbuatan maksiat seperti melakukan zina. hinggalah melahirkan anka luar nikah. Inilah realiti kehidupan  di zaman sekarang.

Untuk  mengatasi situasi yang dimurkai Allah itu, wahai para ibu bapa marilah kita sama-sama membuat perubahan dengan meletakkan hantaran perkahwinan dengan kadar yang terampu oleh bakal menantunya,

Sumber : zoncinta.com

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.