Cara-cara Melayan Suami
Malamat perkahwinan adalah untuk hidup bahagia bersama pasangan dan membina sebuah
keluraga yang harmoni sehigga ke akhir hayat. Isteri yang bijak akan menganggap
kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya
isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang
dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang
sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah
matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
Isteri yang cemerlang akan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik
untuk suaminya setiap masa. Sungguhpun begitu isteri perlu kepada ilmu dan
kemahiran bagaimana untuk melayan suami dengan cara yang terbaik dan akan
membuahkan hasil kebahagian rumah tangga dan mengeratkan hubungan cinta suami
isteri.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya
dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. Sikap sebegini sebagai tanda
hormat kepada suami yang merupakan ketua keluarga dan pemimpin dalam rumah
tangga.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan
suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda
sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami
kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah
suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku
seorang lelaki. Ingatlah bahawa isteri yang taat kepada suami akan memasuki
syurga dan sebaliknya bagi isteri yang engkar tempatnya di dalam neraka .
3. Bila kuku, misai dan janggut suami panjang hendaklah
segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah
hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Tindakan ini akan
menyebabkan suami terasa yang dirinya dicknakan oleh isteri dan mahu dirinya
sentiasa kelihatn segak dan anggun.
4. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.
Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Buat analisa setiap teguran suami itu, adakah kerana kebodohan
isteri menyebabkan suami menjadi marah. Jika itulah keadaannya isteri mesti
bersedia memohon maaf dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama di masa
hadapan.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat
bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan
isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah
tidak taat padanya. Bila suami
merasakan isterinya tidak patuhi perintahnya akan lahir perasaan benci
dan memucak kepada perasaan untuk mencari pengganti lain yang boleh melayaninya
dengan lebih baik.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut
selera isteri. Tindakan ini memperlihatkan bahawa isteri begitu perihatian
kepada keperluan dan kesukaan suaminya. Ini menimbulkan kasih sayang yang amat
tingggi oleh suami kepada isterinya kerana dia merasakan dirinya begitu
dihargai oleh isteri yang disayanginya.
7. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket
baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu
sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan
tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
8. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya
hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian
itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan
tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua
suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,
dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya
suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika
suami kita meredhainya.
10. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika
suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan
isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan
salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
11. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak
kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin
wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah
menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak
dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu
tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya
tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan
sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah
minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih
ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga
dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi
zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
Kesimpulannya isteri hendaklah sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan
bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat.
Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah
berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai
oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak,
peribadi dan ibadahnya. Isteri yang solehah adalah isteri yang dapat mematuhi
segala perintah suami selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat. Isteri
yang dapat memenuhi keperluan zahir dan batin suami. Jika semua ini dapat
disempurnakan oleh isteri, sudah pasti suami akan menyayanginya dan hubuang
kasih sayang akan kekal selamalamnya. Insyaallah.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.