RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 8 September 2015

Kebersihan Menurut Islam




Bersuci atau dalam istilah Islam 'taharah' adalah wajib di atas setiap mukallaf lelaki dan perempuan. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 11 yang bermaksud: "Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya".

Berikut adalah beberapa perincian berkaitan dengan kebersihan menurut pandangan Islam.

1. Kebersihan dan kesucian jiwa - Suci menurut Al-Quran adalah keadaan yang dialami dalam jiwa seseorang. Ini bermaksud, seseorang telah sama sekali membersihkan dirinya dan nilai-nilai moral masyarakatnya, bentuk pola pemikirannya dan gaya hidup yang bertentangan dengan Al-Quran. Dalam hal ini, Al-Quran menganugerahkan ketenangan jiwa kepada orang-orang yang beriman.

Tahap awal keadaan suci ini bermula dalam pemikiran. Kesucian jiwa yang dialami manusia tersebut akan terpancar dalam segala aspek kehidupan. Manusia yang berjiwa suci akan menjauhkan fikirannya dari segala bentuk kebatilan.

2. Pakaian yang bersih - Al-Quran juga merujuk pada pentingnya pakaian bersih, seperti dalam firman-Nya dalam Al-Muddatstsir, ayat 4-5 yang bermaksud: "Dan pakaianmu sucikanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah".

Salah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat adalah memakai pakaian bersih. Melalui Al-Quran surah Al-A'raf ayat 31, Allah SWT memerintahkan kepada kita: "Hai Anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid".

Menjaga kebersihan diri juga merupakan perkara yang disukai Allah SWT, malah Rasulullah SAW juga menyebut dalam hadisnya: Seseorang bertanya, "Bagaimana tentang seseorang yang suka mengenakan pakaian dan sepatu yang indah-indah?" Rasulullah menjawab, "Semua ciptaan Allah adalah indah dan Dia menyukai keindahan".

3. Memelihara kebersihan perhubungan - Umat Islam sangat berhati-hati dalam menjaga perhubungan mereka agar tetap bersih dan selamat. Konsep Islam tentang kebersihan jelas berbeza dengan pemahaman orang-orang yang tidak beriman. Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya 'bersih dan suci' baik lahir mahupun batin. Insan beriman harus sentiasa berupaya menjaga lingkungan mereka agar bersih dan menjaga sesuatu perhubungan itu dengan baik dan tidak melanggari batas-batas Islam itu sendiri.

4. Makan makanan yang bersih - Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 57 yang bermaksud: "Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, melainkan mereka menganiaya diri mereka sendiri".

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dan apa yang terdapat di mukabumi; dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu". (Surah Al-Baqarah, ayat 168)





Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kita dengan nikmat-Nya setiap hari. Dengan nikmat-Nya juga pada hari ini kita dapat melaksanakan pelbagai tugasan serta tanggungjawab yang telah diamanahkan Nya kepada kita. Syukur.

Insyaallah, pada entri kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai satu topik yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita iaitu menjaga KEBERSIHAN. 

Seperti yang kita tahu, Islam menyeru kepada semua umat Islam untuk membersihkan diri. Kesucian ada dua jenis, iaitu fizikal dan rohani. Islam sangat menegaskan umat Islam betapa pentingnya menjaga kebersihan diri kerana ia telah ditekankan dalam al-Quran serta Hadis.

Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
 Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Maka dengan itu, jelaslah bahawa kebersihan adalah sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman kepada Allah ialah menjaga kebersihan, sama ada kebersihan terhadap dirinya sendiri mahupun perkara yang berhubungan dengan dirinya seperti bilik, halaman rumah, pakaian, makanan dan juga tempat belajar. Namun begitu, adakah kita tahu bagaimanakah cara yang betul dalam menjaga kebersihan diri? 

Sekiranya anda masih lagi tidak mempunyai kefahaman yang jelas dalam cara menjaga kebersihan diri, di sini ingin saya berkongsi serba sedikit tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dan juga kebersihan tempat tnggal kita agar sentiasa terhindar daripada segala kekotoran termasuklah najis yang boleh membatalkan sahnya sesuatu ibadah kita kepada Allah S.W.T.

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Secara umumnya,menjaga kebersihan diri secara fizikal adalah dengan memastikan bahawa setiap anggota badan kita berada dalam keadaan baik, terurus, kemas dan bersih. Selain itu, kebersihan dalam berpakaian juga termasuk dalam menjaga kebersihan diri. Oleh itu : 

1) Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki 

-Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan) dan bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
-Potong kuku paling kurang 1 kali seminggu.





2) Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut

- Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
- Elakkan makan makanan minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

- Elakkan makan makanan yang boleh merosakkan gigi seperti makanan-makanan manis dan berkarbonat


- Berjumpa doktor gigi secara rutin.



)    3) Cara menjaga kebersihan badan 

- Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari dengan menggnakan sabun dan air bersih.

- Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.


4) Cara menjaga kebersihan rambut dan kepala

Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)
      - Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.

-Elakkan rambut daripada terkena jangkita kutu dan kelemumur


Dalam Islam telah disyariatkan perintah menjaga kebersihan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani yang membawa maksud kepada umat Islam sentiasa bersih, harum, wangi, kemas dan ceria dalam kehidupan sehari-harian.

Sebahagian daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Mandi itu adalah sebahagian wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh ahri satu har daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya".

Sabdanya lagi yang bermaksud:


 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. (HR At- Thabrani)

5) Cara menjaga kebersihan pakaian

Elakkan memakai pakaian yang telah dipakai

- Basuh pakaian yang telah dipakai bagi mngelakkan daripada berbau dan dijangkiti kuman.


- Pastikan alatan keperluan yang dipakai dalam keadaan bersi sebelum dipakai



CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL


1)pastikan rumah sentiasa bersih daripada masalah sampah sarap yang boleh menjadi tempat pembiakkan kuman.Bagi menjamin kebersihan persekitaran pembuangan sampah khas hendaklah disediakan oleh setiap rumah.
2) Keadaan sekeliling rumah juga perlulah bersih untuk memastikan agen pembawa penyakit seperti lalat, lipas dan nyamuk tidak membiak.


3)Keadaan longkang dan parit yang tidak dipelihara dengan baik sudah tentu akan menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar. Oleh itu sentiasalah kita membersihkan tempat-tempat takungan air dan elakkan membuang sisa buangan ke dalam longkang atau parit. 

4) Untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni  bolehlah halaman rumah atau persekitaran kita dihiasi dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang cantik dan menghijau.


KEPENTINGAN MENJAGA  KEBERSIHAN 
  • Untuk mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan kuman
  • mewujudkan suasana yang indah dan menenagkan
  • menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat

Maka dengan itu sentiasalah kita menjaga kebersihan..=). Pastikan diri anda terhindar dari segala kekotoran dan sentiasa bersih setiap masa kerana tubuh badan dan tempat yang bersih bukan sahaja menjamin diri daripada penyakit tetapi ianya memastikan ibadah kita sentiasa diterima Allah S.W.T malah Allah S.W.T akan bertambah sayang akan diri kita ini...=). SELAMAT BERAMAL..=)







Konsep Kebersihan Islam Membentuk Masyarakat Yang Sihat
Ditulis oleh Dr Mohd Saad bin Abdul Rahman. Posted in Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.