RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 10 September 2015

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT MEMURAHKAN REZEKI (CARA DIANJURKAN ISLAM)





Setiap muslim mesti yakin bahawa rezeki seseorang adalah ketetapan dan kurniaan Allah. Dia Yang Maha Pemurahan dan Maha Kaya telah menetapkan seorang anak Adam itu akan rezekinya di luhfahfuz lagi. Kita sebagai hamba Allah hayalah berusaha untuk mendapat rezeki, yang memberikan rezeki kepada kita adalah ketentuan Allah. Jika kita berusaha sekuat mana sekalipun tetapi tidak mendapat redha Allah maka rezeki kita tidak akan bertambah.
Oleh itu kita disarankan untuk beramal setiap hari perkara-perkara yang dihuraikan di bawah ini untuk memurahkan rezeki kita. Insya Allah.

Amalan 1:  Kuat Beribadah:
Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada  hadis kudsi ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan. justeru sesibuk manapun kita dalam melayari kehidupan ini, susunlah waktu dengan sebaiknya untuk  tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.
Kita juga hendaklah menuntut ilmu agama untuk menyempurnakan segala ibadat kita, Jika kita kuat beribadat tetapi tidak dengan ilmu yang sepatutnya menjadi panduan dalam amal ibadat kita maka amalan kita itu tidak diterima Allah kerana banyak kekurangnanya (amalan secara ikutan tidak diterima Allah).

Amalan 2: Perbanyakkan Istighfar:     
Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Dengan selalu beristighfar, insya-Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.
Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Orang yang banyak beristighfar adalah mereka yang insaf akan segala maksiat yang telah terlanjur dilakukannya. Dengan beristighfar bermakna kita membuat pengakuan kepada Allah yang kita telah melakukan dosa, dan terus beritaubat. Bagi orang yang sentiasa bertaubat (tubat nasuha) tidak akan mengulangi lagi dosa yang telah dilakukan sebelum ini, maka dia akan menjadi hamba yang bersih bila telah di ampunkan oleh Allah dosa-dosanya. Dengan itu dia akan insaf dan sentiasa mendekati diri kepada Allah dan taat degan segala perintah Allah. Akhirnya mereka akan menjadi kekasih Allah. Orang yang dikasihi Allah akan diberi segala perkara yang dipohonya.


AMALAN 3 : Tinggalkan Maksiat
Orang yang beriman semestinya akan meninggalkan perbuatan maksiant. Istighfar tidak bernilai di sisi Allah sekiranya masih selalu berbuat dosa. Dosa-dosa yang dilakukan bukan sahaja akan menjadikan hati resah gelisah, malahan juga akan menutup pintu rezeki. Ia akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita. Sudah tentu kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku, bukan? Jika para pembaca mengikuti artikel keluaran yang lalu, ada menceritakan tentang Istidraj, iaitu Allah tetap memberikan kekayaan dan kemewahan kepada hamba-Nya walaupun terus-menerus melakukan dosa. Perkara ini harus kita elakkan agar kemurkaan Allah dapat kita hindari..
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah berserta dengan berkat dari-Nya, bukannya berserta kemurkaan-Nya. Na’uzubillah! Ayuhlah kita sama-sama menjaga amalan agar seluruh isi kehidupan kita ini diberkati oleh-Nya.
Orang yang tidak meninggalkan peerbuatan maksiat menandakan imannya tidak begitu sempurna lagi, kerana larangan supaya menjauhi maksiat adalah perintah Allah. Jadi bagaimana kita mengaku kita telah beriman dengan Allah sedangkan perintahnya kita masih engkari. Ini bermakna kita menjadi orang yang dibenci Allah kerana tidak taat kepada segala perintahNya.
Mungkin akan ditanya oleh rakan kita kenapa orang bukan Islam di beri kekayaan dan hidup senang lenang. Begitu juga orang yang ahli maksiat masih kaya ? tapi kita mesti ingat bahawa Allah yang Pemurah akan memberi rezeki kepada semua makhluk di dunia ini, tetapi mereka yang ingakar perintahnya akan di seksa dengan seksaan yang amat dahsyat di Neraka Jahanam di akhirat kelak. Sedangkan kehidupan di akhirat itu adlah yang kekal abadi, jika kita termasuk dalam golongn yang beriman akan dimasukkan ke syurga Jannah yang penuh dengan kenikmatan dan kekal selama-lamamya. Jadi yang manakah mahu kita pilih ?

Amalan 4. Sentiasa ingat Allah:
Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat28)
Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah  yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.
Orang yang sentiasa ingatkan Allah hidupanya dalam keadaan iman dan taqwa, kerana setiap perkara yang akan dilakukan akan dirujuk kepada perintah Allah yang lima iaitu : Wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Jadi apabila dia ingin lakukan sesuatu perkra ia akan rujuk kepara perkara lima ini. Dengan itu kehiupannya akan sentiasa dipantu kepada syariat dan dia sentiasa berada dalam landasan yang betul mengikut ketetapan hokum Allah. Mereka yang sebegini sudah tentu akan dekat dengan Allah dan sentiasa mendapat hidayah dan pertolongan Allah.


Amalan 5:  Berbakti dan mendoakan ibu bapa:
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah mereka berbakti kepada kedua ibu bapanya serta  menyambung tali silaturrahiim. Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Hadis Riwayat : al-Hakim dan ad-Dailami)
Maka dengan 2 hadis sahih ini, termaktublah kepentingan kita berbakti kepada kedua ibu bapa kerana mereka yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi asbab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.
Orang yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa akan mendapat doa restu oleh ibu bapa mereka. Kita perlu ingat diantara doa yang mudah dimakbulkan Allah ialah doa ibu bapa mereka. Bagi anak yang menderhakai ibu bapa mereka akan mendapat laknat Allah sehinggakan sukar untuk mengucap dua kalimah syahadah semasa saat menghembuskan nafas terakahirnya.

Amalan 6: Berbuat baik dan menolong orang yang lemah’
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Bersabda Nabi Muhammad SAW :-
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat : Bukhari)
Orang yang suka berbuat baik dan membantu orang yang lemah akan sentiasa di senangi oleh masyarakat, jika kita hidup dalam kalangan mereka yang di sukai oleh masyarakat, maka segala kerja kita akan menjadi mudah dan sentiasa di tolongi oleh orang ramai. Bila Suasanan kehidupan kita dihormati sudah pati apa jua kerja yang kita lakukan akan berjaya kerana ramai  orang yang akan menolong dan membantu kita.
Bantuan yang diberi oleh orang susah dan lemah kebiasaannya di lakukan dengan ikhlas. Oleh itu kita yang sukan membantu mereka ini sering sahaja medapat sanjugan mereka dan mereka akan membatu kita daripada dikhianati oleh orang lain. Dengan demikian kita akan dapat hidup dengan aman damai dan ini akan membolehkan kita menjadi orang yang sihat dan produktif.

Amalan :7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah permudahkan  rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat : Muslim)
Orang yang suka menunaikan hajat orang lain akan sentiasa di sukai dan akan mudah mendapat bantuan orang lain bila tiba masa dia susah atau memerlukan pertolongan. Kehidupan mereka yang suka membantu orang susah dan yang memerlukan ini akan membolehkan dirinya sentiasa didoakan  oleh orang lain semoga rezekinya akan bertambah lagi kerana mereka juga akan dapat menikmatinya melalui sedekah jaraiah yang diberikan oleh yang suka membantu orang yang lemah dan susah ini.

Amalan : 8. Perbanyakkan berselawat:
Ada hadith yang menganjurkan kita supaya berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya sebuah hajat.
Orang yang sentiasa berselawat akan mendapat pertolongan Allah kerana mereka yang sentiasa berselawat adalah orang yang hidupanya sentiasa ingat kepada Rasulallah SAW yang merupakan kekasih Allah. Justru jika kita sayangankan Rasulullah kita akan pastikan segala sunnahnya diikuti dan dipatuhi. Kehidupan yang sentiasa mengikut sunnah alah diantara orang yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaannya. Sudah pasti dirinya akan hampir dengan Allah dan mudah mendapat makbul doanya oleh Allah.



Amalan : 9. Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
Ibnu Abbas r.a. telah berkata :-
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Sekiranya kita sentiasa melakukan kebaikan di dunia ini, seluruh isi alam ini, pohon-pohon, alam semesta dan seluruh ciptaan Allah akan turut mendoakan kita. Bayangkanlah sekiranya semua orang dan seluruh isi alam ini menyukai dan mendoakan kita, Insya-Allah pastinya pintu rezeki juga akan terbuka luas.
Yakinlan dengan janji Allah, stiap kebajikan yang kita berikan kepada orang yang memerlukan , kita akan dibalas dengan kebajikan dan pahala yang berganda-ganda. Oleh itu mereka yang sentiasa berbuat kebajikan akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, kerana sitiap sedekah yang diberi secara ikhlas Allah akan mengandakan kepadanya menjadi 70 kali ganda. Bayangkan jika dai membantu orang susah degan RM1,000.00. Allah akan memberi ganjaran dalam bentuk rezeki 70 kali ganda ? betapanya peluang orang yang suka menderma dan bantu orang susah itu akan menjadai lebih banyak rezekinya. Perkara ini kita boleh lihat sendiri didalam reality kehidupan kita setiap hari.

Amalan :10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w. berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. Dengan berpagi-pagi, kita akan menjadi lebih cergas dan otak juga akan menjadi lebih cerdas. Apabila otak dan minda telah bersedia, segala urusan akan menjadi lebih mudah, teratur dan terurus dengan baik. Sudah pasti amalan sebegini akan membuahkan hasil yang baik dan lumyan.
Segala amalan-amalan yang dikemukan di atas adalah diantara amalan terpuji orang yang beriman dan bertaqwa. Aalan sebegini bukan sahaja akan murah rezeki, tapi yang paling pentinga kita sentiasa hidup dalam amalan yang diredai dan disukai Allah. Menjadikan diri kita orang yang dekat kepada Allah dan sentiasa takut kepada kemurkaan Allah. Jika ini amalan kita kita akan mendapat pertolongan Allah. InsyaAllah.

Wllahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.