TAJUK: KESEJAHTERAAN
DUNIA
Sejarah ketamadunan manusia telah
menunjukkan bataa nikmat keamanan yang memberi sumbangan besar kepada
kemakmukmuran dan kesejahteraan dunia. Ksejahteraan bererti kita bebas daripada
segala bentuk yang mengugak keharmonian hidup. Kita amat bersyukur kerana Negara kita berada dalam suasana aman
dan damai walaupun pada ketika ini kita sedang menghadapai isu yang boleh
mengancam keamanan Negara. Dengan kesejahteraan dan ketenteraman yang dihadapi,
kita dapat melakukan urusan kehidupan seharian dengan tenang, aman dan
dengannya juga membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan Negara.
Firman Allah SWT dalam surah al
Nahli ayat 112: bermaksud:
“ dan Allah memberikan satu
misalan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezeki yang
mewah dari tiap-tiap tempat tetapi penduduknya
kufur nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakan kelaparan dan
ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan.”
Memlihara kemakmuran dan
keamanan adalah perkara yang dituntut
dalam kehidupan tanpa mengikra anutan agama, bangsa atau keturunan. Sejarah telah
membuktikan nabi Ibrahim AS semasa menoroka pembukaan Mekah sebgai pusat ibadat
daan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan
keamanan dan kemakmuran.
Kita juga telah menyaksikan
betapa sukar dan malangnya Negara-negara yang dilanda persengketaan, peperangan
dan malapetakan yang meragut nyawa dan melibatkan kerugian jutaan ringgit. Berdasarkan
kepada sejarah lalu, Negara kita juga pernah berdepan dengan beberapa siri ancaman keselamatan bermula dengan
ancaman komunis, semasa darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militin
seperti Kumpulan Tentera Sabillilah,Kumpulan Nasir ismail, AlMaunah, Kumpulan
Islamic State dan lain-lain lagi yang kesemuanya menutut berlakunya peperangan
dan pertumpahan darah serta nyawa. Merenung kembali kejadian serangan pengembom
berani mati oleh individu yang didikaitkan dengan Kupulan Militin DAESH di
Turki, dan Negara jiran kitan Indonesia telah mewujudkan suasana yang tidak
aman dan huru hara sehingga menimbulkan ketakutan. Di Malaysia pula, kejadian
yang hampir sama hampir berlaku namun atas kerjasama semua pihak terutamanya
pasukan keselamatan ia dapat dipatahkan. Adakah ini perjuangan Islam yang
sebenar ? bayangkank, siapakah yang akan menjadi korban jika serangan itu
dilakukan di tempat awam yang sering dikunjungi oleh orang ramai ? apa yang pasti
bukan tentera musuh yang terkoban.
Ingatlah pesanan Rasullullah SAW
menerusi hadisnya yang direkodkan oleh Abu Majah daripada Abu Abas RA: yang
bermaksud:
“ wahai manusia, berhati-hatilah
kalaian dari sikap melampau (ekstrem) dalam beragama, kerana sesungguhnya sikap
seperti itulah yang telah menghancurkan umat sebelum kalian”.
Isu-isu berkaitan keselamatan
sejagat kita mestilah memberi perhatian sewajarnya. Suasana
ketidaktenteraman yang dinikmati oleh
masyarakat di luar sana perlu dijadikan ikatibar oleh kita semua supaya Negara kita
yang dicintai ini sentiasa terpelihara dari sebarang bencana dan persengketaan.
Walllahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.