RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday 22 March 2016

DOA DAPAT HILANG STRESS DAN KEMURUNGAN PESAKIT STROK



TERAPI MELALUI SOLAT DAN DOA DAPAT HILANG STRESS DAN KEMURUNGAN PESAKIT STROK

Pengalam saya dalam membantu isteri yang lumpuh selama 15 tahun lebih, salah satu alternative terapi yang dapat memberi kesan kesmbuhan yang amat cepat untuk hilangkan stress adalah melalui solat pada malam hari (Tahajjud) dan berdoa kepada Allah Yang Maha Esa.
Ini terbukti kerana isteri saya yang lumpuh pada peringkat awal sememang dia mengalami stress yang amat sangat sehingakan kadang kala ianya menjadi murung.
Setelah saya menasihatkan beliau supaya bangun solat malam dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT terdapat perubahan yang amat ketara. Alhamdulillah sekarang ini telah hampir 15 tahun ianya mengamalkan keadah ini telah dapat menghilang hampir 100% stress yang dialaminya. Dengan itu kehidupan beliau lebih ceria dan dapat membantu proses pemulihan keatas anggonta kaki dan tangannya yang lumpuh untuk beransur baik.
Doa yang dibacanya adalah seperti dibawah ini:

DOA YANG DIBACA OLEH ISTERI SETIAP HARI SELEPAS SELESAI SOLAT LIMA WAKTU

BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM
ALHAMDULILLAH HIRRABILALAMMIN WASOLATUWASSLAM MUALAI ASROFIL ANBIA WARMURSALAM WALAHAM DULILLAHIRRABBIL ALAMIN.

Ya Allah  Ya Tuhan kami, ampukanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.
Ya Allah ampukanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan masih hidup.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohon oleh Rasulullah SAW dan kami minta perlindungan apa yang pernah dimita perlindungan oleh Rasulullah SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya dapat kami melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkanlah kami ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
LAHAULAWALAKHUWATAILLAH BILLAH HILALIM YILAZIM.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki dri kami, tambahkanlah ya Allah  kepada kami ilmu, iman dan amal, hiduplah kami dalam Islam dan matilah kami dalam Islam.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manafaat, rezeki yang halal, anak yang solih dan solihah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
LAHAULAWALAKHUWATAILLAH BILLAH HILALIM YILAZIM.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadialah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadilah kami ini hambu Mu yang mengabdi diri kepada Engaku dengan sebaik-baiknya; berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadialah  hati kami ini hati yang sentiasa  menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapai masa depan kami selepas mati.
Ya Allah ya Tuhan kami, hidupakanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir
Ya Allah ya Tuhan kami. Selamatkanlah kami semasa berada didalam kubur, jadikanlah  kubur kami salah satu dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segalah angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubagn dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah semasa kami dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkan kami ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkan kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan  Arsy Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisablah kami ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapt syufaat nabi kami  Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadilan hambaMu ini hamba yang berjaya menerima suratan dengan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangai titian Siratulmustaqim.
Ya Allah ya Tuahn kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga Engakau bersama sama dengan orang yang dimasukki ke dalamnya.
LAHAULAWALAKHUWATAILLAH BILLAH HILALIM YILAZIM.
RABANA ATINAR FILDUNIA HASANAH WAFIRAKHIRTIL HASANAH WAKINAR AZABBARNAR,

WASOLLAH HUALA SAIIDINAMUHAMMAD WAALASAIDINA MUHAMMAD,

SUBHANARABBILKA IZZATI AMMA YASIFUN WARSALAM MURSALIM WALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.