MUSAHASABAH DIRI : KEHIDUPAN DAN
REZEKI
Syeikh Rohimuddin Hafiz memberikan satu analogi yang sangat
baik dalam satu ceraha beliau tentang kehidudupan :
“Jika kita bersedekah, bermaksud kita ada duit;
Jika kita beri makan
bermakna kita memliki makanan;
Jika kita sering megatkan yang buruk-buruk tentang orang lain, bermaksud keburukan itu
ada didalam diri kita sendiri;
Jika kita menuduh orang lain sebagai ‘syaitan atau iblis’
sebenarnya kitalah pemilik sifat syaitan dan iblis itu;
Jika didalam hati kita memiliki kemuliaan, semestinya kita
akan memandang bahawa orang lain juga adalah muliah”.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup kedukaanya dengan bersyukur dan
redha ketentuan Allah.
Aku melihat hidupa saudaraku tentang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai ujian dalam kehidupannya.
Aku melihat hidupa sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia bahagia dan bersyukur dengan apa yang dia ada,
Aku melihat jiran tetangguku sangat beruntung;
Ternyata dia selalu tunduk kepada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidupa
orang yang aku temui.
Ternyata aku yang kurang mensykuri segala nikamat Allah
Bahawa disatu sudut dunia lain masih ada yang belum
beruntung memiliki apa yang aku ada pada saat ini.
Dan satu hal yang akau ketahui, hawa Allah tak pernah
mengurangkan ketetapaan-Nya,
Hanaya akaulah yang masih mengkufuri nikmat suratan takdir
Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang
lain.
Mungkin aku taka tahu diman rezekiku. Tetapi rezekiku tahu
dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung-ganang Allah telah
diperintahkan menuju kepadaku.
Allah menjaim rezekiku, sejak aku dalam Rahim ibuku lagi.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dinakani dari hasil
berkerja. Kerana bekerja adalah ibadah sedangkan rezeki itu adalah urusan-Nya.
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang
dijamin-Nya, adalah kekliruan akibat kejahilan,
Manusia membanting tulang demi angka simpanan gaji, yang
mungkin esok akan ditinggal mati dan menjadi milik orang.
Maka lupa bahawa hakikat rezeki buka apa yang tertulis
dengan angka, tetapi yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah
menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safar ke Marwah, tapi air
zam-zam muncul dari bumi di celah kaki anknya, Nabi Ismail.
Ikhtiar itu perbutan, Rezeki itu kejutan,
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan
ditanya kelak,
“Dari mana dan digunakan untuk apa”.
Kerana rezeki hanyalah “hal pakai” bukan “ hak milik …”
Halalnya disibah dan haramnya di azab,
Maka aku tidak boleh merasa iri hati pada rezeki yang
diperolehi orang lain.
Bula aku iri hati pada rezeki orang, sudah seharusnya juga
iri pada takdir kematiannya.
Astaraffillahulazim..
Ya Allah ampunlah aku di atas segala kejahilan dan sifat
buruk sangkaku kepada rezeki sebelum ini….
Sdubhanallah. !
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.