Islam adalah agama wahu yang diturunkan oleh Allah melalui nabinya Muhammad SAW. Islam sebagai
satu-satunya agama yang diterima Allah sebagai agama yang sebenar untuk
kebahagaian manusia di dunia dan di
akhirat. Oleh itu Islam telah menyediakan garispanduan untuk kehidupan dalam
semua aspek kehidupan supaya ianya selaras dengan ketetapan hokum yang
diturunkan oleh Allah SWT.
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing.
Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa
haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus.
Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini
menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami
dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana
ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang
diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk http://www.islamonline.net)
berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak
menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau
menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk
perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas
dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks
melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun
‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh
Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar)
apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar
dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri,
terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang
boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh
Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh
dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam
keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang
normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu
mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan
Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti
pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini
adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu
membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram
memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar
haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual
najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja),
apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi
diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara
yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia
adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan
boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh
dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut
undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan
20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang
sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari
fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin
Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini
adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat
memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya
air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu)
masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan
penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu
sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan
pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga
bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari
sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang
serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa
bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan,
justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit
kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan
kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani
berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita
mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk
tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud)
seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti
patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi
wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka
diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan
haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah
diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya
seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang
digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak
berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram
secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya
dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika
sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah
binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga
yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga
diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita
perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat
mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang
lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan
syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut
untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini
sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang
cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk
meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga
binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam
mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti
diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan
bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh
Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi
mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih
dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan
sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan
hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam
erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia
hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh
Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam
sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti
sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu
yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada
nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang
semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyarakat di
sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini.
Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Kita
disaranan supaya mengawal nafsu supaya tidak dipengaruhi nafsu syahwat yang
boleh membawa kepada ke arah melakukan
dosa besar seperti berzina atau merogol. Dikatakan salah satu jihad yang besar
bagi seorang insan adalah melawan hawa nafsu serakah.
Wallahua’alam.
Sumber : jalanakhirat
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.