RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday 9 April 2018

FIKRAH MURABBI - BAB 12 MENGADAKAN SOLAT TERAWIKH DI KAWASAN PASAR MALAM – PARIT DALAM.


BAB 12.   MENGADAKAN SOLAT TERAWIKH DI KAWASAN                 
                 PASAR  MALAM – PARIT DALAM.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Allah s.w.t. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
 “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”  (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.)
Tok Guru sememangnya seorang ulamak dan murabbi yang mempunyai idea yang sukar ditandingi oleh kebanyakan ulamak pada zamannya. Beliau sentiasa melakukan sesuatu yang pada sekali pandang agak janggal dan bertentangan dengan adat dan budaya yang diamalkan dikalangan orang Melayu. Salah satu idea Tok Guru yang dianggap tidak berapa bijak adalah mengarahkan pihak MPKB BRI membina tempat solat sunat tarawikh berhampiran Pasar Malam Parit Dalam pada tahun 1990an dahulu.
Pada masa itu Pasar Malam Parit Dalam adalah salah satu pasar malam yang popular di Kota Bharu untuk orang ramai makan-makan dan bersantai membeli pelbagai jenis makanan dan kueh mueh tradisi nenek moyang Negeri Kelantan. Disamping itu dipasar malam ini juga ada menjual masakan panas ala masakan Thai dan pelbagai menu mee goring dan mee soup.
Pada bulan Ramadan pasar malam ini jadi tumpuan dari kalangan pembeli tempatan dan juga para pelancong yang datang berkunjung ke Kelantan. Jarak pasar malam ini Masjid Muhammadi hanya dalam lingkungan 500 meter sahaja. Sungguhpun begitu Tok Guru telah mengarah MPKB  BRI membina tempat solat di atas jalan Temenggong ke Padang Garung, ( jalan ditutup pada waktu malam). Tempat solat sunnat terawikh ini dibina dengan mengguna khemah berukuran 20 kaki x 80 kaki. Disinilah diadakan solat maghrib dan solat isyak setiap malam pada bulan puasa. Selepas solat isyak diadakan solat terawikh pada sepanjang bulan Ramadan.
Saya masih ingat ada beberapa kata-kata sinis kepada Tok Guru kerana mengarahkan MPKB BRI membina kemah untuk solat di kawasan itu, diantaranya yang saya masih iangat :
“ Tok Guru sengaja ingin menunjukkan kepada  orang ramai yang dia seorang alim yang pentingkan solat, tapi saya rasa  arahan ini kurang bijak kerana mendirikan solat di atas jalan raya di bawah kemah, sedangkan berhampiran sudah ada Masjid Muhammadi yang lebih selesa”.
“ Itulah solat di bawah bangsal di atas jalanraya, bukan ikhlas sangat, tapi nak tunjuk ke orang jah”.
“ Malulah rakyat Kelantan,  bila orang luar Kelantan datang melihat ada orang solat terawikh di atas jalanraya dibawaha bangsal yang serba kekurangan. Macam nikah cara ulamak memerintah”.
Pelbagai lagi kata-kata negetif yang dilemparkan kepada Tok Guru. Namum beliau tidak mempedulikan kata-kata sinis itu, kerana Tok Guru mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai dengan melakukan solat tarawikh diatas jalan pada bulan Ramadan berhampiran pasar malam.
Setelah amalan ini dilakukan untuk beberapa tahun kemudian, barulah sedikit-sedikit orang ramai dapat melihat kelebihannya antara lain:
Dengan disediakan temapat solat berhampiran di kawasan perniaga pasar malam itu, Tok Guru ingin menyampaikan masej bahawa pada bulan Ramadan semua pihak samada penjual dan juga pembeli jangan leka untuk lakukan solat terawikh, kerana solat ini walaupun salah satu amalan sunnah, dia adalah yang amat dituntut kerana Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda berbanding dengan amalan solat sunah di bulan-bulan lain.
Kerana Tok Guru tahu fadilat dan ganjaran pahala solat terawikh ini amat besar dan ia tidak terdapat pada bulan-bulan lain di sepanjagan tahun. Dengan membina tempat solat ditempat orang berniaga dan membeli belah itu, secara tanpa disedari bahawa Tok Guru telah mentarbiah masyarakat supaya solat sunat terawikh ini perlu dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendapat keredaan Allah. Malah jika dilakukan pada malam al Kadar, pahala solat sunat melebihi 1000 bulan pada masa-masa lain.
Setelah kawasan Pasar Malam Parit Dalam dipindahkan ke lokasi baru bagi tujuan pembangunan Bangunan Menara MPKB BRI. Solat Terawirkh telah dipindahkan ke perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bersebelah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Tempat solat dibina daripada khemah besar yang berhawa dingin boleh memuatkan Jemaah sekitar 500 orang. Program solat terawirkh dimulai dengan iftar Ramadan pada pukul 6.30 petang.  Dikuti dengan sola maghrib berjemaah, kuliah maghrib dan solat isyak berjemaah dan dikuti dengan solat trawirkh, pada hari hari tertenu selepas solat asar diadakan forum “buku” untuk di kupas oleh para panel jemputan.
Di kawasan ini dikenali sebagai Madinatul Ramadan, Negeri Kelantan. Sepanjang sebulan bulan  Ramadan di kawasan ini juga diadakan Bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan dan kueh muih untuk berbuka pusa.
Mutakhir ini Program Solat Terawirkh di kawasan Madinatul Ramadan ini merupakan  salah satu produk pelancongan yang dihebahkan oleh Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan  sebagai salah satu produk pelancongan yang dapat menarik ramai pelancong domistik dari negeri-negeri di Pantai Barat Semenangjung Malaysia, Serawak, Sabah dan Berunai serta Singapura.
Betapa berokahnya seorang murabbi yang mengeluarkan sesuatu idea untuk mentarbiahkan rakyat Kelantan supaya sentiasa meningkatkan diri dan keluarga untuk beribadah kepada-Nya terutama pada sepanjang bulan Ramadan yang padanya ada malam al kadar yang akan diberi ganjaran seribu bulan beribadat, telah juga menjadikan satu sumber pendapatan kepada para peniaga  di Bazar Ramadan dan juga menjadi sebagai salah satu produk pelancongan Negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.