RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Sunday 24 February 2019

BAB 2 TANDA AWAL PENYAKIT GINJALCKD -






SEDUTAN BUKU : SURVIVAL PESAKIT GINJAL KRONIK - CKD.







                                                                                          feedaread.com


BAB 2
TANDA AWAL PENYAKIT GINJAL



Isteri yang mengalami lumpuh hampir 17 tahun kelihatan semakin lemah di kebelakangan ini. Dia sering memberitahu badanya tersa letih dan tidak bermaya.
―Abang, kenapa sayang selalu letih ni‖. Tanya isteri kepada ku pada suatu petang.
― Biasalah tu, bila kita semakin berumur tenaga mula berkurangan, lagipun sayang sakit dah lama, banyak berhatlah‖. Aku cuba memberi keyakinan kepada isteri.
Semasa aku menghatar isteri melakukan ‗medical checkup‘. Doktor telah memberitahu kepada kami.
― Mak Cik, ginjal telah mengalami kerosakan terok, banyak protein dalam air kencing. Mak Cik perlu jalani rawatan dialisis‖.
Kami agak terkejut dengan kenyataan doktor itu. Tetapi apa boleh buat kerana sudah ditakdirkan isteri menjadi pesakit ginjal kronik disamping lumpuh sebelah tubuh yang dialami hampir dua dekad yang lalu.
Kami perlu redha dengan ujian Allah ini.
Apa boleh buat telah ditakdirkan, sudah jatuh di tempa tangga. Kami diuji lagi oleh-Nya.
I
19
Teringat aku kepada satu artikel tentang kesihat ginjal yang pernah daku baca satu ketika dahulu.
Dimaklumkan bahawa setiap anggota badan atau organ dalam badan kita telah diciptakan oleh Allah dengan fungsinya yang tertentu bagi membolehkan kita hidup dalam keadaan sihat. Jika salah satu organ dalan badan kita sakit, sudah pasti tuan punya badan akan sakit dan aktiviti seharian akan terganggu.
Salah satu organ yang amat penting bagi kesihatan tubuh badan ialah ginjal ( buah pinggang). Ianya berfungsi untuk menapis darah yang dipamkan oleh jantung untuk diagihkan ke seluruh badan.
Jika ginjal sakit akan mengakibatkan kehidupan seseorang akan terganggu kerana tidak dapat melakukan aktiviti dengan cerdas. Pesakit ginjal akan mengalami keletihan dan tidak bermaya.
Punca utama penyakit ginjal adalah dari pemakanan dan gaya hidup kita. Mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang kerana terlampau mengikut selera dan nasfu makan serta tidak melakukan aktiviti riadah secara konsisten.
Aku teringat kepada satu ulasan oleh ustaz tentang ayat 172 surah Al- Baqarah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.‖
Kata ustaz lagi :Nabi Muhammad s.a.w. telah besabda yang bermaksud :
―Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).
Rasulullah s.a.w. ― hanya makan ketika lapar dan Baginda berhenti sebelum perut berasa kenyang‖.
Makanlah secara berpatutan dengan kepeluan tubuh badan kita. Dimana amalan Rasulullah s.a.w. dengan membahagikan perut untuk
20
tiga bahagian ; 1/3 ruang untuk makanan 1/3 ruang lagi untuk udara dan 1/3 ruang lagi untuk air.
Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus akan membebankan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna dengan baik .
Makanan yang tidak hadam dengan sempurna akan memberi mudarat kepada kesihatan tubuh badan.
Nah ! telah terbukti hadis Rusulullah s.a.w. bahawa penyakit berpunca dari pemakanan yang kita amalkan.
Aku masih ingat tabiat isteri yang amat sukan makan ‗sea food‘ udang dan sotong adalah kesukaannya.
Sekarang kesan pemakanan itu telah menyebabkan kandungan protein dalam badan isteri berlebihan dan memberi kesan kepada kerosakan ginjal.
― Kebanyakan pesakit ginjal Kronik (CKD) tidak menyedari yang dirinya mempunyai penyakit CKD, kerana tiada tanda-tanda awal. Ia biasanya mengambil masa yang lama untuk Pesakit Ginjal mengalami kegagalan ginjal sepenuhnya (CKD)‖ . Doktor menjelaskan kepada kami.
Aku dan isteri hanya mendengar penjelasan doktor, kerana inilah kali pertama kami didedahkan dengan penyakit ginjal.
―Satu-satunya cara untuk mengetahui kita mengalami masalah ginjal adalah melalui pemeriksaan kesihatan‖. Ulas doktor.
―Ujian boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:
• Ujian air kencing dipanggil Albumin to Creatinine Ratio (ACR) untuk melihat berapa banyak albumin (sejenis protein) di dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah salah satu daripada tanda-tanda awal kerosakan ginjal.
21
Bila terdapat terlalu banyak protein dalam air kencing, ini menunjukkan bahawa penapis ginjal telah rosak dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya, menyebabkan terjadi protein bocor yang dilepaskan melalui air kencing.
• Ujian darah untuk menganggarkan Glomerular Filtration Rate (GFR). Kadar penapisan glomerular adalah ukuran fungsi ginjal dan dilakukan melalui ujian darah.
Darah akan diuji untuk bahan buangan yang dikenali kreatinin. Kreatinin adalah sisa (daripada metabolisme otot) yang dikeluarkan oleh ginjal. Tahap kreatinin digunakan untuk mengira kadar penapisan glomerular (GFR)‖.
― Penyakit ginjal tidak akan sembuh sepenuhnya. Ia boleh menjadi lebih teruk dari masa ke masa dan boleh membawa kepada kegagalan ginjal dan akhirnya membawa maut. Apabila organ-organ ini gagal, satu-satunya pilihan adalah dialisis atau pemindahan ginjal.‖
―Penyakit ini jika dikesan lebih awal ianya boleh dirawat. Lebih cepat kita tahu tahap kesihatan ginjal kita, maka lebih cepat kita boleh mengambil langkah-langkah untuk menjaga ginjal supaya sihat lebih lama.‖
― Bagaimana kita dapat mengenali yang diri kita mengalami penyakit ginjal ?: Aku cuba mendapat penjelasan doktor.
―Terdapat sekurang-kurangnya 10 simpton yang menandakan seseorang alami penyakit ginjal‖. Doktor menjawab persoalan yang aku kemukakan.
― Simpton pertma : Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adakah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing‖.
―Jika kita mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan
22
air kencing semakin berkurang, boleh jadi kita mempunyai masalah pada ginjal.‖
―Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika ginjal kita rosak.‖
Dalam minda ku terlintas keadaan isteri sebelum ini yang kerap kencing dan kelihatan air kencingnya beruih seperti sabun.
―Diantara simpton lain….‖. jelas doktor lagi.
― Simpton kedua : Akan mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota badan seperti kaki atau tangan, ini juga berkemungkinan ginjal tidak berfugsi dengan baik‖.
―Ginjal yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan melalui saluran kecing‖
―Sekiranya berlaku pembengkakan pada anggota badan, berkemungkinan besar ginjal sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dimana air kenciig tidak dilepaskan dengan sempurna yang akan mengakibhatkan berlaku penakungan air kencing dalam badan dan boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata menjadi bengkak‖.
― Simpton ketiga: Jika kita mengalami rasa letih yang berpanjangan, keadaan ini berlaku berkemungkinan ginjal mengalami masalah‖
―Kegagalan ginjal menyebabkan ianya tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh mengalami kekurangan sel darah merah, anda akan mengalami anemia yang akan menyebabkan tubuh anda terasa letih yang berpanjangan‖.
― Ooo! sebab itulah sebelum ini isteri saya sering keletihan doktor ‖ aku mencelah.
― Betulah tu Pak Cik‖.
23
― Satu lagi simpton ialah ; Selera makan mulai berkurangan, kita terasa tiada nafsu untuk makan, apabila mengunyah makanan terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan seperti biasa? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan ginjal‖.
―Berlaku perasaan tidak berselera untuk makan disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah kerana pembuangan secara normal tidak berlaku disebabkan kerosakan ginjal‖.
‖ Sebab itu doktor isteri saya kebelakangan ini tidak ada selera makan, sehinggakan berat badannya susut dengan mendadak‖.
― Betul tu Pak Cik‖. Doktor mengiakan pendapat aku.
― Satu lagi simpton ialah ; Sekiranya kita mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga berlaku mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah. Setelah ginjal tidak lagi berfungsi membuang sisa-sisa toksik secara normal. Ini menandakan dalam badan kita banyak toksid yang tidak diperlukan oleh badan. ― jelas doktor.
― Simpton seterusnya ialah : Terasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.‖
Sekarang baru aku faham kenapa sebelum ini isteri sering merungut yang badannya terasa sejuk, sedangkan bila aku merasainya, bandan dia dalam keadaan normal.
Doktor meneruskan penjelasannya;
― Empat lagi simpton pesakit ginjal seperti:
• Terasa sukar untuk bernafas? disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru berlebihan. Ia menyebabkan
24
berlaku lebihan air dalam paru-paru yang akan menyukarkan aliran udara dalam paru-paru yang menyebabkan pernafasan tersangkut-sangkut atau lelah.
• Mengalami ruam dan kegatalan pada badan. Ianya berkemungkinan Kegagalan ginjal untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh boleh menyebabkan terjadi kegatalan yang teruk pada anggota badan. Ia akan menggangu kehidupan normal seharian.
• Kerap terasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. Ia akan memberi kesan kepada tersa sakit kepala yang amat sangat daripada biasa.
• Sering terasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang? Ini adalah tempat terletaknya ginjal kita. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada pinggang apabila ginjal telah rosak.‖
― Kebanyakan pesakit pada peringkat awal mendapati berlaku simpton-simpton tersebut; tidak mengambil kisah sangat, kerana ianya sering dikaitkan dengan sakit biasa yang sering terjadi dalam kehidupan‖.
― Sebagai contoh, berlaku gatal pada tubuh badan boleh dikaitkan dengan alahan makanan atau terkena seranggan seprti ulat bulu dan sebagainya‖.
―Bila terasa sakit kepada dikatakan kerana tidak cukup tidur atau tersalah makan yang menyebabkan berlaku tekanan darah yang menjurus terasa sakit kepala. Atau dianggap sakit akibat migrin‖.
― Sekiranya kita mengalami kebanyakan daripada simptom yang saya sebutkan ini, dan ianya kerap berlaku ‖. Jelas doktor.
25
―Segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi mempastikan ginjal kita masih sihat atau telah mengalami sakit ginjal‖.
Selepas sesi pemeriksaan oleh doktor, isteri telah diberi perskripsi ubat dan kami berdua berdar dari Bilik Rawatan.
―Abang, bila tarikh sayang kena buat fistula ? ‖ Isteri ajukan soalan kepada ku yang sedang menolak ‗weelchair‘.
― Doktor cakap sebulan lagi‖ respon ku kepada isteri.
― Sakit tak‖
― Tak sakit. Cuma satu pembedahan kecil di lengan‖.
― lama tak masa pembedahan‖.
― Doktor cakap tak samapai satu jam‖. Aku cuba yakinkan isteri.
―Takut lah‖
― Apa nak ditakutkan, berpuluh ribu pesakit yang menjalani prosidur ini‖.
― Berbanding dengan sayang bedah kepada dulu lebih tiga jam‖.
― Semuanya selamat pun‖.
Isteri kelihatan tenang apabila aku memberi hujjah ini, mungkin dia mula yakin bahawa prosidur pembedahan untuk fistula adala satu prosidur yang biasa untuk membolehkan peasakit ginjal mejalani rawatan dialisis. Untuk membolehkan mereka hidup seperti insan lain.
Tanda-tanada awal penyakit ginjal sememangnya telah dirasi oleh pesakit pada peringkat awal lagi. Cuma kebanyakan daripada kita baut tidak kisah jika berlaku sedikit perbuhan kepada anggota bandan, ini mungkin kerana ketidak pekaan kita kepada tanda-tanda awal yang telah di beri oleh Allah sebagai peringatan.
26
Kita lebih banyak membuat andaian bahawa simpton itu adalah perkara biasa dan jika sakitpun ianya boleh sembuh dalam beberapa hari sahaja.
Ketidak pekaan terhadap simpton sakit ginjal juga berlaku disebabkan oleh kebanyakan masayarakat jahil tentang simpton-simpton sakit ginjal. Oleh itu mereka tidak dapat mengambil tindakan awal dalam usaha merawat sebelum ianya lebih parah.
Badan Sukarela Pesakti Ginjal perlu memberi pendidikan kepada masayarakat awam supaya maklumat tentang simpton penyakit ginjal ini dihebahkan dengan lebih meluas. Cara ini adalah satu keadah yang dapat membantu masyarakat untuk lebih perihatin tentang penyakit ginjal yang merbahaya ini.
Oleh itu sebagai seorang Islam yang beriman, kita perlu menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai pandaun dalam menjaga kesihatan kita. Baginda adalah Rasul Allah yang kehidupannya dapandu oleh Allah setiap masa.
Baginda mengamalkan pemakan yang seimbang dalam kehidupan. Bada akan makan apabila terasa lapart dan akan berhenti makan sebelum kenyengang. Dengan kata lain makan secara sederhana untuk keperluan tubuh badan, bukannya makan ikut selera makan yang kebiasannya akan makan makanan yang sedap rasanya sampai kenyang.
Bila perut telah dipenuhi dengan makanan ianya akan memberi kesan kepada system penghadaman yang boleh menggangu fungsi normal tubuh badan yang akhirnya mengundangkan pelbagai penyakit.
Orang yang bijak adalah mereka yang makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan. Berpada dalam amalan pemakanan dapat mencegah berlakunya perbagai penyakit kronik kepada badan.
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Pepatah Melayu yang telah diungkapkan oleh datok nenek moyang kita berates tahun lalu telah memberi saranan kepada umat Melayu supaya sentiasa bersikap
27
proaktif dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Amalan datok nenek kita yang biasa dengan makanan dan minuman herba dalam kehidupan harian mereka adalah salah satu budaya kehidupan yang perlu di kekalkan kepada generasi muda masakini.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.