RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 28 February 2019

BAB 3 GAYA HIDUP YANG AKAN MEROSAKKAN GINJAL - BUKU SERVIVAL PESAKIT GINJAL CKD



BAB 3
GAYA HIDUP YANG AKAN MEROSAKKAN GINJAL

“ Makan untuk Hidup” atau  “ Hidup untuk  Makan”  ungakapan yang sering kita dengar  diperkarakn oleh masyarakat kita.
Pada haikatnya stail kehidpan yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat hari ini lebih kepada “Hidup Untuk Makan”.  Kenapa saya kata begitu kerana trend kehidupan pada masa ini ramai yang suka mengunjungi ke kafe yang beroperasi 24 jam.
Contohnya, di kedai mamak dan ada sesetengah restoran fast food yang beroperasi 24 jam, kita dapat lihat masih ramai orang makan di lewat tengah malam.
Kebanyakan restoran di juga masih lagi beroperasi sehingga pukul 3-4 pagi.
Sedangkan kita sering mendengar hadis yang mengatakan “ perut adalah segala punca pennyakit”. Dengan kata lain, kebanyakan penyakit yang  dihidapi oleh kita addalah berpuca daripada makanan yang kita makan dan juga amalan pemakanan yang kita amalkan dalan kehidupan seharian kita.
Tren masyarakat sekarang suka makan di luar. Bukanlah kita tak boleh nak makan atau mencuba menu di luar, tetapi seimbangkanlah pemakanan harian kita. Ambil perhatian terhadap kuantiti makanan dan waktu makan kita.
Ada yang perhatikan  segelintir individu portion makanannya boleh dimakan untuk dua orang! Dan waktu makan  pula tengah malam atau awal pagi. Tabiat sebegini  tidak berapa digalakkan kerana selepas dari itu anda mesti akan terus tidur.
Kalori akan bertukar menjadi lemak jika tidak dibakar, lalu berat badan akan bertambah dan boleh menyebabkan mendapat penyakit obesiti. Habislah baju-baju dan seluar lama dah tak muat.
TABIAT MAKAN YANG MEROSAKKAN  GINJAL.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh  pakar pemakanan, beberapa jenis makanan yang jika diambil secara berlebihan dan konsisten atau dengan kata lain makanan yang menjadi kesukaan  bagi sesetengah dari kita yang boleh memberi kesan yang akan mereosakkan fungsi ginjal.
Rasulullah s.a.w. bersabda  yang bemaksud:
“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Manakala Imam Al-Ghazali r.a. dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din menegaskan bahawa perut itu pada hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit dan bencana.
kerana nafsu syahwat perut akan terkait dengan nafsu syahwat seksual seterusnya membawa kepada keinginan pada kedudukan dan harta.
Perut memainkan peranan dalam pembentukan akhlak di samping melahirkan kebaikan di dunia dan penentu kampung halaman yang kekal di akhirat nanti sama ada aman di syurga ataupun terhumban ke neraka jahanam.
Perut menjadi punca kepada penyakit sebagaimana sabda Baginda Nabi s.a.w.:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami).
Selain itu, perut juga menjadi punca kepada keinginan. Melalui perut yang kenyang akan melahirkan rasa cinta kepada makanan selanjutnya menimbulkan kemahuan yang membuak untuk nafsu seksual yang tidak terkawal. Menerusi perut juga menimbulkan rasa cinta kepada dunia seterusnya menjurus kepada kejahatan.
Sungguh, perut ini Allah berikan tetapi saiz perut manusia yang usahakan. Bak kata orang tua-tua, kerana perut badan binasa sangat berkait rapat dengan penjagaan perut. Meskipun penjagaan perut acapkali dikaitkan dengan kecantikan. Tanpa disedari, jauh lebih penting daripada itu adalah pemeliharaan perut daripada di murkai oleh Allah SWT seterusnya menyelamatkan diri daripada bakaran api nerakaNya. Oleh itu, langkah paling bijak dalam mengawal kejahatan adalah dengan menjaga perut.
Setiap yang wujud dalam diri manusia adalah bukti Kebesaran dan KekuasaanNya sebagaimana mafhum firmanNya:
“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri; maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Surah Adz-Dzariyat, ayat 20-21).
Sesungguhnya setiap anggota dan organ manusia diciptakan bersama tujuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan perut. Ia di ciptakan bagi memproses makanan seterunya menyerap segala zat-zat yang terkandung di dalam makanan yang di makan yang akhirnya menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan. Diri akan lebih mudah untuk beribadah kepada-Nya
Dalam konteks yang lebih jelas, makan bukanlahn matlamat. Ia tidak lebih daripada jalan punca untuk sampai kepada matlamat tujuan utama iaitu ibadah kepadaNya. Justeru, konsep makan untuk hidup dan hidup untuk makan tidak boleh diterima pakai kerana setepatnya, makan untuk hidup dan hidup untuk ibadah.
Memiliki perut yang sihat adalah nikmat yang wajib di syukuri dengan menggunakannya selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya.
Tiga aspek penting bagi merialisasikan matlamat ini adalah dengan menjadikan memakan makanan yang halal, baik dan penuh keberkatan. Segala aspek berkaitan perlu di titik beratkan. Makanan yang handak dimakan bukan sahaja perlu halal dari sudut fizikalnya malah perlu di ketahui punca sumber dan jalan memperolehinya serta proses olahan makanan tersebut.
Elakkan daripada memakan makanan yang syubhah kerana ia biasa mengotori hati.  
Luqman pernah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah.”
Perut yang kosong dari makanan memiliki faedah-faedah dan perut yang penuh memiliki kesan buruk. Perut yang lapar dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan.
Selain itu, elak daripada memakanan makanan yang halal secara berlebihan.  Imam Al-Ghazali mengumpamakan perut  yang terlalu kenyang bagai pohon yang di siramkan air secara berlebihan. Batangnya akan rapuh dan akarnya akan mereput.
Perut yang sentiasa kekenyangan akan menjadikan otak lembab serta menggelapkan hati. Ini akan mengakibatkan fikiran tertutup seterusnya hati menjadi berat ketika dibawa untuk berfikir. Hati yang keras akan menyukarkan diri malawan nafsu dalam melakukan amal kebaikan. Jika ada amal baik yang di lakukan sekalipun, ia tetap akan mengganggu proses untuk istiqomah dalam beramal. Justeru, berhati-hati menjaga hati dan ia bermula daripada perut kita sendiri.
DIET DAN CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W.
Untuk kita sentiasa  sihat dan memudahkan diri untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.. Adalah penting kita mencotohi bagaimana  Rasulullah s.a.w. diet. Kerana baginda adalah insan yang terpilih dan
setiap tingkah laku dalam kehidupan baginda adalah dipandu oleh Allah s.w.t.
Dalam amalan pemakanan yang baik kita perlu mencotohi cara baginda berdiet.
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
 " Orang yang berpegang pada sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan, maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid " (HR: Abu Hurairah)
Realiti dalam kehidupan kita seharian, kita akan makan makanan yang biasa dimakan oleh keluarga kita. Kebiasaan ini menjadikan tabiat pemakanan seseorang. Contoh bagi mereka yang berasal dari  Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.  Budu adalah salah makanan yang disukai.
Banyak masakan yang disertakan dengan budu, seperti nasi kerabu, nasi ulam dan sesetengah gulai juga dicampurkan dengan budu.
Amalan diet Rasulallah s.a.w. diantaranya adalah seperti berikut:
1. Rasulullah s.a.w. melarang meminum susu bersama cuka.
2. Rasulullah s.a.w. tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit.
 Kajian santifik telah menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative.
Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus akan menyebabkan masalah pencernaan yang boleh menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.
3. Rasulullah s.a.w. tidak makan ikan bersama daun salad.
4. Rasulullah s.a.w. tidak makan ikan bersama daging atau telur.
5. Tidak digalakkan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel.
6. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh memudaratkan kesihatan.
7. Rasulullah s.a.w. tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. makan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.
8. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum waktu Magrib.
9.  Rasulullah s.a.w.  mengajar supaya  meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.
10.Rasulullah s.a.w. mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan  ais) setiap pagi. Mujarabnya In sya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
11. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
12. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
AMALAN PEMAKANAN YANG AKAN ROSAKKAN GINJAL:
Realiti kehidupan majoiti dari kita amalkan pemakanan yang lebih menumpukan kepada selera makan atau nafsu makan. Kebanyakan dari kita yang mengamalkan pemakanan berdasarkan kepadaa amalan keluarga atau nenek moyang kita.
Orang Melayu contohnya suka makan makanan yang berempah, berlemak dan masin. Masyarakat Kelantan dan Terengganu suka makan budu sebagai penyedap makanan. Jika tidak ada budu selera  makan akan berkurangan. Sedangkan amalan makan budu ini boleh menjurus kepada mengidap sakit darah tinggi. Dalam tempoh jangka panjang sakit darah tinggi akan menyebabkan kegagalan ginjal.
Berikut adalah beberapa contoh makanan yang akan merosakkan ginjal:
1. Makanan tinggi garam
Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung garam (natrium) akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan menghasilkan cairan tubuh dalam kadar yang tidak baik.
Meningkatnya penghasilan cairan dalam tubuh akan mengakibatkan pembengkakan dikawasan pergelangan kaki. Itu sebabnya, bagi mereka yang menderita kegagalan ginjal akut, hendaklah mengawal dan mengurangkan makanan yang tinggi garam.
Diantara makanan yang tinggi garam ialah:
  • Daging salai.
  • Ikan salai dan  ikan kerang
  • Kerepek asin dan kacang asin
  • Mi Segera
  • Acar
  • Makanan segera
2. Makanan tinggi protein
Tubuh memerlukan protein sebagai zat pembangun dan pendorong metabolisme dalam tubuh. Namun, bagi penderita penyakit gagal ginjal akut, makanan tinggi protein menyebabkan penumpukan produk limbah yang terlalu besar di ginjal.
Daging lembu, ayam, ikan, kuning telur, susu dan makanan olahan susu adalah contoh makanan yang kaya protein. Bila Anda memiliki penyakit ginjal, makan terlalu banyak atau terlalu sedikit protein bisa membuat Anda merasa tidak sehat. Jadi, konsumsilah protein sewajarnya untuk membantu mengurangi beban kerja ginjal membilas produk limbah dalam darah Anda.
3. Makanan tinggi kalium
Kalium adalah mineral yang berperan penting dalam menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh dan mengendalikan tekanan darah. Namun, pada penderita gagal ginjal kronis, ginjal tidak mampu mengendalikan kadar kalium dalam darah yang berlebih. Kalium paling banyak ditemukan dalam buah dan sayuran. Berikut ini beberapa jenis buah dan sayuran yang mengandung kalium tinggi.
  • Kentang
  • Asparagus
  • Labu
  • Brokoli
  • Bayam
  • Alpukat
  • Pisang
  • Buah kering
  • Jeruk
  • Kiwi
  • Melon
  • Anggur
  • Aprikot
4. Makanan tinggi fosfor
  • Mineral fosfor dapat membantu ginjal dalam menyaring zat sisa yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh. Namun jika terlalu banyak fosfor dalam tubuh boleh mengganggu kerja ginjal. Bagi pesakit ginjal kronik, disarankan agar membatasi pengambilan fosfor agar tidak memberatkan kerja ginjal. Beberapa makanan yang tinggi fosfor, di antaranya:
  • Produk olahan susu seperti keju, yogurt, dan aiskrim (Anda bisa menggunakan pengganti susu untuk membatasi fosfor)
Kacang Salai
  • Sarden
  • Minuman bersoda (bergas)
  • Arak
Pada dasarnya, untuk memastikan apa saja pantang larang  makanan bagi pesakit CKD, seeloknya  berjumpa dengan doktor dan berbincang dengan mereka berkaitan pemakanan sihat bagi pengidap penyakit ginjal kronik.
Amalan pemakan yang betul dan berkhasiat adalah diantara ikhtiar yang perlu diamalkan bagi semua pesakit ginjal kronik jika mereka mahu hidup dengan keadaan kesihatan yang terkawal. Walaupun mereka perlu menjalani dialisis.
Jika semua nasihat doktor yang diberi kepada pesakit CKD dipatuhi serta menjalani rawatan dialisis secara konsisten. In sya Allah pesakit boleh hidup lebih lama seperti mereka yang sihat dan perlulah sentiasa berdoa ke hadrat Allah s.w.t. semoga diberi kesembuhan dan hidup lebih lama untuk membolehkan dilakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menghadapi kematian yang akan datang pada bila-bila masa.
Ibarat kata pepatah Melayu sedia payung sebelum hujan. Jika kita telah bersedia dengan segala perintah Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menginggalkan segala larangan-Nya. In Sya Allah kita akan mati dalam keadaan yang diredhai Allah dan akan dimasukkan ke dalam syurga di negeri akhirat yang kekal abadi.
Pesakit C.K.D. perlu bersyukur di atas takdir Allah itu kerana mereka adalah diantara insan yang terpilih. Mereka telah diberi kesakitan yang memerukan rawatan sepanjang hayat adalah satu kelebihan untuk mempersiapkan diri supaya mati dalam keadaan yang diredahi Allah. Kerana penghujung hayat kita yang hasnul khatimahlah yang dijanjikan syurga dengan penuh kenikmatan.


#  Buku boleh didapati di ; feedaread.com





No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.