BAB 16
SETIAP YANG
HIDUP PASTI AKAN MATI
Semenjak peristiwa seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan
dialisis tiba-tiba koma dan terus meninggal dunia, isteri kelihatan kurang
ceria dan selalu termenung. Berkebetulan pesakit berkenaan berada disebelahan
isteri yang juga mendapat rawatan.
“ Kenapa sayang Nampak sedih ni ?” aku cuba mencungkil isi hati isteri.
“ Bukan apa sayang takutlah, terjadi seperti Pak Cik semalam tu” isteri
membalas.
“ Dalam tempoh setahun dah tiga pesakit mati mengejut”. Kelihatan air
jernih mengalir di kelopak mata isteri.
“ Sayang, apa nak ditakutkan, semua orang akan mati ?” aku cuba
yakinkan isteri.
“ Ingat tak dulu, Cikgu Ani jiran kita yang sakit kancer payu dara, bertahun
sakit tapi yang mati dulu suami dia yang sihat “ aku cuba yakinkan isteri.
“ Di akhbar pun setiap hari ada berita kematian di sana sini, mati
kerana kemalangan, mereka tu semua
sihatkan !”
Bila aku memberi beberapa contoh,
kelihatan isteri mula dapat menerima
hakikat bahawa kematian itu adalah sunatullah, yang pasti berlaku kepada setiap
orang.
Apabila sampai waktunya, kita akan pergi ke alam abadi menemui Allah.
Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia Allah. Sakit dan tua bukan syarat
untuk mati, ada meninggal dunia tanpa sebarang sakit, umurnya habis ketika
tidur, ada meninggal secara mengejut kerana kemalangan dan pelbagai cara lagi.
Allah berfirman yang bermaksud :
“Tiap tiap yang bernyawa akan
merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan”. (QS Ali Imran
: 185).
Kematian boleh datang bila-bila masa bila sampai masanya. Oleh itu kita
hendaklah sentiasa bersedia dengan amalan taqwa dan taat segala perintah Allah
jika inginkan kematian dalam keadaan yang diredhai-Nya.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Apabila telah tiba waktunya yang
ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun
dan tidak pula mendahulukannya”. (QS An Nahl : 61).
Oleh itu kita yang masih hidup perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi
kematian.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan agar umatnya hendaklah sentiasa
mempersiapkan diri untuk kematian
sebgaiamana hadis yang bermaksud:
Abdullah ibn Umar r.a. berkata, “Aku
menemui Nabi saw bersama sembilan orang sahabat. Salah seorang sahabat dari
Anshar bertanya, “Siapakah orang yang paling bijak dan paling mulia, wahai
Rasulullah? Beliau menjawab, “Yang paling banyak mengingat kematian dan paling
kuat dalam mempersiapkan diri menghadapinya. Merekalah orang yang paling
bijak.” (HR Ibnu Majah)
Dalam satu hadis lain Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Perbanyak mengingat si Pemusnah
Kenikmatan,”
Adalah kalimah yang pendek namun padat. Kalimah ini memadukan antara
peringatan dan nasihat. Sebab orang yang benar-benar mengingati kematian akan
serta merta kehilangan rasa nikmat yang sedang dirasakannya.
Dia juga kehilangan hasrat untuk merasakan lagi dimasa depan. Dia juga
akan timbul perasaan sudah cukup dengan apa yang ada dan tidak lagi berhajat
untuk mengejar hasratnya yang di idamkan sebelum ini.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan agar
menghiasi hidup dengan ketaqwaan saat kematian akan menjemputnya.
“Jagalah lima perkara sebelum
datangnya lima. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, sihatmu sebelum datang
sakitmu, kayamu sebelum datang kefakiranmu, waktu lapangmu sebelum datang
sibukmu, dan hidupmu sebelum datang kematianmu”(HR Ahmad & Tirmidzi)
Datipada ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. jelaslah
bahawa mengingatkan kematian itu adalah satu tidakan yang bijak bagi setiap
insan yang hidup di dunia ini. Kerana dengan menginatkan kematian kita akan
dapat mengawal nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan tetapi
ianya bercanggah dengan ajaran Islam.
Oleh itu bila kita sentiasa mengigati kematian akan merancang kehidupan
kita untuk mentaati segala perintah Allah sebagai persiapan menghadapi kematian
yang sudah pasti akan datang. Cuma masanya sahaja yang tidak dapat diramalkan.
Bagi pesakit ginjal kronik mereka lebih beruntung kerana dengan ketibaan
kesakitan yang dirasai itu, dapat
memberi keinsafan kepada dirinya bahawa tempoh
hayat mereka tidaklah lama sepertimana mereka yang sihat. Apatalah lagi
kesinambungaan kehidupan mereka perlu dibantu oleh alat dialisis sepanjang
hayatnya.
Namun sebagai pesakit ginjal kronik mereka tidak boleh berputus asa
kerana Allah telah menetapkan bahawa kematian itu akan tiba bila sampai masanya
yang tidak boleh diingkari untuk lambat atau percepat walau sesaat pun.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:
"Secerdik-cerdik manusia
ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersungguh-sungguh
bersiap sedia. Mereka ialah orang yang benar-benar cerdik, mereka pergi (ke
alam baqa) dengan membawa kemuliaan dan kemuliaan akhirat."
Kemuliaan semasa hayat bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan, tetapi
juga hubungan sesama insan. Sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu
sama lain terutama kepada orang yang banyak berjasa kepada kita, orang yang
rapat dan penting dalam hidup kita.
Sentiasa bermurah hati memberi senyuman, mengucapkan sayang, berterima
kasih, menghargai. Jauhi sikap berdendam, berdengki, berprasangka buruk dan
berperasaan negatif supaya orang sekeliling berasakan ketika kita ada
menguntungkan, ketiadaan kita satu kehilangan dan disebut-sebut kebaikan kita.
Didalam al Quran banyak ayat yang menghuraikan tentang kematian:
“Semua manusia pasti akan
mengalami detik-detik sakaratul maut. Orang kaya, orang miskin, penguasa dan
semua manusia di dunia ini. Mereka semua akan mengalami kematian. Setiap
manusia telah ditetapkan ajalnya. Apabila ajal itu datang kepada manusia,
tidaklah dapat ditunda atau dimajukan sedetikpun “(QS Al-A’raf [7]34)
“Setiap orang akan mengalami
kematian” (QS Ali Imran [3]185)
“Semua yang ada di muka bumi ini
pasti binasa. Hanya Tuhanmu yang kekal. Tuhan yang Mahamulia lagi dimuliakan.” (QS Ar-Rahman[55]2—27)
“Sesungguhnya engkau pasti mati dan
sesungguhnya mereka pasti akan mati pula” (QS Az-Zumar 30)
“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa,
kecuali Allah. Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu
dikembalikan.” (QS Qashahs 88)
Hikmah Mengingati Mati
Seseorang mukmin itu sepatutnya sentiasa mengingati mati pada setiap
hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-bidayah wa an-Nihayah
mengatakan bahwa malaikat maut akan menjengok setiap manusia itu sebanyak 5
kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu.
Oleh kerana rahmat Allah s.w.t maka manusia tidak mampu untuk melihat
malaikat maut itu, ini adalah merupakan satu ujian kepada manusia sejauh
manakah mereka meyakini dan beriman kepada malaikat. Mengingati kematian ada
banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah: .
.
* Dengan mengingati kematian membuatkan kita akan rajin beramal di dunia
ini kerana kita yakin bahawa segala amalan kebaikan kita akan memberi faedah
kepada diri kita setelah kita mati nanti.
Pahala amal ibadat itu merupakan tiket untuk memasuki syurga.
* Dengan mengingati kematian hati kita akan menjadi lembut dan akan
menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredaan dan keikhlasan.
Kerana kehidupan selepas kematian yang kekal abadi, adalah tempat menerima
balasan terhadap perbuatan kita di dunia ini.
Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa mematuhi perintah Allah
akan dapat memasuki syurga. .
.
* Dengan mengingati kematian kita akan meninggalkan segala maksiat yang
ditegah oleh Allah s.w.t. kerana kita
yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari
Allah s.w.t di akhirat nanti. Dosa
maksiat itu adalah tiket untuk ke neraka yang api sentiasa membakar dengan
azabnya.
* Dengan mengingati kematian juga akan memyebabkan kita akan segera
bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan . Ini kerana kita tidak
mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat
maut. Kerana Allah telah janjikan kepada
hamba-Nya, walau sebanyak mana dosa yang dilakukan seumpama buih air ditengah lautan
pun akan diampunkan oleh Allah sekiranya manusia bertaubat nasuha. Allah Maha
Penganpun.
.
* Dengan mengingati kematian juga menyebabkan kita akan rajin dan
bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana kita yakin
bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan
mendapat pahala. Sebaliknya jika kita
tidak menyempurnakan tugas dengan sebaiknya, bermakna kita telah mencuri masa
majikan, menipu dan tidak amanah dengan tanggung jawab yang akan mengakibatkan upah yang diperolehi
itu tidak halal dan tidak berkat. Pendapatan yang tidak berkat akan memporak
perandakan keluarga, masyarakat dan negara.
* Dengan mengingati kematian juga membuatkan kita akan merasa cukup dan
berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk
mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram seperti apa
yang berlaku pada hari ini seperti riba, rasuah, mencuri , merompak, menipu dan
berbagai-bagai lagi.
Demikianlah hakikatnya, hidup di dunia ini amat singkat, selepas mati
kita akan hidup di alam kubur dan hidup yang kekal adalah di akhirat.
Kematian suatu yang menakutkan bagi orang yang lalai perintah-Nya. Saat
akan mati, kita berhadapan dengan sakratulmaut. Susah atau senang sakratulmaut
bergantung kepada amalan kita. Oleh itu, bagi menghilangkan rasa takut kepada
kematian hendaklah kita mempertingkatkan amalan ibadat dan menghubungkan
silaturahim sesama manusia.
Manusia ini pelbagai sikapnya, seperti kata pepatah Melayu, "Rambut
sama hitam, hati masing-masing berlainan."
Sikap manusa terhadap kehidupan ini adalah pelbagai, ia dapat
diringkiaskan kepada tujuh jenis.
Pertama: Ialah manusia kehaiwanan, iaitu kehidupan
manusia pada tahap akhlak paling rendah. Hidup untuk makan dan memuaskan hawa
nafsu tanpan mengira dosa – pahala.
Kedua: Manusia yang hidup dalam kesedaran
ikut-ikutan. Manusia tidak ada pendirian, suka mengikut arus kehidupan atau
mengikut apa yang orang ramai suka buat.
Ketiga: Manusia yang menyedari dirinya seorang yang
berbeza, unik dan terlalu berprinsip.
Keempat: Manusia tidak tahu tujuan hidup, tidak ada
keyakinan diri, malas mencuba dan cepat berputus asa.
Kelima: Manusia yang hidup dengan disiplin sangat kuat,
terlalu dominan dan teratur.
Keenam: Manusia yang percaya disiplin memberi
pengalaman hidup iaitu yang bercita-cita ingin berubah memperbaiki diri.
Ketujuh: Manusia yang mengawal diri dan kehidupan dari
dalam ke luar. Manusia makrifatullah, iaitu Allah s.w.t. adalah segala-gala
dalam hidup
Kepelbagaian sikap itu meletakkan manusia pada tahap yang berbeza
kedudukan serta hasil kehidupan semasa di dunia atau akhirat. Manusia
makrifatullah mengutamakan mencari makna dan tujuan akhirat lebih daripada keduniaan.
Sesiapa yang tidak memberatkan akhirat hidupnya akan sukar di sana
nanti. Hal ini pernah diperkatakan oleh Umar Abdul Aziz kepada Anbasah,
"Seringlah mengingati mati, sebab jika hidupmu mudah, ia akan membuatnya
sukar. Dan jika hidupmu sukar ia akan membuatnya mudah."
Biarlah kita penat di dunia, memanfaatkan waktu untuk memperbanyak amal
soleh, seperti sabda Nabi s.a.w:
"Ambil kesempatan lima
sebelum lima, iaitu sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu,
kayamu sebelum fakirmu, mudamu sebelum tuamu dan hidupmu sebelum matimu."
Jika hidup kita berpandukan syariat Allah, dan sentiasa medahulukan hak
Allah, segala urusan kita di dunia akan dijaga oleh Allah. Dengan kata lain
Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita dan melindungi kita dari kesusahan
dan kebatilan.
Itulah yang dikatakan oleh Nabi
s.a.w. bahawa insan yang sentiasa
mengingati mati adalah insan yang bijak.
Oleh itu sebagai pesakit ginjal kronik
yang Allah telah dicabut sebahagian daripada kenikmatan hidup manusia normal. Kerana kerosakan ginjal yang memaksa pesakit
bergantung hidup kepada mesin dialisis, ia
adalah satu peringatan yang amat berguna kepada pesakit untuk
memperbanyakkan ibadat kepada Allah kerana saat kematian itu boleh datang pada
bila-bila masa sahaja.
Bagaimanakan kita boleh
mengingati kematian ?
Untuk mengingati kematian dalam kehidupan, kita hendaklah sentiasa
menginsafi diri atau bermuhasabah diri. Lihat dalam diri kita apakah ada banyak
sifat yang boleh menjurus kepada
perbuatan mungkar atau maksiat. Jika ini didapati lebih banyak, maka kita
perlulah memperbaiki diri untuk mendampingi Allah dan mengigati kematian yang
tidak pasti waktunya itu.
Dinatara cara yang boleh memberi keinsafan untuk kita mengigati mati
adalah melalui beberapa tindakan seperti berikut:
1. Memberisihkan hatinya dari
semua kesibukan duniawi
Tidak terlalu bahagia dengan kemewahan dunia atau dengan sesuatu yang
didapatkannya, serta jangan terlalu bersedih dengan problematika dunia yang
dihadapi atau musibah yang menimpanya, bersikap wajar saja. Seperti dalam
firman Allah,
“Kami beritahukan semua ini agar
kalian tidak berputus asa karena gagal meraih sesuatu atau berbangga diri
karena berhasil medapatkan apa yang Allah berikan kepada kalian”, (QS
Al-Hadid[57]23)
2.Membiasakan dirinya untuk
menziarahi jenazah,
Menziarahi kubur untuk mendapatkan nasihat dan mengingat kematian.
Membiasakan dirinya untuk melihat mayat ketika dikubur dalam liang kuburnya.
Kerana itu akan memberikan kesan mendalam bagi orang yang mempunyai hati.
Terbayang dibenak.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dahulu
aku melarangmu untuk menziarahi kubur. Namun sekarang, ziarahilah kubur karena
hal tersebut dapt melembutkan hati, meneteskan air mata, dan mengingatkan
kepada akhirat (HR Bukhari & Muslim)
3. Merenungi orang yang sudah
meninggal dunia dan mereka meninggalkan harta warisan yang banyak.
Namun, harta yang diwariskannya ini tidak bermanfaat baginya setelah
kematianya kecuali harta yang disedekahkan untuk kebajikan dan fisabillillah.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapkah di antara kamu yang lebih suka
kepada harta yang diwariskan daripada hartanya yang sudah di sedekahkan. Para
sahabat berkata “Ya Rasulullah, tidak ada satupun dari kamu yang lebih cinta
kecuali kepada harta sendiri.” Rasul berkata, “Sesungguhnya harta yang dimiliki
memberikan manfaat adalah harta yang telah disedekahkan. Sedangkan harta
warisan adalah harta yang ditinggalkannya.
Beliau juga bersabda, “Jika
manusia mati maka segala amalnya terputus kecuali tiga perkara yaitu shadaqah
jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak sholeh yang mendoakannya (HR
Bukhari).
Dalam hadis yang lain, “Orang yang
meninggal dunia diikuti oleh tiga perkara; sanak keluarganya, hartanya dan
amalnya. Maka yang dua perkara kembali dan yang tersisa tinggal satu perkara.
Sanak keluarga dan hartanya akan kembali dan yang tertinggal hanya amalnya
(HR Muslim)
4. Untuk mempersiapkan kematian
maka di mulai dengan melakukan sedekah jariyah dan mengamalkan ilmu yang
diketahui.
Ibnu Jauzi memberi nasihat, “Hendaklah seseorang berusaha memiliki anak
yang akan berzikir kepada Allah sepeninggalannya, sehingga pahalanya juga dapat
ia rasakan. Atau hendaklah ia menulis kitab atau buku tentang ilmu. Sebab
menulis ilmu ibarat anaknya yang akan tetap kekal. Dari kitab dan bukunya
dibaca dan diamalkan orang lain. Inilah yang tak pernah mati. Hakikatnya
penulisnya telah meninggal dunia tetapi
ilmu yang ditinggalkan maseh hidup hingga ke akhir zaman.
5. Mengingat dan mengimbas
kembali dan membayangkan teman-teman
kita yang sudah meninggal dunia.
Bertanya kepada diri kita sendiri, bila
akan masa kematian kita, dalam
keadaan bagaimana kita dijemput mengadap Yang Maha Pencipta. Adakah kita telah
bersedia dengan amalan untuk ke sana atau masih lalai dengan keseronokan dunia.
6. Di antara cara mengingat menulis serangkai ayat diatas kertas
kemudian ditampalkan di tempat yang kita sering melaluinya dan akan melihatnya.
Abu Ishaq saat meninggal di bawah bantalnya ada tulisan sehelai kertas yang
berbunyi, “Seseorang membisikkan, “Perbaikilah amalmu, sungguh telah dekat
ajalmu ”Anaknya berkata, bila ayahmya merasa malas beramal ia mengeluarkan
kertas berkenaan di bacanya berkali-kali
sampai datang kembali semangatnya untuk beribadat.
Sesungguhnya mati itu pasti, insan yang mengingati mati dan bersedia
untuk menemuinya dalah insan yang bijak. Lebih-lebih lagi pesakit ginjal kronik
yang memerlukan kesinambungan kehidupan bergatung kepada mesing dialisis
mestilah sentiasa meningkatkan amal ibadat sepanjang masa sebagai persiapan
menghadapinya.
Walau bagaimanapun kita sebagai manusia yang beriman dan percaya kepada
qada dan qadar Allah janganlah putus asa dalam menghadapai ujian kesakitan yang
diberikan oleh Allah itu. Kuatkan semangat dan tekad bahawa kita juga boleh
terus hidup seperti orang lain. Anggaplah kesakitan yang dihadapi itu tandanya
Allah masih sayangkan kita, Ia memberi ujian untuk menghalang kita dari terus
hidup dengan pelbagai kemungkaran dan maksiat.
Mereka yang sihat dan hidup dalam kemurkaan Allah sentiasa itu bukanya
bererti Allah menyayangi mereka, tetapi ianya adalah satu ‘istidraj’ yang Allah
amat murka kepada mereka dan sampai masanya akan diragut nyawanya oleh
Malikatmaut dengan penuh keazaban dan akan dihumbangkan ke dalam nereka
diakhirat kelak.
Ya Allah hindarkanlah kami dari kemurkaan Mu.
Nota: Buku boleh dibeli di feedaread.com
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.