BAB 17
PEMINDAHAN
GINJAL RAWATAN TERBAIK BAGI PESAKIT C.K.D.
Dah menjadi rutin harian setiap pagi penulis dan isteri akan berehat
diatas sofa depan TV untuk mendengan
slot Selamat Pagi Malaysia di TV1.
Pada pagi itu SPM ada membincangkan berkenaan Penyakit CKD yang menjadi
hos seorang Doktor Pakar wanita.
“ Di Malaysia terdapat lebih
kurang 40,000 orang pesakit Buah Pinggang Kronik yang perlu menjalani
rawatan dialisis. Setiap tahun terdapat 7,000 pesakit baru yang memerlukan
rawatan dialisis”.
“ Pemindahan ginjal adalah keadah
rawatan yang terbaik, tetapi kebanyakan pesakit CKD memilih untuk merawat
melalui dialisis”. Ujar doktor
“ Penderma ginjal dapat hidup aktif seperti biasa dengan satu buah
pinggang sahaja”
Setelah mendengar kenyataan doktor di Slot SPM TV1 penulis membuat
carian di google dan menjumpai satu
artikel yang pernah disiarkan di Utusan One Line.
Dibawah ini disiarkan artikel
yang ditulis oleh Intan Suhana Che Omar pernah
disiarkan pada 20 Jun 2018 untuk tatapan
kita bersama :
Kegagalan fungsi ginjal atau buah pinggang bukan sesuatu yang baharu
dalam kalangan rakyat di negara ini.
Bahkan, statistik mencatatkan bilangan pesakit yang mengalami kegagalan
buah pinggang meningkat dengan lebih daripada 7,500 pesakit direkodkan setiap
tahun.
Namun, kajian menunjukkan 99 peratus pesakit kegagalan buah pinggang
cenderung untuk melakukan rawatan haemodialisis yang secara tidak langsung
telah mengurangkan kualiti hidup mereka.
Hal ini demikian kerana, rawatan haemodialisis memerlukan komitmen yang
tinggi apabila pesakit perlu berulang-alik ke pusat rawatan dengan purata tiga
kali seminggu yang memakan masa selama tiga hingga lima jam bagi satu sesi
rawatan.
Menurut Pakar Nefrologi (Ginjal) Pusat Pakar Perubatan Universiti
Teknologi Mara (PPUiTM), Dr. Muhammad Iqbal Abdul Hafidz, selain haemodialisis,
terdapat kaedah perubatan yang lebih ampuh untuk dijalani oleh pesakit untuk
merawat penyakit buah pinggang.
Rawatan tersebut adalah pembedahan pemindahan buah pinggang atau
transplan yang merupakan proses menggantikan buah pinggang yang rosak kepada
yang baharu.
Namun, kadar pemindahan buah pinggang di negara ini menunjukkan
penurunan iaitu dari 64 pembedahan yang dijalankan pada tahun 2015 merosot
kepada hanya 27 pemindahan pada tahun 2016.
Penurunan tersebut berlaku kerana pesakit menganggap rawatan yang
terbaik untuk memulihkan buah pinggang adalah dengan melakukan rawatan
haemodialisis yang lebih mudah dan murah berbanding melakukan pembedahan
transplan.
Walau bagaimanapun, katanya, pesakit kegagalan buah pinggang yang
menjalani pembedahan menggantikan ginjal atau transplan akan mempunyai kualiti
hidup yang lebih baik berbanding pesakit yang menjalani rawatan dialisis dalam
jangka masa panjang.
“ Ini kerana pembedahan atau transplan ini perlu dijalankan sekali
sahaja untuk menggantikan buah pinggang pesakit dengan yang baharu berbanding
rawatan dialisis yang perlu dijalani pesakit secara berterusan”.
“Dari segi kos juga menunjukkan rawatan pemindahan buah pinggang lebih
berbaloi kerana perlu dibayar sekali sahaja iaitu kira-kira RM50,000 (harga
rawatan di PPUiTM), tetapi bagi rawatan dialisis memerlukan belanja kira-kira
RM200 bagi satu sesi tidak termasuk ubat-ubatan,” ujarnya ketika ditemui di
pejabatnya di PPUiTM, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Selain itu, beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan UiTM
menjelaskan, golongan yang paling tinggi menghidap penyakit buah pinggang
adalah mereka yang berumur antara 40 hingga 60 tahun iaitu golongan optimum
yang masih bekerja.
Oleh itu, tegasnya, selain kualiti hidup, produktiviti dan prestasi
kerja pesakit juga akan terganggu sekiranya mereka membuat keputusan untuk
menjalani rawatan haemodialisis untuk kelangsungan hidup.
Katanya, komitmen terhadap rawatan dialisis yang perlu dilakukan dengan
kerap akan membuatkan pesakit menjadi semakin tidak bermaya selain kulit akan
kelihatan lebih gelap selepas menjalani rawatan.
“Proses rawatan haemodialisis agak membebankan kerana pesakit terpaksa
berulang alik ke pusat haemodialisis.
“Jika pesakit melakukan transplan, dia hanya perlu makan ubat
antipenolakan buah pinggang baharu sahaja dan boleh meneruskan kehidupan normal
seperti orang lain,” jelasnya.
Justeru, beliau berkata, kesedaran orang ramai mengenai kepentingan
melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang terutama bagi pesakit yang muda
sangat perlu untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Pesakit harus membuka mata dan melihat pelbagai sudut untuk mencari
alternatif terbaik untuk merawat penyakit selain bergantung terhadap satu
kaedah sahaja iaitu dialisis.
Tiada risiko jika menderma buah
pinggang:
Dalam pada itu, Dr. Muhammad Iqbal berkata, satu kempen kesedaran perlu
diadakan untuk memberitahu kepada umum mengenai kepentingan pesakit buah
pinggang menjalani pembedahan pemindahan ginjal.
Hal ini kerana katanya, ada beberapa kekangan dan halangan yang
menyebabkan pemindahan ginjal tidak dapat diperkasa di negara ini.
Antaranya ialah pemahaman orang ramai mengenai risiko sekiranya ingin
menjadi penderma buah pinggang.
Katanya, ramai yang prejudis kerana beranggapan pemindahan buah pinggang
akan memberikan kemudaratan kepada penderma.
“Sebenarnya tidak, tiada risiko jika sesiapa saja ingin menjadi perderma
kerana manusia boleh hidup dengan satu buah pinggang, tetapi harus mengamalkan
gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
“Dengan amalan gaya hidup sihat, penderma boleh menjalani kehidupan
macam biasa dan boleh kekal aktif juga,” jelasnya.
Selain itu, katanya, pemindahan buah pinggang boleh dilakukan dengan dua
cara iaitu pemindahan antara penderma yang masih hidup dengan penerima atau
penderma yang telah meninggal dunia dan mendaftar sebagai penderma organ
sebelumnya.
Menurut beliau, terdapat situasi keluarga penderma organ yang telah
meninggal dunia tidak membenarkan proses itu dijalankan bagi menghormati
jenazah. Hal ini telah menyebabkan buah pinggang itu tidak dapat diberikan
kepada pesakit yang memerlukan, sekali gus menyebabkan bekalan ginjal menjadi
semakin terhad.
“Pendermaan organ dari segi hukum diharuskan dalam masyarakat Islam dan
ada fatwa mengesahkan hal itu, tetapi masyarakat masih lagi tidak memahami dan
kurang pengetahuan mengenai perkara ini.
“Oleh itu, hanya 1.3 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia yang
berikrar untuk menjadi penderma organ,” ujarnya.
Derma organ adalah kemuncak sedekah
ayat al Imran ayat – 92’
Kamu tak sampai kemuncak apabila kamu derma apa yang kamu cintai (sayang)
Ustaz Abdullah Bukhari abdul Rahim. 43 tahun telah dikesan hidap sakit buah pinggang
(2001) ndialisi air 4 kali sehari selama hampir 8 tahun.
Selepas transplan buah pinggang kesebsihatan bertambah baik dan boleh
hidup aktif seperti sebelum sakit.
Nasihat supaya jika ada penderma lakukanlah transplan buah pinggang
kerana adalah rawatan yang paling berkesan untuk kembali sihat dan aktif.
Bagi pederma organ, berilah derma organ
anda kepada mereka yang sakit lebih-lebih lagi ada pertalian
kekeluargaan, kerana derma organ adalah kemuncah kepada sedekah dalam kehidupan
manusia yang akan mendapat ganjaran pahala
yang dijanjikan Allah.
Dibawah ini catatan luahan perasaan Ustaz Abdullah Bukhari abdul Rahim.
SUNNAH CEPATKAN URUS JENAZAH ATAU AMBIL ORGANNYA DAHULU?
“Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w., apabila seseorang meninggal dunia,
jenazahnya perlu segera diuruskan. Jika pengikrar derma organ meninggal dunia,
proses pengambilan organ pasti akan melambatkan proses pengkebumian. Lalu
bagaimana dengan perlaksanaan sunnah nabi yang terbantut itu?” .
.
Soalan tersebut berasal daripada sebuah hadis: . .
Ertinya: “ Segerakan pengurusan
(pengkebumian) jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka elok kamu percepatkan
untuknya (sampai ke kubur serta mendapat ni’mat barzakh). Kalau ia bukan
jenazah yang baik, maka ia adalah satu keburukan yang sepatutnya kamu (segera)
lepaskan daripada leher kamu” (Sahih al-Bukhari dan Muslim).
.
Segar lagi dalam ingatan, sebelum mengimami solat jenazah ibu saya pada
pagi Isnin 17 April 2017, saya bacakan hadith di atas kepada hadirin. Saya
tegaskan “Selesai Sahaja Solat Jenazah Kami Akan Terus Bawa Jenazah Ke Kubur
Tanpa Membaca Doa Selepas Solat Kerana Doa Dalam Solat Jenazah Sudah Cukup.”
Mengulangi doa kepada si mati selepas solat akan melambatkan perlaksanaan Sunnah
nabi ke atas si mati.
Ketika bertembung “dua situasi kritikal” antara mengabaikan sunnah nabi
dengan melambatkan proses pengkebumian dan pengambilan organ untuk membantu
para pesakit yang menunggu, Islam memilih yang kurang mudarat antara 2 mudarat.
Banyak contoh yang boleh dilihat daripada al-Quran, Ertinya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah,
daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka sesiapa
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak
melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka dia tidak berdosa),
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani )al-Nahl
16:115).
Bangkai, darah, daging babi pada asalnya haram dan wajib dijauhi, tapi bagi
seseorang yang terdesak bakal hilang nyawa kerana kelaparan, dibenarkan
menyentuh yang haram “dalam batasan sempit” demi menjaga nyawa. Dalam situasi
itu, makanan yang haram adalah mudarat kecil berbanding hilang nyawa yang boleh
disifatkan sebagai mudarat besar.
Oleh itu, saya berpendapat situasi yang sama terpakai dalam kekangan
sakit kronik dan derma organ.
Tambahan pula kelewatan pengurusan jenazah berlaku disebabkan
kepentingan merawat serta menjaga nyawa para pesakit kronik yang lain.
Bayangkan! Ketika jasad penderma yang mulia dikuburkan, organnya yang
sihat mampu menyelamatkan ramai pesakit seperti pesakit jantung, buang pinggang
dan sebagainya. Melaksanakan hasrat penderma organ turut disarankan Islam.
Kematian mereka menjadi kehidupan kepada insan lain.
Percayalah! Derma organ adalah anugerah kehidupan! Hanya pesakit yang
pernah merana sakit menghargai perkara ini. Tanpa organ baharu, pesakit kronik
akan menjalani hidup yang sukar.
Pandangan ini saya asaskan pada pengalaman sendiri yang sakit sejak
tahun 2001-2008. Pada tahun 2008-2010 saya menjalani rawatan cuci darah.
Pada tahun 2010 ibu saudara saya mendermakan buah pinggangnya kepada
saya.
Dengan anugerah buah pinggang tersebut, saya tidak lagi toleh belakang
memacu gerakan dakwah dalam hidup saya dan mengumpulkan sebanyak mungkin saham
akhirat.
Yang manisnya, semua gerakan dakwah saya itu turut disertai dan dikongsi
pahalanya oleh “sebahagian daripada” organ penderma saya.
( Abdullah Bukhari @ 14 November 2018
Setelah mendapat beberapa maklumat tentang kejayaan transplan ginjal
sabagai salah satu keadah rawatan penyakit ginjal kronik. Kami sekeluarga telah
berbincang untuk membolehkan isteri menjalan transplan ginjal.
Pada malam 14 Disember 2018, Anak
kedua kami, Nik Mohd Rashdan telah datang berkunjung ke rumah.,
“ Abang Idan, dady bercadang
untuk membuat transplan bagi mengubati ginjal mama”. Saya mulakan perbincangan
kami.
“ Jika abang setuju boleh derma satu buah pinggang kepada mama”
“ Abang setuju” spontan dia memberi respon.
“ Bila nak lakukan pemindahan itu” Abang Idan ingin kepastian.
“ Nanti dady berbincang dengan Dorkot Pakar HUSM dulu”
Bila mendengar respon positif daripada Abang Idan, terasa hati daku
begitu teruja sekali dengan sikap anak lelaki kami yang berumur 36 tahun itu.
Membuktikan yang dia amat sayang kepada ibunya yang telah mengalami
sakit ginjal sejak setahun yang lalu.
Kemungkinan dia begitu faham
tentang dady dan mamanya yang setiap minggu terpaksa ulang alik ke Pusat
dialisis tiga kali seminggu. Berada lebih 4 jam di Pusat Dialais adalah satu
detik yang begitu membosankan.
Tapi apakan daya demi kesenambungan hidup isteri yang tercinta, yang
telah bagitu banyak berkorban untuk melahirkan dan membesarkan 7 orang zuriat
kami disepanjang tempoh perkahwinan kami yang menjangkaui masa hampir 40 tahun.
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t. yang telah membuka jalan untuk
membolehkan kami mengubati sakit CKD isteri yang memerlukan rawatan dialisi
yang begitu mengengkang masa kehidupan
seharian kami sekeluarga.
Alhamdulillah hasrat mengadakan tranplan ini akan berjalan dengan
sempurna dan membolehkan isteri menjalani kehidupan seperti baiasa. Lebih-lebih
di penghujung kitaran kehidupan di dunia ini, kerana mencapai umur 6o tahun adalah satu anugrah Allah untuk
membolehkan isteri meningkatkan amal
ibadat sebagai persiapan meghadapi kematian yang akan tiba bila sampai masanya.
Isteri yang telah mengalami strok hampir 20 tahun dan dengan penuh
kesabaran dia menjalani kehidupan sebagai OKU merupakan satu ujian dari-Nya.
Ketabahan isteri hidupan dengan serba kekurang
sebagai insan OKU dan dia saban masa bila selesai solat fardu lima waktu
sentiasa berdoa kepada penciptanya Tuhan Yang Maha Esa.
Saya sebagai seorang suami terpaksa memikul tanggung jawab yang telah
diperstujui semenjak perkahwinan bersama isteri hampir 40 tahun lalu, terpaksa
melatih diri supaya sentasa sabar untuk mengurus isteri OKU itu. Alhamdulillah
bersyukur kepada Mu Ya Rab, yang telah memberi sifat sabar dan cekal hati
melalui segala dugaan ini.
Semoga hasrat kami untuk melakukan transplan ginjal ini akan menjadi
kenyataan dan segalanya berjalan lancer seperti di rancang. In Sya Allah.
# Nota: Buku boleh dibeli di feedaread,com
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.