RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday 5 March 2019

BUKU : SURVIVAL PESAKIT GINJAL KRONIK CKD : BAB 10 - PENGURUSAN RESIKO DALAM KEHIDUPAN








Buku boleh diperolehi di feedaread.com 

BAB 10

PENGURUSAN RESIKO
DALAM KEHIDUPAN

Sunatullah bahawa kehidupan penuh dengan ketidak tentuan. Semua insan di dunia ini  tidak dapat mempastikan masa  depan mereka secara tepat. Hatta sesaat berikutnyapun kita  tidak pasti samada masih hidup atau telah menjadi Allahyarham. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui perka-perkara yang akan berlaku dimasa hadapan.

Islam mengajar umatnya supaya sentiasa disusuli dengan ungakapan “In Sya Allah” apabila berbicara tentang masa hadapan.
Allahl berfirman yang bermaksud;

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini." (Q.S. Al-Kahf : 23-24)

Ayat di atas adalah teguran Allah kepada Rasulullah s.a.w.  Sirah ini dikatakan Rasulullah s.a.w.  sedang becerita tentang pemuda Ashabul Kahfi, namun nabi tidak melanjutkannya kerana wahyu belum turun, Nabi pun menjelaskan bahwa besok akan disambung akan tetapi Nabi lupa mengatakan ‘In sya Allah’, maka ayat di atas sebagai teguran Allah.

Sememangnya setiap insan akan mengimpikan suatu bentuk kehidupan yang baik.

Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik bermaksud mewujudkan keseimbangan antara aspek kerohanian dengan aspek kebendaan dalam kegiatan harian. Bagi mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, setiap insan sama ada suka ataupun tidak perlu memikirkan perancangan (planning) hala tuju kehidupan mereka.

Kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para Rasul. Dalam hal ini, kisah Nabi Yusuf a.s. seperti yang digambarkan dalam al-Qur’an dapat memberikan pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan.

Secara logiknya, al-Qur’an tidak menceritakan kisah ini hanya untuk bacaan semata-mata, tetapi ia diceritakan untuk kita jadikan sebagai iktibar bagi orang yang berfikir dan beriman kepada Allah s.w.t..

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa ketika utusan Raja Mesir datang kepada Nabi Yusuf a.s. di dalam penjara meminta beliau mentakwilkan mimpi, ia berkata “Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkanlah kepada kami tentang (mimpi) tujuk ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus; dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya.” (Surah Yusuf ayat 46)

Berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf a.s ternyata tidak hanya mentakwilkan mimpi itu sahaja, bahkan beliau memberi petunjuk kepada mereka supaya membuat perancangan bagi masa depan untuk mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa negeri Mesir. Baginda mencadangkan beberapa langkah penting yang perlu diambil bagi menghadapi kesukaran tersebut.

Al-Sayyid Qutb dalam kitabnya Tafsir fi Zilal al-Qur’an mengatakan Raja (Mesir) itu meminta huraian erti mimpinya. Para pegawai kerajaan dan para ahli nujum tidak sanggup menghuraikan erti mimpi tersebut, kerana menganggap mimpi itu satu petanda akan berlaku kejadian-kejadian yang buruk. Sebaliknya, untuk menunaikan kehendak Raja, mereka memperlihatkan apa-apa sahaja yang dapat menyenangkan raja dan menyembunyikan sesuatu yang menyedihkan. Untuk itu, mereka menghindari daripada berbincang mengenai mimpi itu dengan mengatakan mimpi itu kosong dan tidak mempunyai sebarang erti.

Dalam hal ini, sikap Nabi Yusuf a.s berlainan daripada para pegawai tersebut. Baginda mentakwilkan mimpi Raja dan menasihatkannya supaya berusaha mengatasi akibat-akibat yang ditunjukkan dalam mimpi tersebut. Baginda mencadangkan langkah-langkah yang sesuai dan menjelaskannya.

Paling tidak, terdapat empat langkah yang perlu dirancangkan itu. Pertama, perlu melipat gandakan lagi usaha bekerja yang sedang dilakukan serta menetapkan jangka waktu yang diperlukan. Kedua, perlu bersungguh-sungguh melakukan kegiatan pertanian dalam jangka masa tertentu. Ketiga, perlu berusaha meningkatkan pengeluaran; dan keempat, perlu bekerja keras secara terus menerus dan bersungguh-sungguh.

Nabi Yusuf a.s menyatakan “Supaya kamu bercucuk-tanam selama tujuk tahun (lamanya) sebagaimana biasa” (Surah Yusuf ayat 47). Maksudnya, bercucuk-tanam berturut-turut selama tujuh tahun musim subur, sebagaimana yang diisyaratkan dalam mimpi “Tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk”.  Kata Nabi Yusuf lagi “Maka apa (gandum) yang kamu tuai hendaklah dibiarkan sahaja pada tangkainya” (Surah Yusuf ayat 47). Maksudnya biarkan sahaja bijian gandum itu pada tangkainya kerana hal itu akan menjadikan gandum tahan daripada gangguan serangga perosak dan tidak terjejas akibat daripada perubahan cuaca panas.

Berdasarkan cadangan-cadangan itu, jelas menampakkan betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga hasil bumi. Makna ayat tersebut mencakupi petunjuk mengenai kepentingan menyimpan dan cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak belebih-lebihan. Hal ini kerana Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan dan sama sekali menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk hal-hal yang tidak bermanfaat (maksud ayat 67 daripada Surah al-Furqan).

Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s itu, terdapat suatu perkara yang sangat perlu diberi perhatian, iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran. Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan-keperluan utama, yang dikatakan oleh Nabi Yusuf “Kecuali sedikit untuk kamu makan” (Surah Yusuf ayat 47).

Baginda juga memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama pada masa kesulitan. Baginda berkata “Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit (sangat kemarau), yang  menghabiskan apa (makanan) yang kamu simpan untuk menghadapinya, kecuali sedikit daripada apa-apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)” (Surah Yusuf ayat 48).

Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf a.s yang berdasarkan petunjuk Allah s.w.t. kepadanya itu, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan dapat mengatasi satu malapetaka yang besar.

Dalam Surah Yusuf ini juga, dijelaskan bagaimana Nabi Yaakub a.s. (bapa kepada Nabi Yusuf a.s.) membuat perancangan untuk mengurangkan risiko dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya.

Pesanan ini dijelaskan menerusi ayat 67 daripada Surah Yusuf yang bermaksud “Dan ia berkata lagi: Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu daripada sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.”

Ayat-ayat ini perlu difahami dan dijadikan panduan supaya kita sentiasa bersedia dengan sesuatu perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Melalui perancangan yang baik dan teratur, sesuatu sumber itu dapat dioptimumkan manfaatnya bagi perancangan masa depan.

Demikianlah ilmu perancangan yang telah lama tercatat dalam al-Qur’an untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya.

Oleh itu, jelaslah bahawa Islam bukan agama yang mengajar orang berfikir secara membuta tuli atau bertawakkal tanpa alasan.

Islam adalah agama yang mengajar manusia supaya memerhatikan dan mempelajari dengan teliti terutama perkara yang berkaitan soal-soal pengeluaran, penggunaan dan keperluan-keperluan material lain yang diperlukan dalam kehidupan masyarakat.

Rasulullah s.a.w. dalam segala hal amat mementingkan perancangan. Misalnya, sebaik sahaja tiba di Madinah, lalu Baginda s.a.w. segera meletakkan dasar-dasar bagi terbentuknya pemerintahan Islam pertama di dunia. Baginda membangunkan masjid sebagai tempat ibadah; tempat bermesyuarat; tempat untuk mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar khususnya dan untuk memperkukuhnya persaudaraan semua umat Islam pada umumnya.

Selepas itu Baginda mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi, meletakkan dasar perundangan Kota Madinah agar setiap orang dapat mengetahui kedudukan dalam masyarakat serta mengetahui perkara yang menjadi hak dan kewajipannya.

Samalah juga perkara yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada malam Hijrah; malam ‘Aqabah dan peristiwa yang berlaku di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua ini membuktikan Islam amat mementingkan perancangan yang teratur dan kemas.

Oleh itu, jelaslah bahawa Islam mementingkan perancangan. Ia selari dengan gesaan al-Qur’an dan langkah-langkah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebenarnya semua yang ada di alam ini juga berlaku mengikut perancangan dan peraturan yang kemas. Bila perancangan dan peraturan itu rosak, maka rosaklah alam ini.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Matahari berjalan di tempat peredarannya; demikianlah ketetapan yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami  tetapkan bagi bulan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga kelihatan di akhir peredarannya kelihatan kembalinya ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar di tempat edarannya masing-masing.” (Surah Yasin ayat 38-40)
Banyak ayat al-Qur’an membincangkan masalah penyerahan soal-soal keduniaan kepada manusia, semata-mata untuk membolehkan kita merenung dan berfikir, kemudian membuat perancangan dan bekerja menunaikan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya.

Dapat dirumuskan  bahawa perancangan merupakan sunnah atau jalan para Rasul. Ia telah lama tercatat dalam al-Qur’an untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya. Semua perancangan yang dibuat bertujuan menjaga negara, bangsa, masyarakat, diri dan keluarga  kita daripada sebarang risiko atau kemungkinan yang tidak dijangkakan pada masa depan. Janganlah disalahkan takdir apabila sesuatu malapetaka berlaku kepada kita, sedangkan kita tidak berusaha langsung untuk mengelakkan diri daripadanya walhal kita mempunyai pilihan untuk berbuat sesuatu.

Iktibar daripada cerita tentang pentingnya manusia mengadakan perancangan untuk kehidupan yang tidak menentu di dunia ini. Pengalaman penulis menjaga isteri yang mengidap penyakit ginjal kronik dan perlu menjalani rawatan dialisis.

MasyaAllah. Perbelanjaan untuk mendapat rawatan dialisis setiap bulan begitu begitu besar sekali. Kami terdpaksa membayar kos rawatan dialisis yang berjumlah RM3,920.00 sebulan. Sesi rawatan dialisis  sebanyak 3 kali seminggu.

Bayangkan jika jangka hayat pesakit ginjal purata adalah antara 10 tahun. Jumlah wang yang diperlukan adalah sebanyak RM47,040 setahun. Untuk tempoh 10 tahun jumlah kos rawatan dialisis mencecah sebanyak RM470,400.00

Mampukah kita menyediakan jumlah wang sebanyak itu ?
Kami memangnya bernasib baik kerana saya sebagai pesara kerajaan, segala kos rawatan dialisi untuk isteri adalah ditanggung oleh Kerajaan sepenuhnya.

Tetapi jika orang awam yang bekerja sendiri atau swasta yang tidak mempunyai skim pencen akan mengalami masalah kewangan untuk kos rawatan dialysis. Mereka boleh mendapat rawatan di hospital-hospital kerajaan, tetapi perlu diingat diingat pada masa ini telah berlaku lebihan pesakit ginjal kronik yang mendapat rawatan di hospital kerajaan berbanding dengan mesen dialysis ada di setiap hospital.

Ketidak cukupan perlatan ini, akan memberi kesan kepada pesakit ginjal untuk menjalani rawatan dialisi secara kebih efisen. Jika tempoh menunggu itu lama ia akan mengganu kesihatn pesakit dan boleh membahayakan pesakit.

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, disarankan supaya setiap orang perlu merancang secara stratigik untuk mempastikan masa depan mereka akan terjamin dari segi kemudahan merawat sebarang penyakit kronik yang mungkin berlaku.

Salah satu alternatif yang terbaik adalah disyorkan setiap orang mengambil polisi takaful semasa mereka masih muda, sihat tubuh badan dan mempunyai pekerja tetap sama ada bekerja sendiri atau bekerja dengan pihak lain.
Pengsyoran ini   dibuat kerana dalam kehidupan tidak sepanjang masa kita berada dalam zon selesa dari segi kewangan dan kesihatan. Kerana setiap orang berkemungkinan menghadapi masa depan yang berasiko tinggi mengalami beberapa masalah penyakit kritikal.

Ramai dari kalangan kita yang merasakan rugi ambil skim takaful. Tapi sebaliknya kita akan rugi jika tidak ada skim takaful bila berhadapan dengan masalah kos rawatan yang besar bagi merawat pelbagai penyakit kritikal sepert sakit ginjal kronik.

Oleh itu adalah bijak jika kita mengamalkan sikap ‘bersedia payung sebelum hujan’. Kita perlu menyimpan duit semasa kita masih sihat melalui skim takaful yang akan membantu kita semasa dalam kesudahan di kemudian hari.

Sesetengah orang beranggapan bahawa mereka telah ada perlindungan yang dibuat oleh syarikat dimana dia sedang bekerja. Hanya mungkin berminat selepas bersara (56 tahun).

Tahukah anda takaful kesihatan hanya boleh diambil ketika sihat sahaja.

Bila sudah ada diabetis atau darah tinggi segalanya mungkin sudah terlewat. Adakah anda boleh memberi jaminan anda tiada penyakit apabila menjelang umur 50-an. sanggupkah anda menggunakan wang EPF@ KWSP anda untuk membayar bil hospital. ?

Polisi Takaful Kesihatan ada menyediakan plan untuk membiayai penyakit kronik seperti:
 
1 . Strok/ Angin Ahmar 
2. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
3. Kegagalan Buah Pinggang - memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang.

Manfaat pampasan penyakit berkaitan buah pinggang adalah untuk kegagalan buah pinggang tahap akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan buah pinggang kronik tidak boleh pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.
 4. Kanser
 5. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Pembedahan pintasan arteri koronari adalah digunakan untuk mengantikan arteri rosak yang menyalurkan darah untuk jantung. Doktor bedah mengunakan saluran darah yang diambil dari bahagian lain untuk membaiki saluran darah yang rosak tersebut.
6. Penyakit Arteri Koronari Serius
7. Angioplasti dan Rawatan Invasif lain atau penyakit Arteri Koronari
8. Kegagalan Hati Tahap Akhir:
9. Hepatitis Viral Fulminan;
10. Koma - Mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom
      klinikal yang berterusan;
11. Tumor Otak Benign -  Keterukan Tertentu  ;
12. Kelumpuhan Anggota ;
13. Buta - Kekal dan Tidak Boleh ;
14. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
15. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu ;
16. Jangkitan HIV Melalui  Darah ;
17. Penyakit Paru - Paru Tahap Akhir ;
18. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk     
      melakukan Ativiti Kehidupan Harian ;
19. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang ;
20. Hilang  Keupayaan Bertutur ;
21. Pembedahan Otak ;
22. Pembedahan Injap Jantung ;
23. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari)
24. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk
     melakukan Ativiti Kehidupan Haria;
25. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan
     Kekal untuk melakukan Ativiti Kehidupan Harian ;
26. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal
     Sumsum Tulang ;
27. Penyakit Neuron Motor - Defisit Neurologi Kekal dengan
     Simptom Klinikal Berterusan ;
28. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk
     melakukan Ativiti Kehidupan Harian ;
29. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk ;
30. Distrofi Otot ;
31. Pembedahan Aorta ;
32. Sklerosis Multipel
33. Hipertensi Arteri Pulminonari Primer - Keterukan Tertentu ;
34. Penyakit Sistik Medular ;
35. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu ;
36. Lupus Eritematosus Sistematik Dengan Komplikasi Buah
      Pinggang Yang Teruk.

Dapat dirumuskan bahawa skim takaful menyediakan sebanyak 36 jenis  penyakit  kritikal yang diberi perlindungan.

Oleh itu adalah amat bijak jika kita merancang masa hadapan kehidupan keluarga kita yang belum pasti 100 % akan bahagia dan dalam keadaan baik selama-salamanya.  Dengan adanya skim takaful perubatan yang  diambil pada masa kita masih sihat dan mempunyai kewangan yang baik itulah satu pelaburan yang bijak bila kita gunakan untuk bayaran skim takaful perubatan.

Perlu juga di ingat bahawa perancangan kita hanyalah  satu ikhtiar  untuk mempastikan masa depan kita terjamin bila diduga dengan penyakit kronik dan kritikal. Yang menentukan kita dan keluarga berada dalam keadaan sihiat afiat sentiasa adalah Allah Yang Maha Berkuasa.

Perlulah kita pada setiap masa menjaga hak  Allah dalam kehidupan kita seharian, jika kita mahu mendapat Rahmat dan Perlindungan Allah. Mereka yang beriman dan bertaqwa adalah hamba-Nya yang sentia dijaga oleh-Nya.

Untuk itu  marilah kita sama-sama audit diri sejauh mana kita sebenarnya hidup dengan mengamalkan segala syariat Allah setiap masa, bagaimana dengan solat 5  waktu kita, pusa Ramadan dan lain-lain amal ibadat yang ditetapkan  oleh Allah.

Sudahkan  kita meninggalkan  segala perbutan dosa yang dilarang oleh Allah. Jika kita dapati semua  perkara ini belum  dilakukan sepenuhnya , maka marilah kita berazam untuk mengamalkannya, In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.