RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday 5 March 2019

Buku : SURVIVAL PESAKIT GINJAL KRONIK CKD - Bab 9 : PENGURUSAN STRES PESAKIT CKD







Buku boleh diperolehi di feedaread.com


BAB 9

PENGURUSAN STRES PESAKIT C.K.D.


“ Aduuh…Stres nya hidup ini ! “

“ Bebanan hidup menyebabkan aku stres”

“ Steresnya akau melayan kerenah kau ini”

Entah apa-apa ungkapan lagi  yang sering kita dengar dalam kehidupan ini bila berhadapan dengan mereka yang stres.

Apa itu stres?
Stres adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi kesan tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan sesuatu beban yang menimpa seseorang.

Apabila berlaku stres, badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan stres. Punca stres berkait rapat dengan persekitaran seseorang seperti masalah keluarga, kewangan, rakan, tempat kerja dengan majikan atau rakan sekerja, masalah kesihatan seperti penyakit kanser atau penyakit kronik, masalah kesuburan, kematian atau perpisahan, kesesakan lalu lintas dan terlampau banyak kerja.

Stres juga berpunca daripada sikap atau sifat semula jadi seseorang seperti kurang keyakinan diri, cepat putus asa, bersifat perfectionist, mengalami masalah berkomunikasi dengan baik atau berterus terang dan cepat marah.

Disamping itu, stres juga boleh berlaku akibat gangguan sihir, melalui jin dan iblis. Stres hasil ganguan jin atau syaitan-p ini tidak dapat dirawat melalui perubatan moden, tetapi ia dapat dipulihkan melalui perubatan Islam (Syifaa”)

Simptom stress boleh dikesan melalaui pemerhatian terhadap perkara-perkara berikut:

Fizikal - Badan letih, sakit kepala, sukar tidur, sakit badan terutamanya di bahagian bahu dan tulang belakang, degupan jantung kuat, tekak loya, ketar badan, tangan berpeluh dan rasa sejuk.

Emosi - Kerisauan, kebimbangan, fikiran negatif, membuat andaian tidak betul, sugul dan muram, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, panas baran dan mudah hilang sabar.

Mental - Mudah lupa, hilang tumpuan, susah buat keputusan, fikiran celaru, serabut.

Sikap - Suka mengeluh, makan banyak, merokok, minum arak berlebihan, agresif, maki hamun dan suka salahkan orang lain.

Kesan positif stres ialah, ia dapat meningkatkan tenaga dan motivasi seseorang. Namun begitu, kesan negatifnya lebih  banyak yang akan mudarat kepada kesihatan. Misalnya pening kepala, degupan jantung laju, sakit di bahagian bahu dan leher, masalah susah tidur, sakit belakang, selalu berpeluh dan masalah sembelit atau cirit-birit.

Pesakit yang gagal mengawal stres akan menyebabkan kesan jangka panjang, seperti gangguan sistem imunisasi, kemurungan, tekanan darah tinggi, diserang strok, sakit jantung, masalah kesuburan, kencing manis, gastrik dan ulser, asma serta masalah kulit seperti alahan kulit, jerawat dan psoriasis.

Stres mampu melemahkan sistem imunisasi badan dan memudahkan kuman dan virus menyerang badan kita dan senang untuk seseorang dijangkiti penyakit seperti demam, selsema, batuk dan  pelbagai penyakit lain.

Kenapa Pesakit Kinjal Kronik mudah mengalami stres ?
Pengalaman penulis menjaga isteri yang mengidap  Sakit Ginjal Kronik (CKD) sangat mudah mengalami stress. Ini adalah kerana simpton pesakit stres ada banyak persamaan dengan  simpton CKD.

Pesakit CKD yang perlu menjalani rawatan dialisi sebagai ‘talian hayat kehidupan’  akan mengalami stres kerana kehidupan mereka dengan serba kekurangan.

Kesan fizikal seperti cepat letih, tiada selera makan, loya dan muntah-muntah, kulit menjadi kering dan gatal, kaki bengkak dan sembab, sakit belakang, sukar tidur malam  antara faktor yang mudah menganggu emosi dan mental pesakit.

Saya masih ingat bagaimana isteri yang pulang dari hospital setelah membuat pemeriksaan kesihatan dengan doktor, dan dimaklumkan yang ginjalnya telah rosak serta mermelukan  ratawan dialysis untuk terus hidup.

Pada malam hari berkenaan isteri tidak dapat tidur nyenyak, dia asyek menangis dan menyediri, wajah kelihatan muram dan syugul.

“ Abang, sayang dah tak lama lagi hidup. Masa kita bersama mungkin hampir berakhir” luahan isteri kepada ku.

“ Doktor cakap dialisis perlu untuk seumur hidup. Kecauli melakukan pemindahan ginjal”

“ Manalah  ada duit untuk kos rawatan itu semua”. Isteri meneruskan rintihannya. Saya  mender tanpa sepatah respon.

Keesokan pagi hari setelah bangun untuk solat subuh, saya perhatikan isteri masih tidur dan wajahnya agak lesu.

Setelah selesai membantu isteri mengerjakan  solat subuh, saya  cuba dapatkan maklumat tentang pesakit CKD secara dalam talian. Banyak maklumat yang dikumpulkan oleh saya sebagai persiapan untuk menasihati isteri diwaktu tengah hari nanti.

“ Sayang persoalan semalam tu, dah ada jawapannya”

“ Pesakti CKD di Malaysia telah mencecah lebi 40,000 orang, mereka hidup  dengan rawatan dialysis diklinik kerajaan atau swasta”

“Pesakit yang menjalani rawatan dialysis hayat hidupnya ada yang menjakau lebih 15 tahun, mereka boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa walaupun terdapat sedikit ‘handicap”

“ Itu semua membuktikan rawatan dialysis adalah berkesan untuk membolehkan  pesakit ginjal  kronik terus hidup”

  Bukankah hidup mati itu ketentuan  Allah. Ia akan tiba bila sampai masanya, tanpa mengira tua atau muda, sakti atau sihat”.

Saya cuba  menyakinkan isteri, lagak seperti ustaz. Isteri mendengar sambil memandang kemuka ku. Dia kelihatan lebih yakin berbanding dengan semalam.

Pemerhatian saya di Pusat Dialisis tempat isteri menjalani rawatan, mendapati memang ramai pesakit yang stres.

Ada yang perlakuannya berubah menjadi seperti orang yang sasau, bertempit melolong mengadu kesakitan, Bercakap seorang diri dan entah apa-apa  perkara dia bebelkan.

Pada masa-masa tertentu Pusat Dialisis bertukar menjadi seperti wad psikastrik.. Masyaallah.




Bagaimana merawat pesakit yang stres ?
Mengikut garis panduan yang dikelurakan oleh Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM)  digariskan tindakan berikut perlu diamalkan:

           Mengamalkan cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan, waktu tidur dan rehat yang cukup, kurangkan pengambilan kafein dan aktif melakukan senaman.

           Pengurusan masa lebih efektif dan menjadi seorang produktif dapat mengurangkan stres lalu lambakan tugas harian dapat dilaksanakan dengan sempurna.

           Belajar berkomunikasi dengan lebih efisyen dan berterus-terang supaya perkara yang menyebabkan stres dapat diselesaikan dan tidak disimpan di dalam hati

           Belajar teknik cara pernafasan yang betul dapat membantu menenangkan.

           Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai tentang masalah atau stres yang dihadapi seperti kaunselor yang dapat memberikan nasihat terbaik.

Pakar Motivasi pernah memberi kiasan bahawa stress ada kalanya tidak boleh diganti dengan nilai wang ringgit atau material lain yang berharga.

‘ Kita boleh beli tilam harga beribut ringgit,  tapi belum pasti kita tidur di atasnya dapat tidur dengan nyenyak, tenang dan selesa’.

“ Kita boleh beli makanan yang sedap-sedap di hotal 5 bintang, tetapi belum pasti kita dapat makan dengan berselera dan penuh kenikmatan kerana rasa sedap tidak boleh dibeli tatapi hanya hidayah Allah yang menentukannya kita sihat dan berselera untuk  makan”.

Berdasarkan  realiti dalam kehidupan manusia, maka rawatan bagi mereka yang mengalami stres mestilah diakukan secara holistik, Merangkumi aspek kesihatan fizikal,  mental dan  emosi.

Pengalaman saya membantu  urusan rawatan isteri yang mengidap sakit strok lebih 16 tahun dan juga mengalami sakit ginjal kronik hampir satu tahun, Keadah rawatan yang disediakan oleh hospital  (aloypathy) dan juga mengguna rawatan altenatif secara Islam, adalah keadah yang terbaik dan telah membuahkan hasil yang amat positif.

Dari  perspektif Islam, apabila stres kita boleh lakukan perkara berikut:
           Seseorang perlu mengambil wuduk dan mendekatkan diri kepada Allah.

           Dengan melakukan solat lima waktu, solat sunat dan solat  tahajud, serta  banyakkan membaca al-Quran dan berzikir setiap masa, insya-Allah hati akan tenang dan stres berkurangan.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:
" Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." (Surah Ar'Ra'd, 28)

           Tanamkan sikap reda dengan ketentuan Ilahi dan setiap masalah atau stres adalah ujian Allah supaya hamba-Nya menjadi lebih tabah dan matang dalam kehidupan. Pasti terdapat hikmah atas setiap ujian yang menimpa kita. Firman Allah:

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu terdapat kesenangan, setelah kesulitan ada kemudahan." (surah Al Insyirah, ayat 5-6)

           Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setiap masa, terutama selepas waktu solat dan berdoa di waktu susah dan senang supaya Allah permudahkan masalah dan stres yang dialami oleh hamba-Nya.

           Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya seperti nikmat ibu bapa, anak-anak dan keluarga, nikmat kesihatan, pekerjaan, masa lapang, makanan dan sebagainya.
Firman Allah di dalam al-Quran :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut:2-3)

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" (Al-Baqarah: 286)

Berikut beberapa cara untuk menenangkan hati yang sedang dalam keadaan gelisah menurut Islam :

1. Sabar.
Dengan kesabaran dapat menenangkan jiwa, dengan sabar juga dapat menstabilkan kacaunya akal pikiran akibat beratnya beban yang dihadapi. Ujian yang Allah berikan kepada kita itu sebenarnya untuk menguji keimanan kita. Jika kita sabar menempuhi cubaan dan ujian maka akan meningkatlah iman kita. Bukankah Allah itu menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Jika ujian itu datang padanya, berarti Allah yakin kita boleh menghadapinya. Mengapa kita tidak yakin? Kerana dengan kesabaran itulah seseorang akan lebih mudah menghadapi setiap masalah berat yang dialaminya,
Allah  berfirman:

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Qs. Al-Baqarah 153).

2. Adukanlah semua masalah kepada Allah.
Ketika seseorang menghadapi masalah yang sangat berat, maka sudah pasti akan mencari tempat untuk mencurahkan isi hati yang telah menjadi beban baginya selama ini. Tempat yang paling baik untuk mencurahkan isi hati adalah mengadu kepada Allah. Bukankahkita sentiasa membaca surah Al fatihah  sekurang-kurangnya 17 kali dalam sehari dan ayat kelima bermaksud :

“Hanya kepada-Mulah kami menyembah, dan hanya kepada-Mulah kami meminta pertolongan” (QS. Al Fatihah 5).

Sudah terbukti, ketika keluhan itu diadukan kepada Allah, maka akan meringankan beban berat yang kita alami. Kalau kita adukan masalah kita kepada rakan, tindakan itu akan  membuka aib diri kita sendiri dan belum pasti masalah dapat diatasi.

Ketika keluhan itu diadukan kepada Allah, ianya akan meringankan beban berat yang selama ini kita deritai. Kerana hanya Allah lah tempat bergantung bagi setiap makhluk.

3.      Mendirikan Solat.
Solat merupakan ibadah paling utama bagi setiap muslim. Bila bersolat kita berkomunikasi dengan Allah. Banyak bacaan dalam solat adalah berbentuk doa yang dipohon hambaNya kepada  Tuhan Yang Maha Agung.

Telah terbukti solat adalah penawar berbagai macam penyakit hati yang bersarang di dalam hati manusia. Kerana solat merupakan ibadah yang menghubungkan secara terus seorang hamba dengan TuanNya Allah s.w.t.  yang secara keseluruhan perbuatan solat hanya diisi dengan kalimat-kalimat zikrullah dan ayat-ayat Allah s.w.t. kerana Allah berfirman yang bermaksud:

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya aka da baginya seorang pemimpinpun.” (QS.Az Zumar : 23)

Solat merupakan cara berkomunikasi langsung dengan Allah swt, Raja yang menguasai segala hati, yan Dia yang menciptakan  penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya.

Apabila seseorang telah berkomunikasi  secara langsung dengan Allah s.w.t.  dalam sholat yang khusyuk, maka mustahil baginya terserang penyakit gelisah. Kerana gelisah menyerang hati, dan Allah s.w.t. lah yang menggenggam dan menguasai segala hati hambaNya.

Bersabar dengan setiap ujian,  mengadu kepada Allah, berfikir positif, berzikir, dan solat adalah rempah ratus penawar bagi semua persoalan, termasuk masalah penyakit hati, rasa gelisah, resah, gundah atau apa juapun penyakit hati yang menjadi unsur utama kepada stress,
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Orang-orang yang berimn dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram” (Qs Ar-Ra’du 28).

 4.      Berfikiran Positif.
Positive thinking (berfikir positif), tindakan tersebut sangatlah membantu kita untuk mengatasi rasa stres yang sedang kita rasai. Kerana dengan berfikir positif, maka segala bentuk kesukaran dan beban yang ada dalam diri kita menjadi terubat.
 
Dengan adanya sikap berfikiran positif yang yakin  bahawa segala masalah pasti mempunyai jalan keluar  yang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

In sya Allah akan ada jalan keluar jika kita menyakini yang Allah s.w.t akan menolong kita. Jika sentiasa berfikiran positif yang Allah sentiasa membantu hamba-Nya. Kerana Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang . Hindarkan perasaan uudzhon dengan Allah. Sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam Al Quran yang bermaksud:

“Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Qs Al-Insyirah 5-6).

Ini janji Allah di dalam Al-Quran. Akan selalunya ada kemudahan di setiap kesulitan. Apakah kita masih ragu dengan janji Allah?.

5.      Zikrullah (Mengingati Allah).
Orang yang senantiasa mengingati Allah dalam segala hal yang dikerjakan. Tentunya akan wujud  nilai positif dalam dirinya.  Kerana dengan mengingat Allah jiwa akan menjadi tenang.

Orang yang tenang jiwanya dapat hadapi segala ujian dan kesulitan dengan berlapang dada. Kerana dia begitu yakin dengan janji Allah s.w.t. Kerna Dialah yang memberi hidayah kepada hamba-Nya. Satu nilai jiwa yang tidak boleh didapati melalui  wang ringgit atau  dengan sebarang harta yang bernili-a sekalipun.

Bila berzikir kepada Allah ianya akan melibatkan perasaan hati, lisan dan juga perbuatan. Tanpa bersatunya ketiga aspek penting ini, maka tidak mungkin hati dan naluri kita akan jitu tunduk dengan ketentuan Allah, bagi membolehkan kita mendekatiNya secara hakiki.

Amalan-amalan lain yang juga boleh membantu untuk mengubati stres antara lain ialah:

1.  Membaca Al-Quran al-Karim sebagai rutin harian.
Sememangnya terbukti mujarab dengan membaca Al Quran adalah terapi yang berkesan untuk mengubat hati yang resah dan stres sebagaimana dijanjikan oleh Allah :

Allah berfirman, artinya, “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS.Yunus: 57).

Dia juga berfirman, artinya, “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (QS. al-Isra: 82).
Amalan membaca Al Quran telah terbukti menjadi ‘syifa’ atau penyembuh. Hal ini telah dianugrahkan oleh Allah kepada isteri penulis.

Beliau telah hilang ingatan hampir 30% setelah menjalani pembedahan kepala untuk membuang pendarahan di dalam otak (AVM) pada tahun 2000 yang lepas, Dengan mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran sebagai salah satu aktiviti rutin harian, selepas tiga tahun diamalkan, Isteri telah dapat memulihkan ingatanya seperti sedia kala, seperti orang normal, Subahanallah,,,,betapa benarnya ayat-ayat Al Quran kalam Allah.

2. Cinta kepada Allah.
Cinta seorang hamba kepada Allah akan menjadikan hatinya tunduk kepada Allah, merasa tenteram tatkala mengingat-Nya, mengorbankan perasaannya demi sang kekasihnya, iaitu Allah. Hatinya senantiasa mengharap kepada yang dicintainya untuk memecahkan masalah yang ia hadapi. Ia tak putus asa dari kasih sayang-Nya. Ia yakin bahwa yang dicintainya adalah zat yang tepat untuk mengadukan berbagai masalah. Ia yakin Allah akan mengurniakan penyelesaian yang terbaik terhadap masalah yang dihadapinnya.                                             .                                                                    .
3.  Berzikir atau mengingat Allah.
Allah memberikan salah satu ubat yang boleh menjadi terapi kepada hati yang gelisah.

Firman Allah dalam alquran surat. ar-Ra’du ayat : 28.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram”
Ibnu Qayyim berkata, “Segala sesuatu itu mempunyai penerang, dan sesungguhnya penerang hati itu adalah zikrullah (mengingati Allah).

4. Taubat nasuha dan banyak beristighfar (minta ampun).
Perhatikanlah sabda Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya hatiku kadang keruh, maka aku beristighfar dalam satu hari sebanyak seratus kali”(HR. Ahmad)

Mereka yang sentiasa beristighfar adalah mereka yang mengaku dirinya banyak melakukan maksiat dan dosa. Apabila dia bertaubat dengan beristighfar kepada Allah hantinya menjadi tenang kerana dia yakin yang Allah adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun.

5. Banyak berdoa dan meminta kepada Allah untuk memperbaiki dan membersihkan hati serta memberinya petunjuk.
Berdoa merupakan pintu utama untuk memperbaiki hati. Allah berfirman, artinya :

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk me- rendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan setan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS. al-An’am: 43).                                        .                                                      .

6. Sering mengingati ‘mati’.
Dengan banyak mengigati mati, akan memberi keinsafan bahawa kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja, bila tiba masa yang ditentukan tidak akan berubah satu saat pun kita akan dipanggil untuk menemui Pencipta-Nya.

Jika  inilah satu amalan rutin dalam kehidupan akan mendorong kita sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam melayari kehidupan ini. Setiap tindakan kita akan dipandukan kepada syariat Allah kerana bermatlamat untuk mendapat keredaan Allah bila hidup di alam akhirat yang kekal abadi.

Hidup didunia ibarat tempat berladang untuk mendapat hasil lumayan diakhirat iaitu tinggal di Syurga Firdaus yang penuh nikmat yang kekal abadi.

Mereka yang hidup berpandukan syariat Allah saban masa adalah tergolong umat yang beriman dan bertaqwa yang menjadi hamba yang disayangi Allah s.w.t. dan sentiasa dalam lindungan Rahmat-Nya.

7.  Bergaul dengan orang-orang soleh.
Seseorang yang bergaul dengan orang soleh, pasti sentiasa dipandu untuk menuju keredaan Allah. Mereka akan sentiasa mengingati kita supaya tidak leka dengan keseronakan dunia. Mereka akan membimbing kita bagaiman untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan juga di akhirat.

Bila bersahabat dengan para solihin, akan selamat hatinya dari penyakit-penyakit hati, Seseorang yang bersahabat dengan orang yang bertakwa niscaya tidak celaka. Karena mereka tidak akan mengajak selain kepada kebaikan. Selamatlah hati dari penyakit-penyakit hati. Sebaliknya, jika kita bersahabat dengan orang-orang yang tidak soleh,  Kita akan dipengaruhi untuk melakukan maksiat yang dibenci Allah tetapi disyukai oleh nafsu dan syaitan, berbagai perbuatan mungkar yang dilakukan akan menjadikan hati seseorang itu kotor dan hitam, dipenuhi dengan titik-titik hitam dosa yang dilakukan saban masa,

Allah berfirman, artinya, “… dan janganlah kamu mengikuti orang-
orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas
”(QS. al-Kahfi : 28)

9.  Bersedekah
 Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami’).

Syaikh Abdullah Al-Jibrin rahimahullah berkata;

 “Maknanya bahwa sedekah adalah pengubatan yang bermanfaat dan berguna untuk menyembuhkan orang yang sakit serta meringankan rasa sakit (keluhan), hal ini dikuatkan dengan hadits Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa salllam, “Sedekah bisa menhapuskan dosa sebagaimana air mematikan api”. Boleh jadi sebahagian penyakit yang menimpanya adalah hukuman atas dosa yang dilakukan oleh yang sakit. Maka ketika keluarganya mensedekahkan untuknya, hilanglah dosanya, maka hilanglah sebab penyakitnya, atau dengan sedekah ditulis baginya kebaikan-kebaikan, maka hatinya akan bersemangat dan menjadi ringan rasa sakitnya. Wallahu a’lam”.[ Fatawa Asy-Syar’iyyah fi masa’ilit Thibbiyah]

Abdur Ra’uf Al-Munawi rahimahullah berkata,
 “Orang yang sakit diperintahkan sering-sering bersedekah… hal ini sudah terbukti bagi yang telah berhasil, mereka mendapatinya sebagai ubat  (penyembuh) ruhaniyah yang ampuh dimana tidak didapatkan pada ubat biasa.” [ Faidhul Qadhir 3/515]

Para salafush shalih juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai.

Peranan keluarga untuk atasi stres pesakit CKD
Perlu diingat bahawa pengaruh persekitaran juga adalah penyumbang kepada pesakit CKD mengalami stres. Ianya terjadi kerana pesakit CKD memerlukan bantuan orang lain untuk memenuhi keperluan kehidupan sehariannya.

Jika pasangan terdekat atau keluarga tidak mengambil berat tentang pertolongan dalam membantu pesakit CKD, akan timbul perasaan bahawa kehadiran mereka dalam keluarga sudah tidak diperlukan lagi, Kerana ‘handicap’ dalam banyak perkara menyebabkan keluarga mula bosan atau sudah tidak ambil berat lagi dan bila fikiran negatif mula terletak diminda pesakit, dalam tempuh yang lama akan menjadikan pesakit bersikap ‘inferior’ dan memikirkan ianya tidak perlu hidup lagi.

Situasi ini boleh menjadikan ganguan mental dan emosi yang boleh menjadi pesakit kemurungan dan dalam tempoh jangka panjang boleh menjadi ‘gila’.

Oleh itu pasangan terdekat dan keluarga mestilah memahami bahawa pesakit CKD amat memerlukan sokang dari segi tenaga dan moral, bagi membolehkan mereka terus hidup dan bersabar dalam menempuh ujian getir dari Allah itu.

Keluarga perlu sedar bahawa bantuan tenaga dan sokongan moral yang diberikan kepada pesakit adalah satu ibadat yang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah di akhirat nanti,

Kerana setiap ujian Allah itu adalah proses bagaimana seseorang itu disaring untuk menigkatkan lagi darjatnya serta ketaqwaannaya. Bila dapat redha dan bersabar menerima pesakit CKD sebagai satu pemberiaan  Allah yang menginginkan kita garap “tiket ke syurga” yang didatangi di dalam rumah kita,.

Allah menyebutkan dalam firman-Nya bahwa kedudukan orangtua sangat mulia. Bahkan kerana begitu mulianya, Allah memberi ingatan kepada umat Islam supaya sentiasa menghormati dan bergaul dengan orang tua dengan memuliakan meraka, sehingga jika mengeluarkan perkataan “ah’ sahajapun Allah sangat melarangnya. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (QS. Al- Isra’ [17]: 23).

Dapatlah disimpulkan bahawa pesakit CKD sangat mudah mendapat stres. Oleh itu pasangan pesakit dan keluaraga terdekat perlulah bersama-sama membantu pesakit CKD untuk mendapat rawatan dengan sempurna dan mampu meneruskan hidup dengan lebih baik dan ceria selagi sisa-sisa usia yang masih dipanjangkan oleh Allah s.w.t. sehinggalah sampai ketetapanya yang telah dijanjikan Allah ‘ setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”.

Perlu diingat setiap bantuan yang diberi kepada pesakit CKD adalah satu kehidmat bakti yang mulia yang boleh dianggap sebagai satu modal yang akan mendapat ganjaran keuntungan berlipat ganda di akhirat kelak dalam bentuk ‘pahala’. Hanya ‘pahala’ sahajalah yang laku untuk setiap manusia berhadapan di Mahkamah Allah di Mahsyar bagi menentukan sama ada ianya akan dapat ke syurga. Sebalikan jika ‘pahala’ yang dibawa tidak dapat menginbangi dengan ‘dosa’ maka bersedialah mendapat azab yang amat pedih di neraka, Allahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.