Sering bergurau senda.
Bagi pasangan yang baru sahaja di ijabkabulkan adalah perkara biasa untuk bergurau senda diantara sumi dan isteri, maklumlah mereka baru sahaja dapat mengenali secara hakiki di antara satu sama lain, dapat mengenali hati budi secara zahir dan batin. Lebih-lebih lagi masih dalam suasana kemeriahan dan kegairahan berbulan madu, semuanya manis-manis belaka, hatta bau kentutpun dikatakan wangi.
Suasan gurau senda di antara suami dan isteri sepatutnya di kekalkan pada bila-bila masa, kerana ianya bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah SAW, di samping dapat mengekalkan semarak cinta dan kasih sayang suami isteri. Untuk itu kita perlu contohi baginda Rasulullah SAW untuk terus mengekalkan susanan ceria dan bergurau senda.
Kita perlu meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak dalam mendapat pedoman yang paling tepat untuk mengauli dan bermesra bersam isteri dan keluarga kita.
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah SAW senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lain. Satu saatketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata:" Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah SAW kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Situasi sebegini tergambar kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW terhadap isterinya.
Raulullah SAWi adalah insan yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah SAW hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah SAW mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya, sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Rasululah SAW pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya berbicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda:
“Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."
Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang sewajarnya.
“Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."
Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang sewajarnya.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga dan Rasulullah SAW telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah SAW terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya).
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah SAW memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumah tangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Perilaku sentiasa bermesra, bergurau senda dan sentuhan kasih sayang dengan isteri ini merupakan amalan yang telah diamalkan semenjak mula kami berkahwin sehingga kini. Tindakan ini diibaratkan sebagai usaha untuk recaj hubungan mesra dan kasih sayang kami.
Biasanya saya akan lakukan perkara ini setiap malam sebelum kami tidur, kebiasaanya saya akan bercerita untuk memberi suasana ceria kepada isteri, kadang kala saya memuji kecantikan isteri,
“ Ayang kelihatan cantik malam ni. Lebih muda dari semalam” saya mengusik isteri.
“ Ada apa-apa ke tu bang, puji melabung je” isteri membuka mulut sambil mecubit sayang di paha saya.
“ tak kan tak faham lagi, biasa-biasa lah” saya jawab selamba .
“Heeeh, abng ni, tak puas, puas”. Isteri menjawab sambil memegang erat tangan saya
Dan selepas itu akan diikuti dengan pelukan mesra. Tindakan ini akan menyebabkan isteri menjadi bertambah manja dan selalui mengasihi suami.
Sekali sekala pernah saya membuat lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu, untuk melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Sekali sekala pernah saya membuat lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu, untuk melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Saya mengatakan bahawa perbuatan memeluk isterinya sering dilakukan kerana saya pernah terbaca satu artikel perubatan mengatakan jika kita memeluk isteri dengan penuh semangat kasih sayang akan menyebabkan keluarnya hormone yang boleh menguatkan imun tubuh seseorang untuk mengindar dari dijangkiti oleh penyakit. Mengikut kajian, satu pelukan akan menyebabkan tambah panjang umur 5 minit, dengan izin Allah.
Bagi saya masa yang paling berkualiti untuk begura senda dengan isteri ialah semasa kita bersama isteri untuk bersiap sedia tidur malam. Semasa ini kita telah meletakkan matlamat untuk tidur dengan lena dan disebelah kita di temani oleh isteri tercinta. Oleh itu tindakan bergurau senda dan bermesra dengan isteri sebelum kita tidur akan menjadikan minda kita tenang dan dapat tidur dengan lena.
Jika kita tidur dengan suasana keringan dan penuh emosi cinta suami isteri, akan menjadikan tidur kita itu tidur yang berkualiti. Sausana ceria semasa mula hendak tidur diikuti dengan bacaan Basmallah, ayat-ayat Al Quran dan disertai dengan doa tidur. InsyaAllah tidur kita akan menjadi satu tidur yang selesa tanpa di ganggui oleh mimpi ngeri, bila kita bangun esok pagi akan merasai satu kesegaran badan yang tidak terhingga.
Pengajaran dan iktibar:
1. Mengadakan gurau senda diantara suami dan isteri dapat mengurangkan stress yang dialami oleh suami dan isteri. Gurau senda akan melahirkan suasana persekitaran keluarga yang riang dan ceria. Suasana keriangan ini akan mebuahkan satu keadaan perhubungan yang bahagia diantara suami dan isteri dan seterusnya akan terbawa-bawa kepada anak-anak.
2. Gurau senda suami dan isteri adalah satu sunnah yang dituntut oleh Islam. Perbuatan gurau senda itu akan dapat melahirkan suasana ceria dan kasih sayang diantara suami dan isteri. Ikatan hubungan batin akan bertamah kuat bila diikuti dengan gurau senda saban masa.
3. Gurau senda suami isteri jika dilakukan semasa waktu hendak tidur akan membolehkan tidur kita menjadi satu tidur yang berkualiti kerana dimulai dengan perasaan gembira dan ceria masa hendak tidur. Tidur yang berkualiti akan membolehkan proses recaj tenaga yang diperlukan oleh anggota tubuh badan semasa kita tidur akan menjadi lebih baik. Bila kita bangun keesokannya akan dapat merasakan satu kesegaran yang amat sangat.
4. Suami yang sering begurau senda dengan isteri dan anak-analk adalah suami yang penyayang dan mencintai keluarga. Suami yang sering bergurau senda dengan isteri adalah suami yang romantis. Tindakan melahirkan suasana romantis dalam menjalin hubungan denggan isteri adalah satu tindakan yang mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika kita amalakan sifat romatis ini di dasarkan kerana ianya sunnah Nabi SAW maka setiap perbuatan kita itu adalah dikira pahala.. Bukankan ini adalah satu tindakan yang bijak bagi memperolehi kejayaan di dunia dan kenikmataan dari ganjaran pahala di akhir
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.