Mana suami tak sayang isteri, lebih-lebih lagi bila isteri
yang cantik dan jelita di matanya. Saya hampir setiap hari akan meluangkan masa
untuk bermesra dengan isteri. Satu amalan yang telah dikekalkan sehingga kini (
hampir 35 tahun),
Setiap pagi sebelum meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat
kerja, saya akan bertemu isteri untuk beberapa minit, semasa pertemuan itu
kebiasaanya di beri pujian seperti mengucapkan “You ni cantiklah, I Love Your
darling” di ikuti dengan ciuman mesra.
Ini membuatkan isteri merasai dia dicintai dan disayangi sepenuhnya oleh suami sepanjag masa. Perlakuan
sebegini sepatutnya di amalkan oleh semua lelaki muslim menandangkan ianya
adalah sunnah nabi SAW.
Perlakuan romantik gaya Rasulullah SAW boleh kita teladani. Walaupun suasana kehidupan suami isteri masa kini
sentiasa sibuk dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah
romantik Rasulullah SAW bermula dari rumah sebelum keluar untuk ke tempat
kerja. Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang
dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi
SAW berkata:
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim.
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam
Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di
sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda
Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas
unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kereta kepada
isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng
isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik
menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri
Rasulullah membonceng di belakangnya.
Tindakan ini juga akan menjadikan jalinan kasih sayang akan
bersemarak setiap masa dalam rumah tangga. Ini akan menjadikan perhubangan
suami isteri bertambah mesra. Perkara sebegini sebenarnya adalah amalan yang
sentiasa dilakukan oleh Rasulallah S.A.W. Baginda adalah contoh suami yang
paling penyayang dan sentiasa bermanja dengan isteri baginda, betapa romatiknya
baginda dengan isteri-isterinya.
Suami perlu mempunyai kemahiran dalam mengurus masa seharian
dalam tempoh 24 jam supaya ianya menjadai masa yang berkualiti. Begitu juga
perlu di rancang masa yang paling sesuai
untuk berbual mesra dengan isteri setiap hari. Amalan saya ialah pada malam
hari, kebiasaannya akan mengambil masa
yang terluang pada sebelah malam terutamanya selepas solat isyak semasa duduk disofa bersama isteri menonton TV.
“ Hari ini leteh lah abang, ayang tak sempat nak rehat’ luah
isteri semasa saya berehat di depan tv.
“ Idan yang nakal tu ke” saya mencelah.
“ saipa lagi anak jantan abang sorang tu lah”.
“ Bersabarlah sayang, nanti dia besar pandailah i jaga dir’.
Saya menyakinkan isteri.
“Ya lah” sambil isteri mengeluh.
Dialog itu berlaku lebih 25 tahun lalu, semasa kami baru
beranak dua. Masa itu saya bertugas sebagai ADO.. Kami berbual-bual sambil
menonton TV. Suasana sebegini boleh dikatakan
berlaku setiap hari bila saya ada di rumah. Masa sebegini adalah masa yang paling berharga
bagi saya untuk mendapingi isteri dan bertanya khabar. Masa yang perlu di
rancang bagi membolehkan saya bersama
isteri dan juga menyelami masalahnya di rumahl sepanjang seharian saya
tinggalkan kerana bertugas di pejabat.
Saya akan duduk berhampiran dan bersebelahan, sentuhan dan
genselan badan akan melahirkan perasaan kasih sayang yang kuat diantara suami
dan isteri. Kekadang kami di lihat seperti “belangkas” setiap kali berada di
rumah bila tidak ada tetamu. Anak-anak telah menjadi kebiasaan melihat suasana
saya dan isteri sebegini. Bagi saya masa berada di rumah perlu diurus dan
digunakan sebaik mungkin. Jika ada ruang untuk bermesra dengan isteri saya akan
gunakan semaksima mungkin.
Satu lagi masa yang paling baik untuk berbual mesra dengan
isteri ialah pada waktu malam semasa kita bersiap untuk tidur, iaitu pada masa
lebih kurang 5 hingga 20 minit sebelum mata terlelap, saya akan berbual mersa
dengan isteri dan berinteaksi dengan penuh kasih sayang.
“ ingat tu, sebelum tidur mesti baca 3 kul, ayat kursi dan
Basmallah 21 kali” saya memberitahu isteri satu ketika dulu.
“fadilatnya apa bang’.
“ Ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Banyak kafiatnya, bila
kita tidur terperlihara dari gangguang syaitan dan mimpi negeri”. Jawab saya
kepada isteri yang memerlukan penjelasan.
“ Baca Basmallah pula apa kafiatnya”. Isteri ingin
penjelasan lanjut.
“ Kata ayah, jika kita baca Basmallah 21 kali, akan
terpelihara dari mati dalam tidur, terhindar rumah di masuki pencuri, elak
berlaku kebakaran rumah, dengan izin Allah. Saya memberi kefahaman kepada
isteri bak ustaz memberi kuliah agama.
“ O begitu bang”, isteri memberi isyarat yang dia telah
faham dan mengosok tangan ku dengan manja.
Amalan ini menjadi rutin saya dan itsteri untuk membaca ayat
suci Al Quran dan doa seblum tidur. Basmallah di baca sebanyak 21 kali sebelum
lelapkan mata. Petua ini telah di ajar oleh bapa saya semasa saya masih di sekolah
rendah lagi, katanya fadilat membaca Basmallah ini akan dapat menghindar kita
dari berlaku perkara yang tak baik seperti rumah di masuki pencuri,berlaku
kebakaran semasa sedang tidur dan sebagainya. Pesanan arwah ayah ini amat
berkesan sekali dalam kehidupan saya. Wallahualam.
Jika saya mempunyai urusan di luar untuk beberapa hari,
hubungan dengan isteri akan diteruskan melalui perbualan telefon. Sudah menjadi
kelaziman saya akan menghubungi isteri pada setiap pagi setelah selesai solat
subuh.
“ Assalamualaikum” saya memulakan perbualan telefon setelah
di angkat oleh isteri.
“ Waalaikumussalam abang”. Kedengaran suara isteri di
speaker handphone.
“ Dah sembahayang subuh”.
“ dah, baru selesai”
“siapa yang tolong” bertanya untuk dapat kepastian.
“ Adik Bihah”
“Aldamdhulillah”.
Bertanyakan tentang kesihatan isteri, makan minum dan ubat
yang perlu dimakan setiap hari adalah rutin bagi saya bila outstation..
Semasa perbulaan kami sering diselitkan
dengan senda gurau yang boleh menyeronokan isteri.
“ Ok, I love you sweet heart, uuuumph”.
“ Abang rindu kat ayang, nak makan epal manis tu boleh tak”
gurauan yang bermakan,
“ Nakal abang niiiiii ” suara isteri penuh dengan kemanjaan.
Saya lakukan itu semua sebagai salah satu terapi minda bagi
menjaga emosi isteri supaya tidak diselubungi dengan perasaan stress dan
kemurungan. Doktor pernah menasihati saya supaya sentiasa mengaja emosi isteri
bagi mengelakkan isteri menjadi stress
dan murung. Jika kedaan ini berlarutan ia boleh mengakibatkan berulangnya
pendarahan dalam otak.
Pengajaran dan
iktibar :
1.
Tindakan suami untuk sentiasa bermesra dengan isteri
setiap kali ingin keluar rumah adalah salah satu senjata yang amat berkesan
untuk mengelakkan seorang suami menjalankan hubungan intim dengan perempuan di
laur sana. Tindakan ini membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap
isteri akan sentiasa hangat dan menjadikannya seperti sausana “baru kahwin” .
Ini akan menghalang nafsu syahawat dan syaitan daripada menghasut kita untuk melakukan
hubungan sulit dengan wanita lain secara tidak sah dan bertentangan dengan
hukum syarak. Bila kita sentiasa fokus kepada isteri dan keluarga kita akan terhindar
diri dari digodai oleh syaitan untuk mengajak kita melakukan maksiat dan
perbuatan keji seperti mukadimah zina.
2.
Apabila kita sentiasa
memperbaharui kasih sayang terhadap isteri akan menimbulkan suasana perhubungan
cita yang intim, menjadikan kita sentiasa memperbahrui perasaan cita dan kasih
sayang. Ini adalah sesuatu yang amat baik untuk mengeratkan jalian kerukunan
rumah tangga. Cuba kita bayangkan semasa kita dalam alam percitaan di zaman
remanja dahulu. Sudah tentu hati kita sentiasa ingat akan si dia gadis idaman
kita. Begitulah juga situasi yang sama akan berlaku terhadap suami isteri yang
sentiasa memperbaharui perasaan cinta dan kasih sayang mereka. Malah dalam
hubungan kelaminpun mereka akan merasakan sepereti malam pertama setiap
kali di adakan hubungan intim suami
isteri. Tak cuba tak tahu, cubalah tip ini. InsyaAllah.
3.
Kesimpulannya sumai
isteri yang saling menjaga hubungan cinta mereka dan sentiasa meperbaharui
perasaan cinta di antara satu sama lain, boleh membuahkan hasil yang amat
berharga dalam jalinan rumah tanagga dan megukuhkan struktur pembinaan rumah tangga yang utuh dari segala ancaman luar. Ibarat
sebutir berlian yang cantik jika dibiarkan tanpa di cuci dari masa ke semasa
oleh sipemakainya, lama kelamaan kilauan sinar berlian boleh pudar dan
menjadikannya seperti batu yang tidak bernilai.
4.
Suami juga perlu
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam mengurus masa setiap hari supaya masa
24 jam yang Allah kurniakan itu boleh digunakan secara berkualiti dan memberi
impak yang sangat baik dalam mengekalkan kasih sayang hubungan suami isteri.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.