MEMULIHKAN
PESAKIT STROK
Strok adalah sejenis penyakit yang boleh menyerang sesiapa
sahaja secara tiba-tiba tanpa memberi tanda awal. Oleh itu kebanyakan pesakit dan keluaraga
pesakit yang di serang strok atau angina ahmar akan menjadi panik dan tidak
pasti akan tindakan yang terbaik untuk pemulihan pesakit strok.
Bagi penyakit yang serius seperti strok atau lebih dikenali
sebagai angin ahmar, pesakit sebenarnya berpeluang dipulihkan sekiranya mereka
menjalani proses pemulihan yang betul dan tepat. Pakar Perunding Kanan
Neurologi dan Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali berkata, meskipun proses pemulihan ini
tidak dapat menjadikan keadaan pesakit kembali normal seperti sebelum serangan
strok, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan komplikasi akibat
strok ini.
Menurut beliau, kurangnya pengetahuan di kalangan ahli
keluarga pesakit strok menyebabkan proses pemulihan mereka tidak sempurna.
Proses pemulihan yang tidak sempurna ini menyebabkan hampir sebahagian besar
pesakit tidak dapat dipulihkan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan
peluang pesakit untuk pulih semakin tipis,'' katanya.
Strok merupakan salah satu daripada penyakit gangguan fungsi
otak yang berlaku secara tiba-tiba. Penyakit vaskular ini biasanya berlaku
kepada individu yang berumur 45 tahun ke atas akibat beberapa faktor risiko.
Ini termasuklah hipertensi, diabetes, tabiat merokok dan paras kolesterol yang
tinggi.
Terdapat dua jenis strok yang berlaku di kalangan mereka
yang telah berumur iaitu:
Infark
Iaitu kematian suatu tisu pada kawasan kecil setempat yang
berlaku akibat kekurangan bekalan darah yang tidak mencukupi. Dianggarkan 80
peratus kes strok berlaku akibat infark. Infark berlaku apabila salah satu
saluran darah yang membawa oksigen ke otak tersumbat. Ia terbahagi kepada dua
iaitu:
a) Trombotik
Ia disebabkan oleh pembekuan darah dalam salah satu saluran darah. Darah beku ini mengakibatkan aliran darah tersumbat, tetapi tidak pecah. Pembekuan darah ini berlaku akibat pengumpulan kolagen dan kolesterol di dinding saluran darah.
Ia disebabkan oleh pembekuan darah dalam salah satu saluran darah. Darah beku ini mengakibatkan aliran darah tersumbat, tetapi tidak pecah. Pembekuan darah ini berlaku akibat pengumpulan kolagen dan kolesterol di dinding saluran darah.
b) Embolik
Strok embolik berpunca daripada serpihan darah beku yang mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya, dari jantung atau salah satu daripada saluran darah di leher ke saluran darah di otak.
Strok embolik berpunca daripada serpihan darah beku yang mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya, dari jantung atau salah satu daripada saluran darah di leher ke saluran darah di otak.
Pendarahan
Dianggarkan 20 peratus daripada kes strok berlaku
akibat pendarahan. Pendarahan berlaku apabila salah satu daripada saluran darah
pecah di otak. Antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya pendarahan
ialah:
- Hipertensi yang tidak terkawal
- Kelainan pada saluran darah sejak lahir, iaitu aneurisme atau pembengkakan atau benjolan pada dinding saluran darah yang menyebabkan ia pecah.
- Arterivenous Malformation (AVM) – terjadi dikalangan 100 hinga 150 ribu orang seorang terkena penyakit ini.
- Kelainan pada proses pembekuan darah
Sel-sel otak dapat diselamatkan sekiranya pendarahan yang
berlaku dalam saluran darah otak ini dapat dikeluarkan dengan segera.
Bagaimanapun, lokasi dan jumlah pendarahan juga diambil kira sebelum pembedahan
dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Strok atau juga sebenarnya dikategorikan sebagai serangan
otak yang menyebabkan gangguan peredaran darah di otak merupakan pembunuh
ketiga di Amerika Syarikat dan penyebab utama ketidakupayaan. Menurut Prof.
Raymond, meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan pesakit kembali
pulih kepada asal, sekurang-kurangnya dengan proses pemulihan yang betul ia
dapat mencegah komplikasi strok. Komplikasi strok ini berlaku ekoran pesakit
yang telah hilang upaya dan tidak mampu untuk mengurus diri mereka.
Antara komplikasi pesakit ialah:
Tekanan pada kulit
Tekanan pada kulit ini lama-kelamaan boleh mengakibatkan
radang kulit dan akhirnya kudis kulit. Bagi mengatasi masalah ini, kedudukan
pesakit perlu diubah setiap dua hingga empat jam sekali.
- Kekejangan otot yang mengakibatkan kontraktur. Fibrosis tisu otot yang menyebabkan penyusutan dan pemendekan otot. Keadaan yang kekal ini boleh menyebabkan urat tendon putus kerana tiada sebarang pergerakan dilakukan.
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Jangkitan saluran kencing
- Darah beku pada pembuluh darah akibat tiada proses pengepaman darah dan tekanan dari kaki untuk menghantar darah ke jantung (Deep Vein Thrombosis - DVT).
- Kemurungan
- Hilang pekerjaan
- Paru-paru berair
- Serangan jantung
- Ulser perut. Tekanan emosi dan ubat-ubatan yang dimakan boleh mengakibatkan pengeluaran asid secara berlebihan dari perut.
- Kekurangan zat makanan. Pesakit yang tidak boleh menelan dan terpaksa mendapat makanan melalui tiub menyebabkan mereka kurang mendapat zat makanan yang diperlukan tubuh.
- Kegagalan buah pinggang. Pengambilan air yang tidak mencukupi dan pengambilan ubat-ubatan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit dan akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Kaedah pemulihan
Secara purata, pesakit hanya perlu berada di wad antara tiga
hingga tujuh hari sahaja.Dalam tempoh tersebut penjaga akan didedahkan dengan
kaedah-kaedah serta teknik-teknik yang betul berhubung penjagaan pesakit semasa
di rumah. Dianggarkan 90 peratus proses pemulihan dijalankan di rumah pesakit.
Selain memudahkan keluarga pesakit, ia juga bertujuan supaya
mereka tidak terlalu bergantung kepada hospital. Ini kerana lebih lama pesakit
tinggal di wad, lebih lama tempoh pemulihan mereka kerana terdapat lebih banyak
komplikasi, terutamanya jangkitan.
Bagi mencapai matlamat ini, kontraktor binaan yang
berpengalaman akan membuat lawatan ke rumah pesakit bersama jurupulih cara
kerja (occupational therapist) untuk membuat pengubahsuaian sebagai
kemudahan pesakit untuk bergerak.
Pasukan pemulihan strok yang terdiri daripada pakar-pakar
saraf perubatan, pegawai perubatan, jururawat, pegawai fisioterapi, terapi
cara kerja dan terapi pertuturan akan terlibat dalam proses pemulihan ini.
Selain itu, pegawai kebajikan, pakar pemakanan, ahli farmasi
dan jururawat penjagaan di rumah tidak terkecuali. Pesakit yang tinggal di
kawasan dalam lingkungan 20 kilometer dari HUKM berpeluang mendapat khidmat
jururawat penjagaan di rumah ini.
Kaedah pemulihan akan diberi bergantung kepada kepakaran
yang dimiliki dalam pasukan strok ini. Pakar perubatan yang mengetuai pasukan
ini akan bertindak memberi pendidikan dan kaunseling kepada pesakit dan
keluarga mereka.
Jururawat pula berfungsi memastikan supaya pesakit tidak
mendapat komplikasi semasa tinggal di wad. Selain itu, kebersihan pesakit
seperti menggosok gigi, membersihkan najis antara aspek penting juga perlu
dititikberatkan.
Bergantung kepada keperluan pesakit, mereka mungkin
memerlukan:
Tilam beralun
Tilam angin yang boleh mengembang dan mengempis mengikut
masa supaya tekanan pada tilam berubah-ubah.
- Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis).Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
- Pesakit yang tidak boleh menelan terpaksa menggunakan tiub yang dimasukkan ke dalam hidung dan terus ke perut bagi mengelakkan berlakunya pneumonia dan kekurangan zat makanan. Alternatif untuk tiub ini ialah tiub yang ditebuk ke perut yang dikenali sebagai Percutaneous Endoscopic Gastrostomy (PEG) tube.
- Bagi mengelakkan kekejangan dan kaku otot, pesakit dan ahli keluarga pesakit dilatih cara-cara yang betul untuk mengalihkan kedudukan pesakit, membawa ke tandas, mengangkat dan sebagainya.
- Jurupulih cara kerja akan membuat penilaian sama ada keadaan rumah pesakit sesuai untuk mereka ke tandas, katil dan sebagainya. Mereka juga akan membuat penilaian sama ada pesakit memerlukan alat-alat bantuan berjalan seperti tongkat, kerusi roda dan lain-lain.
- Pesakit yang menghadapi masalah gangguan pertuturan dan pemahaman dalam berkomunikasi akan dibantu oleh pakar pertuturan untuk bertutur.
- Bagi memastikan pesakit mendapat zat makanan yang mencukupi, pakar pemakanan akan menganggarkan keperluan kalori yang diperlukan.
- Pada masa yang sama, ahli farmasi akan menasihatkan pesakit supaya mengambil dos yang betul.
Sekiranya pesakit memerlukan bantuan kewangan, pegawai kebajikan akan berusaha mendapatkan bantuan kewangan untuk keperluan pesaki:
Pengalan saya menjaga isteri strok yang diakibatkan oleh
AVM. Saya dapati untuk memulihkan pesakit supaya dapat kembali normal adalah
amat bergantung kepada sikap penjaga terdekat dan keluarga. Disamping itu
pesakit sendiri perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap dirinya yang
ditimpa strok dan dapat menerima sebagai satu takdir Allah yang dikurniakan
kepadanya oleh kerana Allah sayang kepada diri pesakit dan memberi isyarat
supaya diri pesakit sentiasa mengingatiNya.
Sebagai seorang yang beriman dan berpegang teguh kepada
ajaran Islam. Kita perlu mempunyai minda yang terbuka dan positif bagi membantu
pesakit strok.
1.
Terima Sebagai Satu Takdir dan Ada Hikmahnya:
Penjaga terdekat pertama sekali menerima
hakikat orang yang disayangi telah diserang strok adalah dengan takdir Allah.
Buka minda secara lapang dada, buat muhasabah diri kernapa kita di beri
permasalahan sebegini. Adakah kita sebelum ini pernah melakukan maksiat atau
dosa-doas besar, jika ada bertaubatlah dan balik ke pangkal jalan. Dekatikan diri
kta dengan Allah. Dia Maha Penganpun, Maha Pemurahan dan Maha Penyayang. Jadi
tabahlah diri kita untuk menghadapinya dengan redah.
Jika kita dapat sebelum ini tidak pernah
melakukan dosa besar, maka kita perlu redha kerana apa yang berlaku itu mungkin Allah nak uji
keimanan kita, sejauhmana kita redha dan menerimanya. Sejauh mana kita dapat
bersabar bila di beri ujian. Juga kita kenan banyak istighfar kerana
takut-takut ada lagi secra tak disengajakan kita tidak mengangungkan kebesaran
Allah, seperti menunaikan solat di akhir wakatu. Tidak memperbanyakkan ibadat
sunat dan sebagainya. Jadi kita mulakanlan hidup baru dengan menghadapi musibah
pesakit strok ini sebagai tanda Allah sayangkan kita dan dia minta kita kuatkan
lagi amal ibadat kepadaNya.
Jika penjaga dan pesakit dapat menerima
hakikat ini dengan hati terbuka, mudah-mudahan usaha pemulihan dapat berjalan
lancer dan pesakit akan dapat dikembalikan sembuh dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.