Kewajiban Menuntut Ilmu:
Ikhwani Muslimin,
Alhamdulillah, sekarang anak-anak dalam rangka memulakan alam
persekolahan di tahun baru. Semoga ia di manafaat sepenuhnya untuk menimba ilmu
dan mempertingkatkan diri pada segenap perkara. Yang lebih penting ialah
memantapkan saksiah peribadi anak-anak dengan ilmu pengetahuan keagamaan. Oleh itu
untuk memenuhi tuntutan kehidupan maka diwajibkan kita mempelajari agama Islam
khususnya ilmu-ilmu berikut:
Mempelajari fardu ain:
fardu ain ialah kefarduan yang diwajibkan Islam keatas setia
muslim samada lelaki mahupun perempuan yang cuku umur. Ia melibatkan
rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam.
Suatu ibadat yang dikerjakan itu tidak sah dan sempurna jika
pelakunya tidak beriman kepada Allah dan Rasul. Setiap rukun Islam dan iman
wajib dipelajari satu demi satu , dan dihayati sepanjang hidup. Rasulullah SAW
bersabda ; ertinya.” Menuntut imu itu wajib keatas setiap idividu muslim”.HR-
Aljamal al Soghari)
Semua kewajipan fardu ain ini hendaklah dipelajari
berdasarkan kehendak al Quran dan al hadis iaitu menurut sunnah Rasulullah SAW.
Meninggalkan adalah haram dan berdosa serta akan menerima siksaan neraka di
hari akhirat nanti. Sesuatu amalan yang dilakukan itu akan diterima Allah
apabila mencukupi tiga syarat berikut:
1.
Beriman
kepada Allah dan hari akhirat
2.
Mengerjakan
dengan niat ikhlas kerana Allajh.
3.
Mengikut
sunnah Rasullah SAW
Mempelajari ilmu fardu kifayah:
Disamping mempelajari ilmu fardu ain, seseorang muslim juga
dituntut mempelajari ilmu fardu kifayah iaitu kewajipan – kewajipan keagamaan
yang disemprunakan secara berjemaah, yang menjadi kewajipan bersama jika tidak
dilakuka oleh seseorang, maka semua orang berdosa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “ dan tiadalah sepatutnya bagi orang yang
beriman semuanya keluar pergi ke medan perang. Oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahja dan gologan orang-orang (
yang tinggal ) hendaklah mendalami pengetahuan dalam agama, agar mereka memberi peringatan kepada golongan mereka ( yang keluar berperang) apabila
mereka kembali ( dari medan perang) semoga mereka dapat menjaga diri.
Mempelajari ilmu yang berguna:
Ilmu yang berguna adalah ilmu yang diredha Allah, sebaliknya
ilmu yang tidak berguna akan mendorong kemurkaan Allah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.