RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 16 April 2015

SIFAT UKHWAH ANJURAN ISLAM

Intipati Khutbah Jumaat - 6/2/2015 : Sifat ukhwah anjuran Islam


khwan Muslimin.

Kita sepatutnya bersyuur kehadrat Allah swt kerana sehingga detik dan saat ini, kita masih lagi dibekalkan dengan segala bentuk keperluan hidup yang membolehkan kita meneruskan kehidupan dibumi ini walaupun kadang-kadang kita diuji dengan sesuatu kesusahan.

Adalah lumrah kehidupan, manusia akan di uji dengan pelbagai ujian yang akan menzahirkan watak sebenar manusia samaada itu samada ia seorang yang beriman atau seorang yang inkar. Seseorang yang bersyukur atau seseorang yang kufur. Firman Allah swt dalam surah Al Mulk ayat ke 2.
 Ertinya: “ (Dialah) yang telah jadikan kematian dan kehidupan itu untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu  yang paling baik amalanya. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Ikhwan Muslimin,

Selain menguji keimanan, kesusahan seringkali menguji ikatan ukhwah dan semangat tolong menolong dikalangan umat Islam, adakah ia benar wujud atau seperti halwa telinga sahaja. Ia juga menjadi kayu ukur samada dikalangan umat Islam sudah subur sifat pengorbanan dan mujahadah atau dikalangan mereka sedang subur sifat kebendaan dan mementingkan diri sendiri.

Didalam kehidupan seharian, Islam mengajar umatnya untuk peka dengan keadaan saudaranya. Seseorang  muslim tiadak boleh mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesusahan dan kepayahan orang lain.

Peristiwa Hijratul Rasul menjelaskan betapa umat Islam pada masa itu, adalah orang-orang yang tidak mementingkan diri sendiri. Ketika berlakunya penghijrahan Rusulullah dan para sahabatnya dari Mekah ke Madinah, mereka tidak membawa apa-apa harta dan kemewahn selain daripada pakaian yang dipakai dan keyakinan mereka kepada janaji Allah. Rasulullah menyeru kepada kaum ansar supaya memberikan pertolongan kepada saudara-saudara mereka kaum muhajirin yang telah meninggalkan harta dan anak-anak mereka di Mekah. Lalu mereka menyahut seruan Rasulullah itu dengan membahagikan separuh daripada harta mereka dengan kaun muhajirim secara sama rata. 

Dengan sebab itu Allah telah mengembirakan sifat mereka itu melalaui firman-Nya:
Yang Bermaksud “ Dan orang (Ansar) yang mendiami kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah kenegeri mereka, dan tidak ada pulu didalam hati mereka perasaan iri hati terhadap apa yang telah diberi kepada orang muhajirin itu, serta mereka mengutamakan orang muhajirin itu melebihi diri mereka sendiri sekalipun mereka berada didalam kesusuhan (sangat memerlukan pemberian itu). (Ingatlah) sesiapa yang dipelihara dirinya daripada dipengaruhi tabiaat bakhilnya, maka mereka orang-orang yang berjaya  (ayat 9: Surah Al Harsh)

Sesungguhnya sifat tidak mementingkan diri sendiri lahirnya daripada ikhlak yang mulia yang merupakan bukti keimanan yang sejati kepada Allah swt. Hanya manusia berjiwa besar sahaja sanggup mendahulukan hajat dan keperlauan saudaranya terutamanya ketiak ia juga berhajat kepada perkara tersebut.

Hakikatnya dalam dunia hari ini, manusia kebanyakannya mengejar kebendaan dan kemewahan, mereka tenggelan didalam ketamakan dan kerakusan, sudah hilang pertimbangan, sanggup melakukan apa sahaja demai memenuhi tuntutan kepentingan diri walaupun terpaksa merampas hak orang lain. Jauh sama sekali untuk memberikan milikannya kepada orang lain. 

Kita seringkali mementingkan diri sendiri dan hilang pertimbangan dalam banyak keadaan, kita hidup berkeluarga, berjiran dan hilang pertimbangan dalam banyak keadaan, ketika hidup berkeluraga, berjiaran dan bermasyarakat, ketika berurus niaga, dijalanraya dan sebagainya. Kita berlalu begitu sahaja. Kita juga sewenang-wenang membuang sampah merata-rata tempat tanpa menghiraukan kebersihan sekitar.

Bahkan kita juga tetap mementingkan diri sendiri ketika hadir untuk solat berjemaah di masjid-masjid tanpa  menghiraukan keselesaan orang lain seperti meletakkan kenderaan kita sehinggakan menghalang lalu lintas dan kenderaan lain.

Demikianlah betapa didalam kehidupan hari ini, kebanyakan manusia tidak lagi mengambil berat tentang saudaranya sebaliknya mementingkan diri sendiri. Sesungguhnya sifat ini telah memberikan
gambaran yang tidak baik kepada Islam dan umatnya.

Oleh itu marilah kita didik diri kita dan keluarga kita  dan masyarakat kita untuk kembali menghayati akhlak Islam yang mengajar umatnya untuk tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya hidup tolong menolong, bertolak ansur berdasarkan ukhwah Islamiah, yang senang membantu yang daif,yang berhak di beri haknya, yang kuat tidak berlaku zalim kepada yang lemah sebalinya dilindungi.
Wallahu alam.

Sumber : MAIK

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.