HUBUNGAN DENGAN TUNANG
Majoriti masyarakt Melayu mempunyai sikap yang agak longgar terntang perhubungan anak mereka semasa pertunagan. Menjadi kebaisaan pasangan yang sedang bertunang telah keluar kesana –kemari berduaan dengan alasan mereka sudah bertunang. Kebanyakan ibu bapa juga memberi kebenaran mereka keluar atas alasan anak mereka telah dewasa dan tahu menilai. Yang mana buruk dan baik.
Perhubungan dengan tunang tidaklah sebebas suami isteri. Islam membataskan hubungan mereka dengan batas yang tertentu. Ertinya jika berlaku dalam lingkungan batas itu maka diharuskan, dan sebaliknya jika berlaku di luar batas itu maka haramlah hubungan itu.
BATAS YANG DIBENARKAN IALAH:
- Batas melihat: Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua tangan (pergelangan tangan). Ertinya perempuan mesti menutup aurat walaupun dengan tunangnya.
- Batas perbualan: Perbualan hanyalah sekadar menanyakan khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
- Batas pergaulan: Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrim yang lain dan pihak perempuan.
Keizinan ini diberikan untuk membolehkan mereka menilai semula hubungan mereka. Mereka ada hak untuk bertindak memutuskan pertunangan itu jika perlu. Sebab itulah waktu bertunang elok dipendekkan supaya tidak timbul rasa jemu dan sebagainya.
BATAS YANG TIDAK DIBENARKAN (HARAM):
- Melihat bahagian aurat tunang selain dari muka dan tangan.
- Perbualan yang tidak berfaedah; memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya.
- Pergaulan bebas tanpa dikawal oleh muhrim.
- Berjalan berdua-duaan dengan bergandingan tangan malah berpelukan.
- Tidur sebilik walaupun tidak melakukan zina.
Apa yang diharamkan hendaklah dipatuhi oleh mereka yang terlibat. Sebenarnya pengharaman ini wajar kerana kesan dan melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Tabiat atau perbuatan buruk yang kita lakukan semasa bertunang akan diwarisi oleh zuriat kita nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dan zuriat kita itu mereka yang baik dan cergas. Apakah kita hendak memilih sebaliknya?
Sumber : usrah online
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.