RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 18 April 2015

PERMUDAHKAN PERKAHWINAN

Permudahkan Perkahwinan:  Peranan Siapa ?

Sejak akhir-akhir ini kita sering kedengaran di kaca tv bahawa majlis perkahwinan di adakan secara besar-besaran melibatkan perbelanjanaan ratusan ringgit malah berjuta ringgit. Boleh dikatakan sudah menjadi tren masa kini untuk menghebabahkan majlis perkahwinan yang di adakan dengan penuh warna-warani dan melibatkan ramai oraang serta di siarkan secara langsung untuk beberapa hari di kaca tv.

Budaya sebegini sebenarnya telah terlalau tersasar jauh dari matlamat perkhwinan  yang di anjurkan oleh Islam. Islam menganjur kan supaya di permudahkan majlis perkahwinan untuk tidak membebankan pasangan pengantin lelaki dan perempuan.Majlis perkahwinan yang di anjurkan Islam adalah lebih menjurus untuk perwa-wakan bahawa si teruna dan dari telah di ijabkabukan dan mereka telah menjadai suami isteri yang sah.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama: Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua: Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga: anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. Dinilai dha'if oleh Al-Albani. Rujuk: Silsilah Dha'ifah (5751), Dha'if at-Tirmizi (1075)

“Abang, anak perempuan kita tu dah besar panjang dah, umur pun dah 23 tahun. Saya rasa elok kita kahwinkan dia dengan segera,” pinta seorang isteri kepada suaminya. Si ibu yang tidak sanggup melihat anaknya terus-terusan menghadapi ‘fitnah’ kerana belum berpunya, sudahlah menjadi igauan setiap lelaki yang menatapnya. Tambahan pula, anak perempuan kesayangannya itu sudah punya calon untuk menjadi pasangan hidupnya, tinggal lagi tidak berani disuarakan kepada ketua keluarga.

Mendengar sahaja perkataan ‘kahwin’, si ayah terus melenting. “Tak boleh! Saya nak anak kita habiskan pelajaran dulu! Kalau dah berlaki susah dia nak fokus dengan pelajaran. Tengok sekarang apa dah jadi, banyak kes perceraian...” Dengan panjang lebar lengkap dengan statistik dari akhbar si ayah menjelaskan pendiriannya. Seperti yang dijangkakan oleh si ibu dan si anak dara, si wali pasti tidak memberikan keizinan.

Kita mungkin tidak bersetuju dengan tindakan si ayah yang tidak membenarkan anak gadisnya berkahwin dalam keadaan dirinya diuji dengan bermacam-macam fitnah mengajak ke arah maksiat. Lebih-lebih lagi jika kita mengetahui, si anak gadis itu sudah menerima berpuluh-puluh ‘lamaran secara direct’ daripada lelaki, ratusan SMS cintan-cintun mengajak keluar ber-dating masuk ke telefon bimbitnya, setiap langkahnya di luar menjadi perhatian setiap jejaka, malah seringkali berasa terganggu dengan pandangan-pandangan liar mata lelaki ke arah dirinya.

Maka, sudah pasti kita akan tampil membela anak gadis itu, bermacam-macam ayat al-Quran dan hadis yang kita bawakan, agar si anak gadis itu terselamat daripada fitnah. Hatta kadang-kadang secara sedar atau tidak, ada yang membawakan hadis yang dha’if. Dan, kadangkala juga, yang bercakap itu sebenarnya tidak sedar, yang sedang bercakap tentang hal ehwalmunakahat itu sendiri belum berkahwin. Entah mahu atau tidak orang ramai yang sudah berkahwin mahu menerima nasihatnya. Siapa terasa cili, dia terasa pedasnya.

Tetapi, apa yang kita keluarkan itu tidak lebih dari apa yang kita nampak, yang mana terbatas sudut pemikirannya. Mengapa kita tidak selami, apa yang terbuku di minda si ayah tatkala mendengar hajat anaknya ingin berkahwin?

Sudahlah si ayah punya tanggungan yang perlu diberi nafkah, hatta kepada anak gadisnya itu sendiri setiap bulan dikirim wang agar tidak mati kelaparan. Dengan duit bayaran ansuran rumah, kereta, perabot, dan cukai yang perlu dibayar setiap bulan, hanya berbekalkan gaji yang tidak seberapa. Tiba-tiba si anak minta untuk melangsungkan perkahwinan.

Maka kalutlah si ayah sambil berfikir, “Di manalah aku nak cari duit untuk buat walimah? Nak buat bukan sedikit nak pakai duit.”

Mungkin ramai yang akan kata, “Mudahkan urusan perkahwinan. Tak perlu ikut sangat adat yang membawa kepada pembaziran. Buat ikut kadar kemampuan.” Malah, siap membawa hadis Nabi SAW:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ya, memang Rasulullah SAW menganjurkan agar dipermudahkan urusan perkahwinan, dibuat mengikut kemampuan. Tetapi, jika difikir semula, berapa harga seekor kambing di pasaran? Paling kurang pun kira-kira RM500, itupun perlukan duit. Belum lagi soal berapa banyak tetamu yang nak dijamu.

Nak jamu semua tetamu dengan seekor kambing? Yang dapat di akhir majlis bukan sebuah keberkatan tetapi umpatan daripada masyarakat. Menganggap yang bukan-bukan, akhirnya keluarga sendiri yang mendapat aib, tidak mustahil yang terpalit sama ialah rumahtangga yang dibina yang akhirnya membawa kepada keruntuhannya. Satu lagi kesusahan dan kekusutan.

Saya beranggapan, seruan ‘mudahkan urusan perkahwinan’ perlu difahami dengan sebaiknya oleh anak muda yang ‘gatal untuk berkahwin awal’. ‘Mudah’ dalam erti kata pengurusannya, tiada siapa yang berasa susah akibat mencari wang. Silap haribulan, pinjam dengan ah long, akhirnya pihak polis juga terpaksa tolong!

Saya teringat, semasa semester pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, pensyarah mata pelajaran Principles & Practices of Management, Dr. Zainurin, pernah menyuruh kami agar menetapkan target yang perlu kami capai apabila telah menyelesaikan pengajian ijazah sarjana muda kami, sebagai aktiviti di dalam kelas. Dan antara yang perlu ada dalam target kami ialah jumlah wang yang ada dalam simpanan kami.

Saya kehairanan, dan mungkin rakan-rakan sekelas saya juga kehairanan. Hanya tidak dizahirkan sahaja. Entah bagaimana Dr Zainurin boleh menghidu kehairanan kami, beliau menjelaskan target itu supaya apabila sudah menamatkan pengajian kami tidaklah berada dalam keadaan miskin dan papa kedana untuk membeli keperluan seperti motor (sekurang-kurangnya) atau kereta, pakaian kerja, perabot rumah dan sebagainya. Atau simpanan itu boleh digunakan untuk membayar pinjaman, atau digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Alahai, ke situ pula beliau... mentang-mentanglah dalam UIA ramai kahwin muda.

“Kalau kamu nak tahu, korang nak buat majlis perkahwinan, sekurang-kurangnya mesti ada kira-kira RM10 ribu!”

RM10 ribu? Biar betul...

“Ye lah, dengan pakaian pengantin lagi, hiasan tempat bersanding lagi, nak tempah katering untuk buat makanan lagi, nak tempah kad jemputan lagi... itu semua perlukan duit, tahu? Kalau tinggal di kampung tak mengapa, mungkin kurang sikit. Cuba kalau tinggal di bandar, orang mesti nak buat di hotel. Kalau tak, nanti apa orang kata...”

Tetapi, bagaimana untuk menjana wang sebanyak itu di akhir pengajian? Kalau yang bertuah dapat biasiswa tidak mengapa juga, boleh disimpan sebahagian untuk tujuan itu. Tetapi bagaimana dengan mereka yang menggunakan khidmat pinjaman PTPTN? Mahu atau tidak, terpaksa juga bekerja semasa cuti, atau bekerja / berniaga semasa belajar.

Bekerja bukan kerana ingin mencari rezeki demi sesuap nasi atau demi sebuah telefon pintar (smart phone), tetapi demi menjamin kesejahteraan di masa akan datang. Biarlah perkahwinan yang didirikan tidak lagi menyusahkan ibu dan ayah yang sudah berpuluh-puluh tahun memerah keringat menyara kita. Biarlah pinjaman PTPTN dapat dilangsaikan dengan sempurna tanpa bergantung dengan FaMa (Father & Mother) yang sudah beruban rambutnya dan meningkat usianya.

Ya, urusan perkahwinan perlu dimudahkan. Memudahkan urusan perkahwinan bukan tugas satu-satu pihak, semua orang perlu terlibat di setiap peringkat. Dari yang menggubal undang-undang, hinggalah yang ingin berkahwin. Mudah dalam erti kata, kita – pihak pengantin – memudahkannya agar tiada pihak lain yang sengsara menanggung derita akibat mencari duit demi melihat kebahagiaan kita. Tiada lagi pihak yang mendapat mudarat dalam menegakkan sebuah sunnah yang sepatutnya membawa berkat dan rahmat-Nya..

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.