RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 16 April 2015

APAKAH PUNCA ISTERI DINGIN SEKS


KENAPA ISTERI DINGIN SEKS BERSAMA SUAMI





APAKH PUNCA ISTERI DINGIN SEKS ?
 

Ramai Suami Mengadu Tentang Masalah Dingin Seks Yang Dialami Oleh Pasangan. Rungut Mereka Ketika Ghairah Sedang Menyala-Nyala, Isteri Pula Seakan Langsung Tidak Bernafsu. Baru Saja Hendak Mengusap Tubuh, Isteri Terus Memberi Alasan, Penat, Tangguh Esok Dan Sebagainya.

Apa jua alasannya si suami pasti kecewa. Lantas mulalah suami menyalahkan isteri tanpa menyedari bahawa adakalanya sikap suami sendirilah yang mencetuskan kedinginan dan kehambaran isteri terhadap aktiviti seksual.

Tingkahlaku, sifat, mahupun layanan suami yang tidak kena dengan jiwa ketika hubungan intim boleh membuatkan isteri merasakan seks bukan lagi memberi kenikmatan atau membahagiakan dirinya. Sebaliknya cukup menjengkel dan menyeksakan.

Mengikut kajian didapati isteri bersikap dingin tehadap hubungan intim denga suaminya adalah berpunca tindak tanduk suami yang tidak romantis dan kurang berperanan memberi kegairahan dan kepuasan kepada isteri. Kebiasaanya suami sebegini lebih mementingkan diri sendiri dan terlalu sibuk dengan bisnes atau tugasan luar, menyebabkan ianya kesuntukan masa untuk bersama isteri sehinggakan mengadakan hubungan intimpun dalam tempoh yang terhad dan tergesa-gesa. 

Berikut adalah senarai kesilapan suami yang cukup tidak disenangi oleh isteri ketika di ranjang. Inilah juga faktornya yang membuatkan isteri berasa dingin untuk melakukan seks. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam memperbaiki kehidupan seks anda suami isteri.

1.       Tidak bercumbu terlebih dahulu
Meskipun nafsu sedang membara namun jangan terlalu rakus menerkam isteri tanpa mencumbuinya terlebih dahulu. Terlalu banyak artikel yang menerangkan bahawa wanita memerlukan masa untuk terangsang. Sentuh bahagian sensitif isteri ataupun kucuplah bibirnya terlebih dahulu supaya isteri turut merasakan ghairah untuk hubungan intim.

2. Hembusan nafas
Tidak dinafikan hembusan nafas suami di telinga mampu menaikkan nafsu isteri. Namun perlu juga diketahui bahawa itu juga menjadi faktor untuk membenamkan rasa berahi sekiranya hembusan nafas suami pekat berbau rokok ataupun bauan yang kurang menyenangkan.

3. Tidak bercukur
Sememangnya ini adalah perkara asas yang harus diingat oleh setiap lelaki sebelum melangkah ke ranjang untuk bersama isteri. Misai dan juga jambang yang tidak dicukur dan dibiarkan panjang bukan saja menyakitkan mata isteri yang memandang tapi juga menyakitkan. Ia seakan-akan mencucuk kulit isteri bila disentuh.

4. Gelojoh
Ada suami yang gelojoh dalam urusan seks. Belum sempat isteri buat apa-apa, suami sudah menerkam dahulu. Selain itu ada juga yang gopoh mahu membuka pakaian isteri namun tidak tahu bagaimana caranya. Maka jadilah suami seperti ”incredible hulk” merobek dengan cara yang ganas. Seharusnya membuka pakaian isteri dilakukan dengan hormat dan penuh lembut. Ibarat membuka satu hadiah yang berharga. Lagipun kenapalah hendak tergopoh-gapah, isteri tidak ke mana-mana, tetap ada di depan mata.

5. Sentuhan
Sentuhan, belaian dan usapan buat isteri di awal hubungan intim perlu ada caranya. Janganlah terus meraba-raba tanpa arah tujuan. Tak terbangkit nafsu isteri jika sentuhan suami sekejap di kaki, sekejap di belakang dan kemudian di kepala pula. Caranya pula kasar semacam seperti menepis semut yang merayap di badan. Seeloknya lakukan sentuhan dengan lembut dan berperingkat supaya isteri dapat menikmati sensasi sentuhan suami.

6. Jangan berehat setengah jalan
Tiada istilah berehat ketika melakukan pemanasan meskipun anda penat dan isteri lambat terangsang. Tubuh isteri perlu sentiasa disentuh supaya berahinya tidak turun mendadak. Apa perasaan isteri bila ghairah baru hendak memuncak tiba-tiba si suami berhenti merangsang, sudah tentu perasaan terus merudum.

7. Jangan biar isteri terkapai-kapai
Ada suami yang mementingkan diri sendiri. Setelah nafsu syahwatnya dipenuhi isteri yang masih belum menikmati kepuasan dibiarkan begitu saja. Sebenarnya ketidakpuasan ketika hubungan seks dengan suami juga antara sebab isteri mula memandang seks sebagai sesuatu yang hambar.

8. Jangan sepahkan kondom
Sekiranya anda menggunakan kondom sebagai cara untuk mencegah kehamilan sebaiknya jangan sepahkan ia di bilik. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami dan lagi ia adalah satu barangan yang sangat peribadi. Bayangkan perasaan isteri anda sekirnya suami meninggalkannya di tepi katil dan dia harus mengambil dan membuangnya.
9. Suami tidak berterima kasih kepada isteri

Kadang kala suami yang lebih pentinkan diri sendiri dan tidak bersikap romantis, setelah ianya selesai samapi kekemuncak, ditinggalkan isteri keseorang dan di terus berdengkur. Ini membuatkan isteri terasa bahawa dia tidak dibelai  oleh suami, menyebabkan pengalaman sebegini akan menjadi ingatan di mindanya untuk selamanya. Sepatutnya suami perlu perihatin terhadap keperluan seks isteri, jika ianya lebi awal kandas perlu berisik di telinga isteri bertanyakan keadaannya sudahkah puas atau sebaliknya. Jika diberitahu bahawa dia masih belum sampai kemuncaknya sumai perlu memainkan pernanannya untuk membolehkan isteri menikmati kemuncak kepuasan hubungan intim. Suami yang pandai berperanan untuk mempastikan dirinya tidak cepat kecundang dan juga mengambil tindakan bijak untuk mempercepatkan kegairahan isteri dan seboleh-boleh untuk menikmati kepuasan memuncak secara bersama dan serntak. Jika ini dapat dikawal oleh suami, sudah pasti isteri akan memberi pujian dan sentiasa meghormati suaminya sebgai seorang yang berkemampuan dan handalan semasa mengadakan hubungan intim. Oleh itu suami perlu menimba ilmu bagi membolehkannya menjadi seorang suami yang celek hubungan seks dengan isterinya.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.