RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 17 April 2015

PENGERTIAN REZEKI

APA ITU REZEKI ?



APA ITU REZEKI ?

Post ini saya kemukakan sebagai renungan bersama setelah saya membaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” tulisan saudara Faturi Salehuddin. Serta saya bandingkan dengan pengalaman yang dihadapi sendiri oleh saya dalam menjalani liku-liku hidup dalam mencari rezeki Allah yang halal untuk seisi keluarga.

Menurut pengarang Tafsir Al-Quran Asy-Sya’rawy. “Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manafaatnya, samada halal ataupun haram, samada baik ataupun buruk”.

Sudah tentu tafsiran di atas mengubah pesepsi kita tentang rezeki. Dalam fikiran kita selama ini, yang dikatakn rezeki tentulah yang baik-baik sahaja. Justeru kita akan rasa gembira apabila mendapat perkara yang baik-baik dan rasa kecewa apabila berlaku hal yang tidak baik.

Bererti “ apa sahaja yang kita rasakan manafaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita  mengambil manafaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukan rezeki kita, tetapi tezeki orang lain”.

Sebagai contoh, setiap bulan kita membawa pulang sejumlah wang. Sebahagian pendapatan itu kita gunakan untuk membeli barang-barang keperluan dapur, serperti membeli ikan di pasar, jadi jumlah yang dibeli ikan itu adalah rezeki penjual ikan di pasar. Begitulah seterusnya kita gunakan sebahagian wang untuk membeli minyak kereta, maka jumalah itu adalah rezeki penjual minyak di Steyen Pam minyak. Begitulah seterusnya kita gunakan untuk membeli pakaian, ubatan dan sebagainya. Ini bererti dalam pendapatan kita ada rezeki orang lain. “ Milik kita belum tentu rezeki kita”.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.