RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 16 April 2015

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 19 Disember 2014


1.       Anak-anak merupakan anugerah Allah SWT  kepada pasangan suami isteri yang terpilih.  Apabila dikurniakan cahayama dalam sebuah keluarga, bermulalah satu amanah dain tanggungjawab yang perlu di pikul oleh ibu bapa. Ia mendidik dan membesarkan anak-anak mengikut cara dan keadah yang terbaik. Sebagaimana di anjurkan oleh Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW

2.       Tanggung jawab yang dimaksudkaan bukan sekadar menyediakan makan minum dan tempat tinggal sahaja, bahkan Islam telah meletakkan tanggungjawab utama mendidik anak-anak merakumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari dalam kandungan sehingga keperingkat kanak-kanak, remaja dan  seterusnya belia.

3.       Berdasarkan realiti kehidupan masa kini, sebahagian besar tanggungjawab pendidikan anak-anak diserahkan kepada pihak sekolah, melainkan pada waktu cuti persekolahan dimana anak-anak menghabiskan sebahagian masa mereka bersama keluarga. Tempoh cuti yang agak panjang ini juga kalau taidak diuruskan dengan sebaiknya, ia akan menjadi sia-sia. Dan berlaku begitu sahaja.  Justru musim cuti persekolahan ini perlu dirancang dan diuruskan dengan sebaik-baiknya. Supaya ia dapat manafaat kepada semua pihak terutama anak-anak, ibu bapa dan anggota masyarakat.

4.       Rasulullah SAW bersabda: ertinya “ Dua jenis nikmat yang baik dilupakan manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang”. Dalam keadaan yang lain pula Rasulullah ada bersabda denga maksudnya: “ Rebutlah lima perkara sebelum  berlaku lima perkara :- masa mudamu sebelum masa tua, masa sihatmu sebelum tiba masa sakit, masa kayamu sebelum tiba masa fakir, masa lapangmu sebelum tiba masa sibuk dan masa hidupmu sebelum tiba saat kematian”.

5.       Agama Islam merupakan agama rahmat yang menaungi sekelian alam.  Kedatangan  agama ini memberi manafaat dalam segenap aspek kehidupan manusia, temasuklah dalam aspek pengurusan masa dan berkaitan dengan pendidikan anak-anak. Dalam hal ini, bapa hendaklah mengambil peranan dalam menguruskan masa cuti persekolahan anak-anak mereka. Orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan diri sendiri ahli keluraga hanyut dalam perkara –perkara  yang sia-sia atau tidak berfaedah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:- “ Dan  orang-orang yang tidak bersaksi palsu, apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mereka hanya berlaku (tidak mengindahkan) dalam keadaan  kehormatan diri” ( Al – Baqarah –  ayat 72).

6.       Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan kepada kita bahawa di antara sifat orang-orang yang beriman itu ialah apabila mereka berhadapan dengan perkara sia-sia atau melalaikan mereka tidak akan terlibat dengan perkara tersebut. Bahkan mereka terus mengekalkan kehoramatan dan kemuliaan diri mereka.

7.       Oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua sebagai ibu bapa dalam menguruskan program cuti persekolahan anak-anak mereka dengan antara lain mengambil tindakan berikut:-

§  Menanam kesedaran dikalangan anak-anak bahawa musim cuti persekolahan bukanlah masa untuk berihat semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ia merupakan satu tempoh persediaan untuk menghadapi penggal pengajian yang baru pada tahun hadapan. Oleh itu masa yang ada  hendaklah di isi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan seperti membaca bahan bacaan yang berfaedah. Mengulangkaji sukatan pelajaran yang terdahulu, menghadiri kelas-kelas tusyen dan sebagainya.

§  Selain dari pengisian ilmu-ilmu akadamik, anak-anak juga perlu diberi pendedahan ilmu-ilmu agama dan fardu ain. Dalam hal ini ibu tidak boleh menanggap anak-anak di tahap sekolah rendah” terlalu awal” untuk diajar bersuci, berwudud dan bersolat, kerana pendidikan fardu ain perlu bermula sebelum mereka mencapai akhir baligh. Rasulullah telah beresan dengan maksudnya:- “Suruhlah anak-akan kamu menunaikan solat ketika anak kamu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan mengerjakan solat) ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka:, (HR Abu Daud).

§  Melibatkan anak-anak dengan program yang boleh membina akhlak, keperibadian dan jati diri. Program seperti kem motiasi, nadwah Islam,kem solat bistari, qiamulai dan sebagainya mampu emncetuskan motivasi diri dan seterusnya membina keterampilan serta jati diri yang sebaik mungkin. Aktiviti seumpama ini boleh dilakukan oleh samada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan.

§  Sesungguhnya tanggungjawab  dan peranan kita sebagai ibu bapa amatlah besar terhadap anak-anak yang merupakan amanah daripada Allah SWT.
Semoga khutbah ini dapat memberi kefahaman berhubung tanggung jawab ibu bapa terhadap anak-anak kita dan juga memberi penekanan kepada usaha membina  iman dan taqwa anak-anak selain daripada membina keteranpilan diri dan jati diri. Jika anak-anak sebegini dapat di bentuk oleh kita semua mudah-mudahan pada masa hadapan kita semua mempunyai kepimpinan yang akan menggantikan kita dengan menegakkan islam sebagai Addin demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan juga kesejahteraan di akhirat banti.

Wllahualam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.