RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 16 April 2015

UJIAN DAN MUSIBAH

RENUNGAN BUAT MEREKA YANG DITIMPA UJIAN ATAU MUSIBAH


Dalam kehidupan di dunia ini telah menjadi kelaziman kita akan mengalami peristiwa yang mengembirakan dan juga yang mendukacitakan. Bisanya apabila kita perolehi kegembiraan kita rasa bahawa diri kita adalah seorang yang bertuah, berjaya dalam hidup dan mendapat kurniaan Allah.
Sebaliknya apabila kita di uji denga musibah atau kesusahan memberi satu tekanan dalam kehidupan, perasaan sedih dan berdukacita serta memikirkan yang bukan-bukan kadangkala sehingga merasakan dirinya tidak berguna, menyusahkan orang, hidup ini sial dan sebagainya. Malah ada yang mula lupa akan ujian itu adalah tanda Allah akan membersihkan diri kita dari dosa-dosa silam. Bagi sesetengah daripada kita yang tidak sabar dalam menepuh ujian derita itu akan mengambil tindakan yang di luar kebiasaan tabie manusia seperti tindakan nekad untuk mengakhiri kehidupan (auzubillahiminzalik).
 Raliti kehidupan ujian, musibah, dugaan dan cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat. Ia akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada dia raja, sultan, menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Semuanya akan diuji. 

Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun ujian. Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji?.

ALLAH SWT berfirman;

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kita dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kita dikembalikan." (QS Al-Anbiyaa': 35)

Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan…ALLAH SWT berfirman;

“Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)

Namun begitu, ada yang tidak mampu menghadapi ujian yang diberikan malahan mempertikai serta tidak redha akan ketentuan-NYA. 

Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan jika musibah atau ujian tersebut menimpa diri kita??

Di sini ingin dikongsikan beberapa renungan khas untuk mereka yang sedang ditimpa musibah, sudah ditimpa musibah atau mereka yang akan ditimpa musibah. Semua itu datangnya dari ALLAH SWT.
Ingatlah bahawa ALLAH SWT sayang dan kasih akan kita bila diberi ujian atau musibah. Kerana kebiasannya apabila di timpa musibah kita akan mengadap-Nya dengan berdoa supaya di hilangkan segala musibah dan kesusahan yang di alami.


Berikut adalah 10 perkara yang perlu direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian :

Pertama: Yakinlah bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan harta, jawatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah yang akan menimpa diri kita. Oleh itu perlulah kita bersabar apabila ditimpa musibah dan banyak bertaubat kepada Allah jika sebelumnya kita lalai dan banyak melakukan maksiat dan melangari segala perintah Allah.

Kedua: Sabarlah dengan ujian yang sedang kita hadapi. Alhamdulillah kita masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika kita diuji dengan ujian yang lain maka kita tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.

Ketiga: Terkadang syaitan membisikkan kepada kita bahawa ujian yang kita hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kita pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang kita hadapi.

Keempat: Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat??

Kelima: Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki kita untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin kita perolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kita.

Keenam: Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu memerlukan kepada pertolongan Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru dapat merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru dapat merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.

Ketujuh: Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.

Kelapan: Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpa kita ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpa kita maka akan lebih buruk keadaan kita,
ALLAH SWT berfirman :
"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu." (QS Al-Baqarah : 216)


Kesembilan: Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. ALLAH SWT berfirman:
"Maka mungkin kamu membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS An-Nisaa : 19)


Kesepuluh: Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah istirehat sepenuhnya dan kegembiraan sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama kita masih hidup di dunia ini maka persiapkanlah diri kita dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti.
Kesimpulan dapat dirumuskan bahawa ujian dan misibah adalah perkara lumrah dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia yang hidup akan menghadapi ujian dari masa ke semasa. Oleh itu kita berlulah menerima hakikat ini. Apa yang perlu di lakukan oleh kita apabila di beri ujian oleh Allah ialah dengan mendekati-Nya. Beribadahlah kepadanya dan berdoa saban masa dengan meharapakan bahawa Allah akan memberi jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita mengatasi ujian itu. Bila kita telah pasrah  dengan ujian Allah dengan sabar dan mengambil tindakan memperbaiki ibadat kita kepada Allah supaya lebih baik lagi, InsyaAllah akan tiba masayanya kita akan diberi kebahagian dan kenikmatan iman yang tidak ternilai oleh kita.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.