RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 16 April 2015

ikhlas

IKHLAS

Allah menjelaskan melalui sura al –Baqarah ayat 5 bermaksud : “Mereka dieperintahkan supaya menyembah Allah degan mengikhlaskan diri beribadat kepada-Nya, tetap teguh atas tauhid, dan supaya mereka melakukan sembahayang serta memberi zakat . Inilah agama yang benar.”

Allah  menjelaskan lagi menerusi al –Haj ayat 37 : “Daging dan darah haiwan korban ataupun hadiah itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah. Yang sampai kepada Dia adalah amal yang berdasarkan takwa”.

Allah menjelaskan juga menerusi surah Ali Imran ayat 29 bermaksud : “ Katakanlah wahai Muhammad, ‘sekiranya kamu sembunyikan ataupun melahirkan perkara yang ada dalam dada kamu, nescaya Allah mengetahuinya’”.

Disamping itu terdapat beberapa hadis yang berkaitan dengan ikhlas:
1.      Saidinar Omar bin Khattab r.a. “ Saya mendengar Rasulullah menjelaskan, ‘amalan seseorang ditentukan oleh niatnya. Oleh itu setiap orang mendapat apa yang dia niatkan, Itulah sebanya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya , hijrahnya itu adalah kepada Allah dan rasul-Nya. Tetapi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapat keuntungan di dunia, atau mendapat isteri, ‘ mendapat apa yang dia niatkan semasa dia berhijrah.”

2.      Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad menjelasakan. “ Percayalah, Allah tidak memandang tubuh saudara-saudara, tidak juga paras rupa saudara-saudara, tetapi Allahll memandang hati dan amalan saudara-saudara “. Direkodkan oleh Muslim.

Dari apa yang diterangkan oleh Al Quran dan hadis di atas cuba kita nilai dan hisbah diri kita sendiri, sejuahmanakah kita ikhlas dalam memasang niat untuk lakukan sesuatu perkara baik dalam bentuk ibadat khusus atau ibadat umum. Jika kita membiasakan diri memasang niat kerana Allah sudah pasti kerja yang kita lakukan itu dapat di sempurnakan dengan penuh ikhlas dan penuh dedikasi sehinggalah kita dapat leksanakan dengan sebaik mungkin. Sebaliknya jika kita niatkan sesuatu tindakan itu dilakukan kerana kepentingan dunia sudah pasti berlaku ketidak ikhlasan dengan Allah. 
Maka apa yang kita akan dapat adalah manafaat dunia semata-mata dan kita tidak mendapat ganjara pahala dari Allah. Maka kita akan jadi manusia yang rugi dan  tidak banyak membawa amal jariah untuk kehidupan yang lebih kekakal abadi di akhirat kelak , renung-renungkanlah . Wallahualam.

Sumber : Kitab Ryadus Solihin

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.