PASANG NIAT SERTA BERDOA UNTUK JADI SUAMI TERBAIK:
Secara reality dalam kehidupan “ pasang niat “ adalah kunci utama dalam apa jua tindakan. Mengikut ajaran Rasullah SAW “mulakan sesatu pekerjaan dengan niat kerana Allah”. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerja kerana Allah sudah pasti hasil dan natijah tindakan kita itu akan berlandaskan kepada syariah dan peraturan yang digariskan oleh Allah. Jika ini berlaku ianya akan memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Kerana sebarang kerja yang dimulakan dengan niat kerana Allah akan diberi pahala olehNya. Contohnya jika kita berpagi-pagi keluar rumah untuk pergi bekerja kerana mencari rezeki yang halal bagi membolehkan kita memberi nafkah kepada isteri dan memberi makanan dan tempat kediaman serta kendraan kepada ahli keluarga ianya akan dikira ibadah, sebaliknya jika kita tidak pasang niat ianya tidak akan mendapat ganjaran sebagai satu ibadah. Alangkah ruginya. Tetapi secara realitinya berapa ramai yang mengamalkannya.
“ Abang akan jadi suami yang terbaik untuk ayang, doakan semoga niat murni abang ini dikabulkan Allah” bisik ku kepada isteri pada malam pertama kami dahulu.
“ InsyaAllah. Jika niat abang begitu akan dikabulkan oleh-Nya” isteri berada disebelah ku. Sambil memandang ke mukaku dengan senyuman penuh pengharapan. Itulah janji ku kepada isteri yang tercinta, semenjak mula dulu, dan selama-lamanya. Mungkinkah apa yang berlaku kini sebagai hikmah Allah yang ingin menguji kesetiaan cinta kami
Reflek kepada realiti kehidupan saya, semasa mula-mula berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun 80an dahulu. Niat utama adalah untuk memilih wanita idaman ( beriman, berilmu,cantik,berada) untuk dijadikan isteri. Dengan tersematnya niat sebegini, mendorong saya tidak bersosial. Berbanding dengan pemuda lain yang pada masa itu telah bercouple semasa sedang menuntut di universiti lagi.
“ Nik kenapa dengan you ini, asik keseorangan di bilik asrama saja “ kata teman sebilik di asrama USM dahulu semasa saya di tahun pertama.
“ Member you semua ada makwe, kenapa you tak pasang satu” kata Lee yang berasal dari Johor. Dia mengikuti ijazah sains computer manakala saya dalam bidang perumahan dan perancangan.
“ Maaf Lee, saya mempunyai perinsip yang berbeza dengan mereka, jika saya minat seorng wanita saya akan jadi calon isteri, bukan untuk bersosial”
“ Apa salahnya kita kawan dulu, kemudian boleh jadi isteri bila dah graduate nanti”
“ Lagipun di U ni ramai freshi yang cum-cum, jangan lepas peluang Nik” Lee cuba menyakinkan aku supaya menerima pendapatnya.
“Sorry kawan, prinsip aku berlainan dengan you. Aku di didik untuk mencintai wanita hanya untuk dijadikan isteri, bukan untuk suka-suka, agamaku melarang bersosial antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim” Kata ku untuk memberi penjelasan.
Lee memandang kepada ku dengan seribu persoalan menampakan dia memerlu penjelasan lanjut.
Aku bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi hidayah sehinggakan aku mempunyai perinsip sebegitu semenjak remaja lagi.
Isteri yang dikahwini sekarang ini adalah wanita yang saya sembunyikan keinginanku kepadanya semasa bersama-sama menaiki bas untuk ke sekolah sejak hampir 2 tahun lebih. Bila kami terserempak hanya jelingan mata dan senyuman sahaja yang dizahirkan oleh kami, hasrat tersimpan di dalam hati masing-masing. Minat ku terhadap isteri sekarang ini disebabkan oleh kecantikan rupa parasnya yang tiada tandingnya bagiku pada masa itu. Kecantikannya yang mempunyai raut wajah yang sentiasa kelihatan muda (cute) dengan rambut ekar mayang, warna kulit yang puteh melepak, bentuk tubuh badan yang kurus ramping dengan ketinggian sederhana menyebabkan banyangan wajahnya sentiasa terbayang dalam fikiran. Mirip wajahnya hampir sama dengan pelakon filem dan drama popular pada tahu 80an.
“ Abang tahu tak, sebenarnya ayang dah jatuh hati kat bang semasa kita sama-sama tunggu bas untuk ke sekolah dulu” isteri memberitahu kepada ku pada malam pertama kahwin dahulu.
“ Patutlah, bila abang duduk sebangku di atas bas, ayang nampak malu-malu aja. ooo ada hati kat abang rupanya”
“ Ya lah, kalau tidak mana boleh kita kahwin”.
Begitulah ceritanya kami berdua, yang masing-masing menaruh harapan, tapi malu untuk berkat-kata, namum dengan takdir Allah akhirnya kami bersatu jua. Mungkinkah ini adalah realiti apa yang diperkatakan bawa jodoh seseorang lelaki atau perempuan telah ditentukan olehNya di Luh Mahfuz lagi.
Perkenalan kami secara serious terjalin setelah kami secara tidak sengaja, berjumpa pada suatu malam di tempat Persembahan Pentas di sebuah sekolah, bertembung dengan isteri yang pada masa itu bersama ibu dan keluarganya untuk menyaksikan persembahan tersebut.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini” itulah perkataan pertama yang saya lafazkan semasa memulakan cerita di malam itu.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini” itulah perkataan pertama yang saya lafazkan semasa memulakan cerita di malam itu.
“ Pagi tadi kita jumpa dekat stadium kan” jawab dia dengan mengukir senyum kepada saya
“ You kerja di mana” tanya saya kembali, setelah teguran mendapat jawaban.
“ I kerja di Teenas Travel, You pula kat mana” jawab dia sambil menatap kepada saya.
“ I belum kerja lagi, masih menuntut. Sekarang ni buat practical di JKR” jawab saya sepontan sebagai membalas soalan dia. Di dalam hati saya begitu gembira sekali, kerana gadis yang saya impikan sebelum ini telah dapat saya tegur dan dia memberi respon yang positif. Itulah detik pertama kami mula mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat.
Keesokan harinya pada waktu rehat tengah hari, saya bergegas ke stadium untuk mencari tempat kerja gadis yang saya jumpa malam tadi, Rohani namanya. Bila saya tiba di stadium, saya lihat dia sedang berada di kaunter. Pada hari itu dia memakai baju kebaya dan berkain batik jawa, kelihat dia begitu cantik dan ayu sekali.
“ Assalamualaikum,” saya meberi salam sebaik sahaja berada di depan kaunter.
“Waalaikumussalam” jawab dia ringkas sambil meberi senyuman.
“ Jumpa you cari pejabat I”
“ Dah dekat sini, memang mudah jumpa” jawab ku sembil memerhati kecantikan gadis yang ada di depan ku.
Hati mula terasa berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Aku rasakan sesuatu yang luar biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini akau tidak pernah bercakap dengannya, Cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa ku terhadap gadis yang ku idamkan sebelum ini.
Hati mula terasa berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Aku rasakan sesuatu yang luar biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini akau tidak pernah bercakap dengannya, Cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa ku terhadap gadis yang ku idamkan sebelum ini.
Selepas pertemuan di pejabatnya itu, kami telah beberapa kali bejumpa dan makan bersama di waktu rihat tengah hari. Seninggalah pada suatu petang selepas waktu pejabat. Kami minum di sebuah restoran “Santo Restaurant”. Semasa kami sedang minum petang bersama dan berbual-bual. Enatah macam mana aku telah meluahkan perkataan ini kepada dia.
“ I nak buat you sepecial girlfriend, ok tak”. Sambil mata ku melihat dengan mendalam ke matanya yang ayu itu.Kelitahan ada perubahan di wajahnya dan nampak tangannya agar terketar-ketar. Mungkin dia terkejut dengan luahan perasaan ku.
“ Betul ke ni” jawabnya ringkas, sambil memandang tepat kepada ku dengan seribu makna.
“ Memang betul, I serious ni” aku membalas soalanya dengan penuh bersemangat untuk memberi keyakinan kepadanya.
“ Ok, tapi I ni bukan berpelajaran tinggi macam you, student univesiti, I cuma SPM aje, nanti tak sepadan pula” dia mebalas soalanku dengan memerhati kedalam mata hitamku.
“ Itu bukan ukuran bagiku, yang penting you betul-betul mahu” aku memberi keyakinan kepadanya yang aku memang serious untuk memperisterikannya.
Semenjak pertemuan itu, kami sering berjumpa dan makan bersama di waktu rehat tengah hari, kerana pejabat tempat aku jalani praktikal tak samapai satu kilometer dari pejabat Teenaz Travel.
Setelah hampir tamat masa pratikal ku di Kota Bharu, akau telah memaklumkan kepada kedua-dua orang tu ku tentang hasratku untuk mencari pasangan hidup setelah tamat pengajian di U nanti yang hanya lebih kurang setahun lagi. Bapa dan ibu ku setuju dengan cadanganku, lebih-lebih lagi mereka berdua telah mendapat maklumat tentang perhubungan kami dari kak ku yang tinggal di kuaters tentera tidak jauh dari kuaters penjara bakal isteri tuning ku.
“ Ayahnda telah mengatur untuk masuk memimang dalam sebulan dua lagi, semoga anaknda tidak menjadi halangan dan diharapkan anaknda berti tumpuan kepada pelajaran di semester akhir ini semoga anaknada beroleh kejayaa”.
Aku begitu gembira sekali apabila menerima surat yang di kirim oleh ayah dari kampong. Keputusan itu agak memeranjatkan juga diri ku, kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat persiapan untuk pergi meminang.
Aku begitu gembira sekali apabila menerima surat yang di kirim oleh ayah dari kampong. Keputusan itu agak memeranjatkan juga diri ku, kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat persiapan untuk pergi meminang.
Tindakan itu mungkin mereka merasakan sudah tiba masanya bagiku untuk berumah tangga kerana tempuh penjagian di U telah hampir tamat. Mereka juga mungkin terasa perlu disegerakan memandangkan sebelum ini aku tidak pernah membuat perhubungan secara serious dengan mana-mana gadis. Juga mungkin ibu telah merancang perkhawinan ku di percepatkan memandangkan umur telah melewati 28 tahun pada tahun 1980.
Kami mengenali hatibudi masing-masing semasa tempoh pertunangan selama satu tahun lebih sahaja, itu pun berjumpa dua tiga kali sahaja secara bersemuka , selebihnya adalah melalui surat, disitulah diluahkan segala perasaan kami untuk mengenali dengan lebih dekat bagi mencari keserasian. Mungkin faktor jarak tempat tinggal yang menjadi penghalang, si dara di Kota Bharu, Kelantan dan si teruna di USM Penang.
Jika diimbas kembali niat aku pada mula kahwin dahulu, terdapat juga kelemahan diri ini yang jahil tentang tuntutan agama, kerana pada mula pasang niat itu, masih ada niat ego orang muda yang inginkan isteri yang cantik, yakni cantik rupa paras lebih diutamakan, kemudian barulah diikuti dengan ilmu agama, kekayaan, keturunan keluarga dan budi pekerti. Sedangkan dalam nasihat agama Islam kepada bakal suami supaya memberi keutamaan kepada pegangan agama dan amalannya, kemudian barulah diikuti dengan kencantikan, kekayaan dan kekeluragaan.
Bagai ku kecacatan yang dialami oleh isteri setelah kami berkahwin dan hidup bahagia bersama lebih 20 tahun, merupakan satu peringatan oleh Allah kepada ku bahawa jika kamu memilih kecantikan seorang wanita, ianya tidak akan kekal lama dan Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Nah sudah terbukti terhdap diri ini yang ada juga tersasar niat yang mendahulu kecantikan, kini dia menjadi kenyataan sebagai satu iktibar bahawa isteri yang dibanggakan kencantikan oleh ku sebelum ini sudah menjadi seorang wanita yang cacat. Bila ini telah berlaku membuatkan aku terasa sensitif apabila melihat orang yang cacat yang biasa dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Sedarlah wahai insan mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dia tidak diminta dilahirkan cacat – bukan salah ibu mengandung. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu mereka yang cacat atau OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama menikmati kebebasan kehidupan seperti orang normal. Bagi Allah rupa paras, sempurna atau cacat bukan menjadi batu ukur status seseorang. Allah menilai manusia berdasarkan keimanan dan ketaqwaan. Mereka yang tinggi nilai ketaqwaan adalah yang disanjung oleh Allah. Mereka inilah yang akan dimasukkan kedalam syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.
Bila dikenang kembali terhadap niat yang dipasang dahulu ada juga unsur mengikut hawa nafsu, kini Allah tunjukkan kebesaran kekuasaanNya untuk mengubah segala kejadian insan. Pengajaran yang amat mendalam kepada diriku yang hina ini bahawa kita hendaklah sentiasa ikhlas apabila memasang sesuatu niat untuk lakukan sesuatu bagi mendapat keredaan oleh Allah.
Mujurlah pada awal kahwin dahulu telah disemat niat dikalbu bahawa daku akan menjadi suami yang terbaik kepada isteri dan anak-anak yang akan dilahirkan kelak serta cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang disenangi oleh keluarga dan ipai duai. Niat ini Alhamdulillah Allah telah makbulkan walaupun tidak 100%. Ini aku luahkan kerana Allah telah memberi ketabahan, kecekalan, dan kemampuan fizikal kepada ku untuk menghadapi kesusahan menjaga isteri yang lumpuh sehinnga kini telah menjankau tempoh masa hampir 15 tahun. Hidayah Allah membuatkan terdengar suara-suara pujian dari sanak saudara bahawa aku mampu bersabar untuk menjaga isteri yang sakit lumpuh dan perlu dicontohi oleh keluraga yang lain. Sebenarnya pujian sebegini membuat aku lebih khuatir untuk menerimanya, kerana kita belum tahu masa depan kita adakah ianya akan sentiasa baik seperti hari ini atau hari semalam atau hari-hari sebelumnya. Kerana sejarah telah mencatatkan banyak cerita kejayaan seseorang pada mulanya dan setelah meniti kemuncak kejayaan dia mula lupa diri dan akhirnya kecundang dengan sifat ego yang begitu tinggi hingga akhirnya dia mula dikutuk dan dikeji. Ya Allah aku momohon supaya Engaku jauhkanlah sifat sebegini terhadap diriku dan keluarga serta sahabat karib ku ini. AminYa Rabil Alamin.
Sungguhpun begitu terdengar juga rungutan seorang dua ipai dua yang merasa iri hati terhadap kemampuan ku menjaga isteri yang sakit dan juga menyebabkan mertua ku telah menetap di rumah ku hampir 15 tahun, kerana mertua begitu rapat dengan isteri ku. Perasaan tidak puas hati ini timbul kerana bila mererka mengajak ibunya untuk berziarah ke rumah mereka , pelawaan itu sering di tolak dengan alasan dia tidak sanggunp meninggalakn anak perempuanya yang sakit lumpuh keseorangan, jika mertua ku pergi pun hanya untuk semalam dua sahaja. Membuatkan mereka mula sedikit renggan berhubung dengan kami. Namun begitu daku diberi hidayah oleh Allah untuk menjadi isu sebegini sebagai isu kecil yang pasti dihadapi dalam kehidupan kita. Allhamdulilah salitulrahim kekeluargaan dapat saya kekalkan.
Kadang kala kita telah pasang niat dengan begitu baik sekali untuk menjadi suami, yang beriman dan bertaqwa, dapat membimbing keluarga menjadi orang yang soleh dan solehah.Tetapi yang menentukan pencapainnya adalah Allah Yang Maha Berkuasa.Manusia hanya merancang tetapi Allah yang tentetukan pencapaiannya.
Pengajaran dan iktibar:
1. “Faktor kebahagian rumah tangga amat bergantung kepada niat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Jika niat berkhwin untuk mendapat keredaan Allah, akan mebuahkan sikap yang terpuji diantara suami dan isteri. Pergaulan dalam melayari bahtera rumah tangga akan didasarkan kepada hukum yang di gariskan oleh al-Quran dan Hadis. Rumah tangga akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah. Perhubungan kekeluargaan sentiasa ceria dan aman damai . “Perkahwinan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat – InsyaAllah”.
2. Perkenalan atau pergaulan yang melapau diantara teruna dan dara semasa alam perkenalan dan pertunangan , boleh menyebabkan berlakunya perasaan anti klaimik setelah mereka berumah tangga. Situasi ini akan menyebabkan mudah berlaku perbalahan bila ada masalah dalam rumah tangga dan akhirnya mudah menjurus kepada perceraian. Bila perceraian berlaku, anak-anak akan jadi mangsa dan berkemungkinan akan menjejaskan pencapain akadamik mereka dan seterusnya menjadikan masa depan mereka agak muram. Banyak kes perpisahan suami isteri yang mengakibatkan anak yang kurang mendapat belaian kasih sayang ibu bapa, akan terjebat dengan penyalahan gunaan dadah atau lain-lin masalah sosial . Berkesudahan menjadi penagih tegar dan mendatangkan masalah kepada masyarakat dan Negara.
3. Faktor kecantikan rupa paras semasa memilih pansangan hidup janganlah dijadikan faktor yang utama, kerana kecantik sesorang boleh berubah dalam sekelip mata jika dikehendaki oleh Allah contohnya ratu cantik yang digilai oleh ramai pemuda boleh jadi hodoh sekelip mata jika mukanya terkena asid atau terlibat dalam kemalangan. Oleh itu jangan jadi alasan sangat untuk memilih wanita yang cantik. Lebihlah kepada kepetingan wanita yanga mempunyai nilai keagamaan dan budi pekerti yang mulia. Sifat ini adalah lebih kekal lama dan akan memberi banyak manafaat dalam kehidupan berumah tangga. Isteri yang soslehah akan menyenangkan hati suami dan dapat mendidik anak-anak ke jalan syurga.
4. Mengikut statistik perceraian yang dikeluarkan oleh Majlis-majlis Agama di seluruh Malaysia, bilangan peceraian dikalangan suami isteri di Malaysia adalah agak tinggi, dikatakan setiap hari berlaku 6 peceraian. Hampir 80% perceraian yang berlaku adalah dari pasangan yang mendapat restu keluarga semasa kahwin dahulu. Kenapa hal ini berlaku, mungkinkah kerana mereka ini telah lama mengenali di antara satu sama lain yang menyebabkan sukar mencari jalan bagi mencapai persefamanan bila timbul sesuatu isu atau boleh jadi kerena suami dan isteri tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna untuk mengurus rumah tangga mereka.
5. Dalam realiti kehidupan kebolehan atau pencapaian yang dilakukan oleh seseorang itu, tidak semestinya akan mendapat pujian dan sokongan oleh semua pihak, malah sudah pasti ada yang meremehkan kebolehan seseorang kerana mereka membuat penilaian berdasarkan persepsi berbeza. Bagi si pelaku pula jika dia melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah dan telah dipastikan ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah, maka kita perlu bersyukur walaupun tidak dipuji dan disanjungi oleh ramai orang.
6. Islam menilai kedudukan seseorang di sisi Allah adalah mereka yang tinggi nilai iman dan taqwa adalah mereka yang berjaya dalam kehidupannya. Mereka inilah yang akan mendapat tempat di syurga Jannah yang penuh dengan kenikmataan. Oleh itu setiap insan perlulah menggunakan kehidupan dunia ini untuk mendapat keredaan Allah dengan meningkatkan keiman dan ketaqwaan.
7. Bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja, ianya akan menjadi mudah, kerana orang yang ikhlas sentiasa mendapat pertolongan dari Allah kerana mereka ini membuat seuatu kerja bukan untuk di puji oleh manusia, tetapi dilakukannya kerana ada perasaan tanggung jawab dan takut kepada azab Allah jika tidak dilakukan segala amah Allah kepadanya. Orang yang ikhlas dapat memempuh ujian dengan tabah dan dedikasi, kerana dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Bila ditimpa musibah dia akan bersabar kerana dia yakin dengan penuh kimanan bahawa Allah berikan musibah itu sebagai ujian bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan ketaqwaan. Orang yang ikhlas yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia akan mengantikan sesuatu musibah itu dengan nikmat yang lebih baik daripada sebelumnya. Untuk itu kita perlu sabar menanti masa akan tiba segal rahmat dan nikmat Allah itu. “Allah bersama-sama orang yang sabar.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.