PENGORBANAN SEORANG SUAMI : Menempuh dugaan hidup menjaga isteri lumpuh hampir 15 tahun...
CINTA SUCI SEORANG SUMI
Amalan-amalan yang ditulis dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam menghadapi dugaan Allah untuk mengurus dan menjaga isteri yang ditakdirkan lumpuh sebelah tubuh selepas menjalani pembedahan kepala pada 2 Mac 2001. Pembedahan yang dilakukan oleh doktor pakar neurosurgeon adalah satu-satunya ikhtiar yang ada pada masa itu bagi menyelamatkan nyawa isteri saya yang koma selama dua hari setelah berlaku pendarahan dalam otak. Mengikut doktor, penyakit yang dihadapi oleh isteri saya ini adalah berkaitan dengan ganetik yang mungkin berlaku atas nisbah 100 ribu hingga 150 ribu orang manusia, seorang yang akan mengalami penyakit ini. mengikut istilah kedoktoran penyakit ini dikenali sebagai “Arterio-Venous Malformation” (AVM).
Oleh kerana jalinan cinta dan kasih sayang kami teramat jitu berdasarkan cinta kerana Allah semenjak kami mula diikat dengan tali perkahwinan pada 21 Ogos 1980, hubungan suami isteri kami begitu bahagia, aman damai dan harmoni sekali
Allah yang Maha Mengetahui telah mencuba kami, mungkin untuk menguji sejauh mana cinta yang dilafazkan oleh kami berdua adalah ikhlas atau sebaliknya. Kami di uji dengan dua ujian besar, Pertamanya saya di uji dengan kesakitan lutut kanan pada usia perkahwinan kami mencapai usia 3 tahun lebih. Kesakitan itu membuatkan saya tidak dapat bekerja hampir enam bulan, kaki kanan disimen untuk tempoh satu tahun. Pada masa itu isteri tersayanglah yang menguruskan segala kerperluan peribadi saya sperti mandi manda, ke tandas samada buang air kecil dan besar. Isteri melakukan semua dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang rungutan dan keluhan. Subahanallah betapa sitianya isteri kepada suami.
Setelah ujian pertama dapat kami tempuhi dengan penuh sabar dan ketabahan, Kami telah berjaya mencapai kebahagiaan berumahtangga hampir 20 tahun. Allah sekali lagi memberi ujian yang lebih getir, dimana isteri yang tercinta pada 2 Mac 2001, telah mengalamani pendarahan dalam otak akibatnya beliu telah koma selama dua hari dan pembedahan kepala terpaksa dilakukanntuk meyeamatkan nyawanya.

Alhamdulillah isteri telah dapat dipulihkan dari koma, namun kesedarannya dengan kekurangan sifat semulajadi dimana tangan dan kaki kanan tidak dapat digerakkan dengan sempurna (lumpuh sebelah tubuh). Sungguhpun begitu saya dan anak-anak tetap besyukur kehadarat Allah SWT kerana telah dapat menyelamatkan nyawa isteri saya. Beliau mampu untuk terus hidup di dunia ini sehingga ke masa kini. Anak-anak kami masih dapat melihat wajah mamanya dan begitulah juga cucu-cucu kami masih boleh bermanja dengan “tokma”mereka dari masa ke semasa. Lebih-lebih lagi bila tiba hari raya rumah kami masih riuh rendah dengan gelak ketawa anak cucu. Sungguh membahagiakan….. Kami bersyukur di atas RahmatMu Ya Allah.
Atas kesyukuran itulah saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga isteri yang lumpuh sebaik mungkin, Sehingga membolehkan isteri terus hidup dan dapat terus memberi kasih sayang kepada anak-anak kami seramai 7 orang dan yang paling penting bagi saya ialah untuk memberi kesih sayang dan harapan kepada anak bongsu kami pada masa itu berumur 4 tahun. Peringkat umur kanak-kanak yang belum begitu mengerti apa-apa dan amat memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu untuk membesar dengan sempurna sehingga dapat berdikari dan berkerjaya.
Atas dasar itulah saya bertekad untuk “BERKORBAN” tenga dan masa bagi menjaga isteri sebaik mungkin, demi kebahagian anak-anak dan keluarga. Saya rela berkoban segala-galanya demi menjaga isteri dan juga tidak mengabaikan peranan saya sebagai ketua keluarga. Oleh itu saya terus berhidmat sebgai seorang Pengurus Kanan di sebuah syarikat swasta di samping menjaga keperluan isteri dan anak-anak di rumah. Saya telah menggunakan segala ilmu yang ada di dada, baik llmu duniawi sperti ilmu pengurusan, ekonomi, psaikologi serta ilmu agama bagi mencapai cita-cita saya untuk menjadi peneraju keluarga serta mengelakkan saya kecundang di pertengahan jalan. Ya Allah berilah hidayah dah kekuatan mental dan fizikal kepada hamba-Mu ini untuk meneruskan khidmat bakti kepada keluarga sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Mu ke atas seorang suami dan bapa.
Alhamduillah, Allah telah kurniakan hidayah kepada insan yang kerdil ini untuk terus tabah hati dengan menjalankan kedua-dua tugas penting di rumah sebagai “suri rumah” – melakukan semua kerja-kerja rumah dan menjaga isteri yang sakit dan dua orang ibu yang sudah lanjut usia. Manakala di pejabat pula sebagai seorang Pengurus Kanan yang bertanggung jawab terhadap kerjaya pekerja dibawahnya yang berjumlah lebih 500 orang.
Oleh kerana saya begitu komited dengan niat cinta suci kami yang dilafazkan sebelum ini, dan juga komitmen saya untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik sebagaimana di anjurkan oleh Islam. Pejam celik-pejam celik saya mengharungi segala kepayahan dan kesusuhan hampir 15 tahun.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini keadaan isteri bertambah baik dan saya tidak merasa sebarang masalah dan tidak juga timbul perasaan jemu. Malah timbul satu perasaan seronok melakukan kerja-kerja rumah setiap hari dan kini telah menjadi rutin kehidupan saya seharian. Mungkin semua ini adalah kerana Allah telah memberi hidayah kepada hamba- Nya yang kerdil ini atau mungkin juga kerna adanya sikap ikhlas untuk melakukan semua itu sebagai satu tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada saya sebagai seorang suami, bapa, ketua keluraga dan juga ketua jabatan.

Bila difikirkan kembali bagaimana saya mampu melakukan ini semua, saya sendiri tidak terfikir ianya dapat dicapai. Namu suasana dan masa telah membuktikan bahawa Allah Yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Adil, tidak akan memberi sesuatu musibah atau ujian kepada seseorang insan sekcuali dianya mampu untuk menghadapinya.” Allah HuAkbar……….”
Sebagai tanda kesyukuran yang tidak dapat saya huraikan dengan perkataan dan tulisan dengan pena terhadap anugerah Allah kepada saya insan yang kerdil ini, sehingga mampu menjadikan diri ini sebagai seorang suami yang sabar, tabah dan ikhlas untuk meneruskan cinta yang dilafazkan bersama isteri semenjak kami mula berkenalan dahulu sehinggalah kami berkahwin dan beranak cucu. dan dapat terus memupuk jalinan cinta suci dan kasih sayang kami sehingga ke hari ini walapun isteri telah lumpuh hampir 15 tahun. dalam tempoh perkahwinan kami berusia 35 tahun…… Alhamdulillah. Kini saya dan isteri telah mencapai umur warga emas ( saya 61 tahun lebih dan isteri 56 tahun). Semoga cinta suci kami ini akan berkekalan sehingga ke syurga. InsyaAllah.
Beberapa orang kawan yang rapat dengan saya, yang mengetahui cerita pengorbanan saya menjaga isteri yang lumpuh, telah memberi cadangan supaya saya membukukan segala pengalaman yang dilalui serta amalan yang dipratikkan dalam kehidupan seharian yang membolehkan saya melakukan semua kerja rumah dan juga tugasan di pejabat sehingga dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Untuk itu saya telah membuat rujukan kepada dua orang ustaz tentang hukum menulis cerita peribadi sebegini, saya dimaklumkan bahawa ianya patut dirakamkan dalam bentuk buku supaya dapat dirunjuk oleh orang lain pada masa-masa hadapan. Mereka berpendapat tidak ramai suami yang mampun melakukan tugas sebagai “suri rumah” apabila isteri sakit lumpuh berpanjangan dan juga terus berbakti sebagai seorang bapa dan juga ketua jabatan di tempat kerjanya.
Oleh itu dengan penuh rendah dirinya saya merasakan amat penting bagi saya untuk berkongsi sama pengalaman suka - duka dan jerik- getir kehidupan kami berdua dalam meneruskan cinta ulung kami sehingga ke Syurga……
InsyaAllah. Semoga dapat ianya di kongsi bersama oleh masyarakat sebagai satu teladan atau sempadan terutama kepada bakal suami dan isteri. Ianya juga mungkin dapat dijadikan garis sempadan kepada suami atau isteri yang pasanganya menghadapi penyakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi sepenuhnya setiap hari dalam tempoh yang lama. Mudah-mudahan kegembiraan dan pahit maun yang kami lalui itu boleh di jadikan pedoman dan sempadan. Mana-mana kelemahan dan ketidak sempurnaan yang telah kami lalui itu dapat dijadikan sempadan supaya saudara se Islam lain tidak akan terjerumus ke kancah masalah atau penderitaan yang telah kami tempuhi.. Semoga cerita tentang liku-liku kehidupan yang kami alami ini dapat dijadikan sebagai satu sumbangan dari hambanya dalam melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai kebahagia di sepnjang kehidupan berkelurga mereka.
“Ya Allah engaku teruskanlah memberi hidayah kepada ku untuk terus istikomah dalam menjalankan tanggung jawab ku sebagai seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anak ku. Dan Engkau jauhkanlah diri ku dari sifat riak takkabur dan membangga diri, kerana sifat sebegitu akan menghalang habamu dari memasuki Syurga Mu yang penuh nikmat. Amin Ya Rabil Alamin.”
Selamat Membaca.
RAIHAN PAHIMI
1 Septemberl 2014.
Panji, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Malaysia
Malaysia
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.