RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 17 April 2015

bersedekah mengundang rezeki

MUDAHNYA MENGUNDANG REZEKI



BERSEDEKAH MENYEBABKAN MURAH REZEKI 


Kehidupan manusia sememangnya memerlukan wang dan harta benda bagi membolehkan kita hidup dengan sempurna bersama keluarga. Oleh itu mencari rezeki oleh seorang suami adalah perkara yang wajib bagi membolehkan ianya menunaikan amanah untuk menyara isteri dan keluarganya. Islam menanggap kerja mencari rezeki yang halal mengikut syaariah adalah satu ibadat yang akan memperolehi ganjaran pahala dari Allah.

Sungguhpun begitu rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang insan bergantung kepada usahanya dan bagaimana  ianya bersyukur diatas rezeki kurniaan Allah itu. Ada beberapa rahsia untuk murah rezeki tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah adalah satu kaedah yang di anjurkan oleh Islam untuk menjadi kita murah rezeki dan kaya.. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu  akan murah rezeki dan boleh menjadi kaya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi Muhammad  s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Ganjarant bagi orang yang bersedekah dengan ikhlas  amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita  amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah Maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah akan Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t. 



Firman Allah s.w.t.: “Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Keberkatan Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya  keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)

Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.

Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang.
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

Realiti Kehidupan tentang murah rezeki:
Hari ini penulis telah mengalami sendiri bagaimana sedekah akan dapat memurahkan rezeki. Ceritanya begini. Pada pagi ini penulis hanya mempunyai wang untuk kegunaan keluarga hanya RM25.00 sahaja. RM10 telah diberi kepada anak untuk belanja makan di tempat kerjannya (kerana dia baru bekerja dan belum mendapat gaji). Kira-kira waktu tengah hari seorang pekerja Syarikat Telikomunikasi datang ke rumah penulis untuk membaiki internet yang rosak beberap hari lalu. Setelah dia selesaikan kerja-kerja pembaikian lebih kurang satu jam talian internet telah dapat berfungsi seperti biasa. 
Penulis menjemput beliau minum kerna menjadi kelaziman penulis menghidangkan sedikit minuman ringan bagi sesiapa yang berkunjung kerumah, ini juga satu amalan yang dipesan oleh orang tua bahawa tatamu yang datang ke rumah kita akan membawa pintu rezeki. Oleh kerana pekerja berkenaan mahu cepat untuk pergi ke lokasi lain untuk baiki satu lagi aduan kerosakan. Ia tidak sempat minum. Oleh itu bagi membolehkan ianya minum  penulis memberi RM10.00 kepadanya sebagai belanja minum air. Pada mulanya memang dia tidak mahu ambil wang berkenaan, tetapi setalah di minta berkali-kali olah penulis ia mengambilnya walaupun kelihatan diwajahnya amat berat sekali.

Dengan pemberian itu, bagi duit yang ada dalam dompit penulis hanya RM5.00 sahaja. Penulis hanya mengharapkan cek yang belum di cashkan akan dapat mendanpung perbelanjaan untuk esok dan hari-hari berikutnya. Sungguhpun begitu Allah telah memperlihatkan kepada penulis bahawa apa yang diceritakan di dalam Al-Quraan tentang bersedekah akan di bukakan pintu rezeki. Telah di buktikan kepada penulis kebenaran ayat-ayat Allah itu kerana pada sebelah petang jam 6 petang. Anak penulis yang pulang dari tempat kerjanya datang membawa wang tunai RM1,500.00 yang dikirimkan oleh kawan penulis sebagai duit yang dijanjikan untuk dipinjamkan beberapa hari lepas. Subahanallah. Betapa benarnya ayat-ayat Allah yang di catit di dalam Al-Quraan.

Inilah reality kehidupan yang di janjikan Allah s.w.t.  “ALLAH HU AKBAR

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.