Hukum Hudud adalah untuk pengajaran dan pencegah - intipati khutbah Jumaat .
Intipati Khutbah Jumaat Masjid Mukim Panji -6/6/2014 (Hukum Hudud)
Khatib menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan
melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan penuh kesabaran dan kepatuhan. Islam datang untuk menyelamatkan manusia daripada terpesong dari landasan kebenaran, oleh itu Islam amat menitikberatkan untuk menjaga dan memelihara perkara asas dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan.
melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan penuh kesabaran dan kepatuhan. Islam datang untuk menyelamatkan manusia daripada terpesong dari landasan kebenaran, oleh itu Islam amat menitikberatkan untuk menjaga dan memelihara perkara asas dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan.
Islam menghalang jenayah murtad demi menjaga akidah dan agama, Islam mengharamkan membunuh bagi memelihara nyawa, mengharamkan mencuri dan merompak untuk menjaga harta manusia, mengharamkan minum arak untuk memelihara akal manusia dan melarang melakukan perbuatan zina demi menjaga menjaga kehormatan dan kemuliaan nasab keturunan.
Hukum Islam adalah dicipta khas oleh Allah SWT untuk mendidik dan mencegah umat manusia dari melakukan perbuatan keji dan munkar secara yang paling berkesan, contohnya hukum keatas pencuri sebagaimana firman Allah SWT : “ Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukuman) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,(juga sebagai) satu hukuman pencegahan (pendidikan) dari Allah dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.(Al Anbia’:ayat 38)
Cara perlaksaan hukum sebat, memotong tangan dan hukum bunuh yang dijalankan dihadapan orang ramai akan membuatkan para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar merasakan bahawa mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Disinilah terletaknya factor-faktor keberkesanan hukuman hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang berkesan sehingga membuat setiap orang bercita-cita untuk melakukan jenayah-jenayah hudud yang keji itu terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke alam jenayah itu. Masyarakat perlu diberi kefahaman yang jelas bahawa hukum hudud itu adalah bersifat mencegah dan mendidik.
Dalam melaksanakan hukuman bagi kesalahan yang berkaitan hudud, tidak semudah yang disangkakan. Sesuatu kesalahan yang dinyatakan mestilah dengan penuh keyakinan yang betul dan tepat dan tidak juga mengandungi sebaran keraguan, Nabi Muhammad SAW bersanda: maksudnya “Ketepikan hukum hudud sekiranya terdapat keraguan (subahah)
Hukum hudud walaupun bersifat mandatory amat sukar dilaksanakan melainkan keatas penjenayah-penjenayah yang amat jahat dan benar-benar wajar di hukum atau penjenayah yang amat jujur dan tinggi keinsafan dan ketaqwaannya hingga sanggup minta hukuman dijalankan keatasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak membuat pengakuan seperti itu sebagaimana kisah dalam hadis Rasullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abas R.A. Kes Muaz bin Malik yang mengaku di hadapan Rasullah SAW bahawa dia telah berzina, lalu Baginda Sabda Baginda :
“ Barangkali engaku baru mencium atau baru memegang sahaja atau engkau baru melihat”, “tidak ya Rasullah”, lalu Rasullah SAW bertanya: “adakah kamu telah ‘Mohsan’” Muaz menjawab “ya aku telah mohsan’. Maka Rasullah SAW memerintahkan sahabat-sahabat merejam Muaz.(Hadis riwayat Bukhari).
Hukum hudud adalah satu hukum yang berbentuk pendidikan dan pencegahan. Pendidikan dan pencegahan dapat dihasilkan melalui kesan perlaksanaan hukum hudud sebagaimana berikut:
1. Individu : Hukum hudud yang dilaksanakan mendidik manusia menjadi insan yang bermanafaat kepada dirinya sendiri dan alam sejagat, mencegahnya daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang melanggar syariat Allah SWT serta dapat menghalangnya daripada melakukan kesalahan yang seterusnya.
2. Masyarkat: Dengan perlaksanaan hukum hudud ini, ia dapat mewujudkan dan melindungi maslahah umum dan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan. Didalam masyarakat manapun ada orang jahat sebagaimana juga dalam badan manusia, pasti ada penyakitnya sama ada banyak atau sedikit. Seseorang pembunuh atau penjenayah adalah manusia berpenyakit dan sangat berbahaya dalam kehidupan masyarakat. Adanya penjenayah pasti akan mengugat ketenteraman masyarakat. Dalam hal ini peranan syariat dalam mengubati masayarakat sama seperti peranan seorang doktor mengubati pesakit (jika pesakit kencing manis yang serius, anggota badan yang luka teruk perlu dipotong),
3. Agama: Perlaksanaan hukum hudud dapat memberi gambaran positif kepada penganut-penganut agama lain tentang agama Islam. Ini kerana perlaksanaan sistem ini amat memerlukan ketepatan bukti, ketelitian,keyakinan, adil dalam meletakkan keputusan, tegas dalam melaksanakan hukum dan mempunyai rasa belas terhadap pesalah yang tidak memenuhi syarat-sayarat hudud atau menarik balik pengakuan.
4. Negara: Perlaksanaan system hukum hudud ini dapat melahirkan Negara yang jauh lebih aman, makmur, penuh dengan keberkatan, keampunan dan rahmat Allah SWT.lam adalah agama yang lengkap dan penuh kesempurnaan. Maka kita sebagai hamba Allah SWT sentisasa mematuhi segala bentuk arahan daripada Allah SWT dan meninggalkan segala larangan.
Melaksanakan hukum Islam, antaranya termasuklah perlaksanaan hukum hudud, qisas dan takzir merupakan satu tanggung jawab dan amanah untuk mentadbir, mengurus dan permerintah hendaklah sedaya upaya berusaha untuk memastikan undang-undang Allah ini dapat dilaksanakan. Kita semua akan dipersoalkan dan dipertanggung jawabkan oleh Allah Rabul Jalil di hari akhirat kelak mengikut bidang kuasa yang ada pada diri masing-masing semasa di dunia. Apakah kita tergolong dalam golongan mereka yang menentang syariat Islam atau tergolong dalam kalangan mereka yang berusaha dan berikhtiar untuk melaksanakan undang-undang Alallah SWT ?. Semua pihak mestilah BERSATU dalam menjayakan syariat yang murni ini. Masyarakat hendaklah diberi kefahaman yang secukupnya tentang undang-undang Allah SWT ini dan ianya merupakan sebahagian daripada amanah Allah SWT. Sebarang kekeliruan dan salah anggap perlaksanaan undang-undang hudud ini hendaklah ditangani dengan cara yang hikmah dan bijaksana. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.