RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 18 April 2015

HIDUP PENUH DUGAAN DAN CABARAN

Hakikat Kehidupan Penuh Cabaran Dan Dugaan.


Semua manusia yang hidup di dunia mahukan suasana kegembiraan dan kesengangan pada setiap masa. Jika boleh semua oraang mahu sihat , banyak wang, kaya raya, selang linang dalam kehidupan mereka pada setiap zaman.  

Namun hakikat realiti kehidupan sebenar tidak akan panas sepanjag musin, hujan akan pasti akan tiba, hidup kita tidak akan sentiasa sihat, sakit pasti akan dirasai bila masa berlalu. Kadang kala kita akan rasai masa depan kita begitu tidak pasti. Kerana manusia hanya mampu merancang tetapi ketentuan Allah mengatasi perancanga kita.

Kenapa ini semu berlaku, kerana ianya adalah sunatullah. Setiap insan yang hidup di dunia ini akan di uji dengan pelbagai ujian oleh Allah.

"Apakah manusia mengira mereka diciptakan hanya sebagai permainan dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Allah, Maha suci Allah Tuhan yang benar, tiada Tuhan selain Dia pemilik Arasy yang Maha Tinggi...."

" Dan sesungguhnya tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu..."

Kini tahulah kita  hakikat kehidupan manusia akan di uji dari masa ke semasa.

Cuba kita hayati cerita ini.   “ Seorang hamba Allah telah pergi menangkap ikan. Semasa menurunkan pukatnya dia menyebut Nama Allah. Dia hanya mendapat seekor ikan yang kecil, kemudian terlepas pula. Seorang lagi juga pergi menangkap ikan tetapi menyebut mentera2 yang syirik, dia mendapat tangkapan yang banyak. Lantas malaikat bertanya tentang hal tersebut kepada Allah SWT. Lalu dibukakan tirai masa depan dan diperlihatkan kepada malaikat tentang anugerah yang diberikan kepada kedua-dua hamba tersebut. Ternyata yang menyebut nama Allah mendapat ganjaran yang amat besar di akhirat dan yang menyebut nama Taghut mendapat siksaan dan penghinaan diakhirat. Itulah hakikat kehidupan seorang yang mukmin, ganjaran yang besar menantinya di sana.

Ajaib urusan seorang mukmin. Apabila dikurniakan Allah kebaikan, Dia memuji Allah dan bersyukur. Apabila ditimpakan musibah, dia memuji Allah dan bersabar. Begitulah sifat seorang mukmin yang beriman dan taqwa akan sentiasa mendkati dirinya dengan Allah saban masa,

Jika kita mencari ketenangan dalam kehidupan dunia, ketengangan itu apabila kita mengingati Allah. Jika kita mencari kesenangan, tiada kesenangan dalam kehidupan dunia melainkan penuh cubaan dan pancaloba. Seorang mukmin adalah seorang yang berjaya dalam kehidupan kerana seluruh kehidupannya yang penuh ujian diletakkan di atas landasan keredhaan Allah.

Jika kita putus asa menghadapi cabaran hidup ini, seolah-olah kita mengharapkan mati sahaja kerana kehidupan ini diciptakan penuh dengan ujian dan dugaan. "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakan yang baik amalannya" Surah Al Mulk ayat 2.

Sahabatku setinggi mana pun perjuanganmu, jangan ditinggalkan perjuangan yang tinggi....menegakkan kalimah Allah. Perjuangan untuk menghayati islam sebgai Addin. Seluruh kehidupannya  berpaksi kan kepada Al Quran dan Sunnah.

Sahabat, perjuangan kita masih panjang ...tapi kehidupan kita sudah dipenghujungnya. Ayuh...bersegera kita menyahut seruan Allah.

Sahabat, seindah mana engkau menghiasi dunia ini, dunia ini tidak akan menjadi syurga bagi kita, dunia tetap dunia yang penuh suka dan duka.

Sahabat ku  Alam-alam yang telah kita lalui, sedang dilalui dan akan lalui :


     Alam ruh ====> Alam Rahim => Alam Dunia => Alam barzakh =======> Kiamat =================> Mahsyar =======> Syurga/Neraka



Sahabat ku, bersabarlah, perjuangan kita hampir selesai. Taman-taman syurga dan kehidupan penuh nikmat menantimu di sana.


KENAPA INSAN DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-rang yang  dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."  Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.