RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 17 April 2015

SURAH AL FATIHAH


Muqadimmah Surah Al-Ftihah

“Tafsir Pimpinan Ar-Rahman”


Surah ini dinamkan “AL-FAATIHAH” (Pembuka atau yang mula-mula). Ia juga dinamakan “Ummu’l-Quran” (Ibu Al-Quran) dan “Ummu’l-Kitab”(Ibu Kitab Suci) kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al-Quran diturunkan untuk menerangkan satu persatu iaitu:
1.     Menetapakan wujudnya Allah, yang mencipta seluruh alam, (Segala puji tertentu bagi Allah. Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam).

2.     Menyembut kesimpulan  sifat-sifat Al-Jalaal (Kebesaran)dan sifat-sifat Al-Kamaal (Kesempurnaan), sebagai (Yang Maha Pemurah  lagi Maha mengasihani).

3.     Menyatakan kepada manusia tentang hari kiamat yang padanya kelak ia akan menerima balasana amalnya, sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya (Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).Supaya seseorang tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata.

4.     Menerangkan tugas yang kernannya manuisa di ciptakan oleh Allah Taala sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya (Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkalulah sahaja kami memohon pertolongan)

5.     Memperkatakan tentang kelemahan  manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah Taala dan izinNya.

6.     Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohonkan daripada Allah Taala ialah memperoleh hidayah dan taufik yang membawa kebahagiaan, dan cara melaluinya(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus) Kerana telah sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuh,dan cara-cara melaluinya banyak, berbilang-bilang dan berlain-lain.

7.     Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat yang telah lalu dan hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang akan menyebabkan kebahagian mereka. Dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka. Sehingga adapatlah ia hidup di dunia dalam keadaan yang selamat dan berjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga.

Surah ini ini juga disebut( tujuh ayat yang di ulang-ulang) bacaannya dalam solat yang berbilang-bilang rakaat. Atau (tujuh dasar yang diulang-ulang)huraiannya di dalam Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan surah ini dengan sabdanya yang bermaksud; “Tidak ada didalam kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummu’l Al-Quran.

Demikianlah kelebihan surah Al-faatihah yang diwajibkan kepada orang yang mengerjakan solat membacanya. Sekurang-kuurang 17 kali sehari semalam. 

Wallahualam. (2 Ramadan 1435H

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.