Semua kita sedia maklum bahawa pebuatan rasuah adalah haram
mengikut kacamata hokum Islam dan tergolong dalam dosa-dosa besar. Sebagaimana
ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al Baqarah: 177:
Ertinya: “ dan janganlah kamu makan (atau mengamil) harta
(orang lain) diantara kamu dengan jalan salah dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana mendak makan (atau
megambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa pada hal kamu mengetahui (salahnya).
Allah SWT melarang hambanya daripada mengambil harta orang
lain dengan cara yang salah termasuklah melalui rasauah. Islam mengutuk
perbutan rasuah. Perbuatan itu bukan sahaja merusakkan hubungan dalam
masyarakat bahkan mencacatkan hubungan dengan Allah SWT. Mereka yang melakukan
jenayah rasuah, kalau pun terlepas daripada hokum didunia, pasti akan menerima
siksaan yang berat diakhiraat kelak.
Rasuah adalah perbuatan keji kerana pelakunya tekah
mengkhianati amanah. Sesungguhnya orang yang khianati amanah itu termasuk dalam
gulungan munafik. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga, jika dia
berkata-kata dusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia
khianati”.( HR: Bukhari dan Muslim)
Rasuah juga boleh mengakibatkan tertolakibadat solatt dan
doa orang seseorang hamba kepada Tuhannya. Alangkah ruginya kerana disebabkan
perbuatan rasuah, ibadat kita hanya sia-sia dan menjauhkan diri kita daripada
mendapat rahmat dan hidayah Allah SWT. Lebih malang lagi kesan daripada
perbuatan rasuah kita terdedah dengan malapetaka dan bencana dalam kehidupan.
Oleh itu pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian
diri agar kita tidak terlibat dengan amalan rasuah dan mencari rezeki yang
tidak halal sama ada sebagai pemberi rasuah, peneriama rasuah atau
perantaaranya.
Pembentukan peribadi kita dan anak-anak kita adalah berkait
rapat dengan sumber rezeki yang menjadi punca makanan yang akan menjadi darah
daging dalam diri kita. Rezeki yang halal akan membawa keberketan hidup di
dunia dan diakhirat. Isalam mengglakkan umatnya berkerjaya dan berusaha kerja
kerja adalah ibadah disisi Aallah SWT sekiranya dilakukan dengan ikhlas
mengikut hukum syarak.
Wallahu’alam.
Sumber : MAIK”
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.