JIN MASUK
DALAM TUBUH MANUSIA MELALUI LALUAN DARAH
Dikalangan masyarakat Melayu kepercayaan kepada ilmu sihir
dan santau masih lagi berluas-luasa sehingga kini. Sesungguhnya masyarakat
Melayu di zaman dahulu menggunakan sihir dan santau adalah untuk membuktikan
dirnya kuat dan mampu melakukan apa sahaja kepada musuh-musuhnya.
Setelah kesedaran Islam semakin mendalam di kalangan
masyarakat Melayu, perbutan sihir dan santau mula berkurangan kerana mereka
menyedari bahawa perbuatan sihir dan santau serta ilmu hitam adalah
bertenrangan dengan ajaran Islam. Ianya adalah satu perbuatan yang berdosa dan
boleh menjadi syirik kerana menduakan Allah.
Pengamal ilmu sihir , santau atau ilmu hitam akan menggukan
jin sebagai khadam mereka untuk menyakitkan seseorang yang ditujukan. Jini ini
akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran darah. Ini dibutikan dengan
ayat –ayat quran dan hadis Nabi SAW.
Diriwayatkan daripada Sofiah binti Huyai ra berkata: “Pada suatu malam ketika Nabi saw sedang
beriktikaf aku datang menghampiri baginda. Setelah puas berbincang-bincang
dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri
untuk menghantarku. Tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid.
Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Ketika mereka melihat Nabi saw mereka
mempercepatkan langkahnya. Lalu Nabi saw bersabda: "Perlahankanlah
langkahmu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai. "
Kedua-dua orang ansor itu berkata, "Maha suci Allah,
wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya
syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia Sebenarnya aku risau ada tuduhan
buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua," (Riwayat Bukhari di
dalam kitab I'tikaf hadis nombor 1894, 1897, 1898. - Etika hadis nombor 5751.
/ Riwayat Muslim di
dalam Kitab Salam hadis nombor 4041.
/ Riwayat Abu Daud di dalam Kitab Etika hadis nombor
4342.
4. Riwayat Ibnu Majah di dalam Kitab Puasa hadis nombor 1769).
Jin boleh keluar masuk dalam tubuh kita dengan sekehendak
hati mereka. Mereka boleh tinggal di mana saja dalam jaringan urat darah kita
yang mereka kehendaki, padahal kita tidak pernah merasakan kehadiran mereka.
Barangkali kita semua memang harus diruqyah, supaya jin yang
tinggal dalam urat darah kita itu tidak mampu menyekat aqidah Islamiyah kita,
sehingga kita terhindar dari perbuatan syirik dan bid'ah, tidak terkecuali
orang-orang yang ahli meruqyah?
Jin mempunyai keupayaan untuk masuk ke pembuluh darah yang
mempunyai sifat seperti sentruman yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga boleh
membisik-bisik, menghasut, dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa
nafsunya. Jin menyusup melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh
dan jin menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem saraf yang
berkaitan dengan fikiran, emosi, dan gerakan.
Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan
melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah
menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak
sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.
Kesimpulannya, jika benar jin berjasad halus seperti udara,
maka tidak mustahil bagi jin untuk masuk ke tubuh manusia seperti udara dan
nafas keluar-masuk tubuh manusa. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang
dimasukkan ke dalam sampul surat.
Oleh itu untuk menghindar jin daripada memasuki tubuh kita
dan mempengaruhi kita untuk melakukan perbuatan syirik maka kita perlu tahu
apakah kelemahan jin. Dengan mengetahui kelemahan jin itu, maka kita dapat
amalkannya supaya jin tidak lagi dapat memasuki badan kita dan mempengaruhi
fikiran kita untuk melakukan pelbagai dosa.
ENAM
KELEMAHAN JIN
Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang
tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan
bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah
beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:
1. TIDAK BOLEH MENGALAHKAN ORANG-ORANG SOLEH.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan
orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah
dalam surah al-Hijr ayat 39 -
"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau
telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik
(perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ".
(Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan
itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang
itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani
mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. SYAITAN TAKUT DAN
LARI OLEH SEBAHAGIAN HAMBA ALLAH
Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya
dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan
takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis
riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda kepada
Umar: "Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar" (HR.
Turmudzi).
Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir)
juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya.
Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut
ini:
"Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal
(mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat
mengawal untanya ketika perjalanan" (HR. Ahmad).
Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh
membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh
syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau
sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam
sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda:" Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin
(penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat ". Para
sahabat bertanya: "Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya
sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali
untuk kebaikan "(HR. Muslim).
3. JIN TAKLUK DAN
TAAT KEPADA NABI SULAIMAN.
Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin
dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini
sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur'an berikut ini dalam surat Shad ayat
36-38:
"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus
dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula
kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan
yang lain yang terikat dalam belenggu" (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan
atas doanya yang mengatakan:
"Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan
kepada seseorang setalahku" (QS Shad 38:35).
Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak
jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka
beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:
"Dari Abu Darda berkata:" Suatu hari Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah
mengatakan: "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian Rasulullah
Shallallahu' Alaihi wa Sallam juga berkata: "Allah telah melaknatmu"
sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau
sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya:
"Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum
pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan
anda ". Rasulullah menjawab: "Baru Iblis, musuh Allah datang membawa
anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:" Aku
berlindung kepada Allah darimu "sebanyak tiga kali, kemudian saya juga
berkata:" Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna
"sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya.
Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan
mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah "(HR.
Muslim).
4. JIN ATAU SYAITAN
TIDAK DAPAT MENYERUPAI RASULULLAH
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka
Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis
sahih dikatakan:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda:" Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah
melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku "(HR. Muslim).
5. JIN DAN SYAITAN
TIDAK BOLEH MELEWATI BATAS-BATAS TERTENTU DI LANGIT
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak
dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang
telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana
apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana
itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga
apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan
semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman
ayat 33-35).
6. JIN TIDAK DAPAT
MEMBUKA PINTU YANG SUDAH DITUTUP DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda:" Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika
menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan
menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab
adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan
bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan
lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di
dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian "(HR.
Muslim).
Setelah kita mengetahui kelemahan jin, maka marilah kita
cuba berlajar ilmu agama supaya kita dapat menjadi orang yang soleh dan juga
dapat mengamalakan beberapa perkara lain supaya jin tidak dapat lagi menguasai
minda kita untuk melakukan perbuatan mungkar dan dosa-dosa besar serta dosa
kecil yang di murkai Allah.
Wallahu’alam.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.