KISAH BENAR :
SUAMI BERLAKU CURANG
BERASAMA ADIK IPAR.
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia
setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu
menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik
ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik
saya.
Buat pengetahuan saudara, sememangnya rutin setiap pagi adik
ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas
sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat
kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap
hari.
Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.
Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju
tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada
mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah.
Reaksinya
sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks
oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika
isteri tiada.
Kini saya bimbang
perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks.
Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik
ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak
melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas.
Saya tidur lewat
dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya
menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa.
Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan
untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik
ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat
jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat
mengatasi masalah ini.
SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru
SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru
Kisah di atas adalah satu gambaran bagaimana permainan
syaitan untuk membawa manusia kelembah kehiaan dengan menghasut godaan nafsu
supaya melaukan perbuaatan terkutut (dosa besar) “ menghampiri zina”. Sedangkan
Allah telah berfirman dengan maksudnya jangan menghampiri zina.
Kejadian perbuatan main kayu tiga yang di paparkan di atas boleh berlaku
disebabkan beberapa perkara seperti berikut:-
1.
Perbuatan tinggal bersama bukan mahram sebumbung
memang di larang oleh Islam. Oleh itu kita sebagai suami hendaklah menjadi
pemimpin yang bertangung jawab bagi mempastikan suasana di rumah kita tidak
berlaku perkara yang bertentangn dengan syariat Islam. Sepatutnya dari awal
lagi suami perlu berbincang dengan isteri dan keluarga bahwa membiarkan adik
ipar tinggal bersama adalah satu tindakan yang bercanggah dengan syariat Islam.
\
2. Tindakan suami mengajak adik iparnya tidur
bersama ketika masuk ke biliknya; membuktikan bagaimana tipu daya syaitan telah
dapat menggoda manusia supaya melakukan perkara yang bertentangn dengan
syariat. Dengan tipu daya ini syaitan telah
berjaya untuk menunaikan janjinya menggoda anak cucu Nabi Adam supaya
bersam-sama mereka masuk ke dalam nerakan. Jadi perbuatan suami mengajak adik
iparnya supay tidur dekatnya adalah satu tindakan awal yang menjadikan
bermulanya masalah pebuatan maksiat ini. Oleh itu tindakan yang sewajarny di
ambil oleh suami ialah dengan melakukan solat taubat dan berbincang dengan
isteri untuk menghantar adik ipar pulang ke kuluarganya dan mencari alternative
terbaik untuk menjaga anak lelaki yang seorang itu.
3.
Perbuatan adik ipar yang ketagih seks adalah
berpuca daripada tindakan awal sudara yang mempelawa dia untuk melakukan oral
seks. Jadi disini kesalah itu adalah berpunca daipada suami sebagai abang ipar
sepatutnya tidak memulakan perbuatan maksiat itu. Lagipun adik ipar yang berumur
19 tahun adalah sememangnya usia yang masih mentah dan mudah tergoda dengan
ajakan nafsu serakah. Apabila dia dipelawa oleh saudara membuatkan dirinya
rasa dihargai dari segi kecantikan dan rupa bentuk tubuh seki yang menggoda
menjadikan dia bangga dengan diri sendiri, oleh itu ababila dipelawa untuk
melakukan seks oral dia menerimanya dan bila dah mula maka ketagihan seks mula
berlaku, lebih lebih lagi seorang wanita yang semangnya mempunayi kemahuan seks
yang tinggi daripada lelaki.
4.
Apa yang berlaku dalam kisah ini adalah tindakan
awal yang membiarkan perkara maksiat ( tinggal bersama mahram) adalah tindakan
yang tidak harusnya berlaku kerana bertentangan dengan syariat. Oleh itu apabila
kita membiarkan perkara yang bertenrangan dengan syariakt berlaku dalam rumah
tangga kita, maka datanglah syaitan untuk meghasut supaya dilakukan perbuatan
yang bertentangan dengan syariat dan akhirnya kita akan tergoda dengan hasutan
syaitan dan juga godaan nafsu serakah. Oleh itu perlu di ambil tindakan awal
balik kepangkal jalan dengan menghantar adik ipar pulang tinggal di kampung. Saudara pula perlu bertaubah nasuha. Sesungguhnya Allah Maha Penganpun dan Menerima taubat. Baliklah ke pangkal jalan dengan hidup berlandaskan syariat Islam dalam membina keluarga yang mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.