RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 25 January 2016

DUGAAN ALLAH SWT DALAM KEHIDUPAN



Tujuan Dugaan Allah swt Kepada HambaNYA.

Kehidupan di dunia Ini setiap insan pasti akan menerima ujian dari Allah SWT. Ujian yang didatangkan itu adalah berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Ada insan yang di uji dengan kesusahan dan penderitaan , ada yang di uji dengan kekayaan, kemwahan dan kesenangan.  Kebiasaannya kita akan mengeluh bila di ujin dengan kesusahan dan kesakitan atau kehilangan orang yang di sayangi. Ujian sebegini bisanya akan di insafi dan diratapi dengan kesedihan . Pada kelazimannya kebanyakan insan yang di uji dengan kesakitan atau penderitaan akan mudah memohon pertolongan  Allah SWT. Umpamnya kita akan berdoa kepada Allah dan mengadu kepadaNya.

“Ya Allah,kenapa berat sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah..
Apa dosaku sehingga aku diuji sehebat ini..
Aku tidak tahan Ya Allah..aku tidak sanggup lagi Ya Allah..”

Rintihan sebegini biasanya akan memberi keinsafan kepada insan yang di uji itu, dia akan dendekati Allah, bermunajat memohon keampunan dan portolangan untuk hapuskan segala ujian kesakitan dan penderitaan itu.

Sebaliknya ujjian yang diberi dalam bentuk kekayaan, kesennangan, pangkat, kuasa dan pelbagai kemewahan lain. Bisanya si penerima tidak akan terasa dianya di uji. Malah kebanyakannya akan merasakan mereka berjaya adalah atas usaha dan kebijaksanaan diri sendiri, bukannya pertolongan dari orang lain. Jika situasi ini berlaku dalam minda insan yang diberi ujian kekayaan dan kemehan, mereka akan mudah lupa daratan. Kebanyakannya akan jauh dari mendekatkan diri kepada Allah. Tapi tak dinafikan ada juga yang menerima ujian kekawaan dan kemewahan ini akan mensyukuri kepada Allah dengan memberi sumbungan kepada orang yang memerulukan seperti fakir msikin, anak yatim dan sebagainya.

Mungkin sahabat  sekalian pernah terdetik sebegini dalam hati tatkala diri dilanda badai ujian..berbagai ujian yang Allah swt uji ke atas umatNya seperti harta, kehilangan nyawa dan sebagainya..Namun..pernahkah kalian semua berfikir,apa hikmah di sebalik semua ujian2 ini?..
  • Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
  • Untuk membersihkan dan memilih, yang mana orang mukmin yang sejati dan yang mana orang2 munafik
  • Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi
  • Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa
  • Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian..
  •  
firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286-

"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Daripada ayat di atas..ketahuilah bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya..
tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa..sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..

Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian..(Albaqarah:214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"

Jika kita selidiki kebanyakan mereka yang berjaya dalam kehidupan semuanya telah melalui ujian getir dari Allah SWT. Mereka yang berjaya akhirnya adalah berkat kesabaran dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi segala kegagalan dam penderitaan yang dialami. Dan akhirnya mereka akan beroleh kejayaan sebagaiman yang Allah SWT janjikan.


Wallahu’alam.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.