CARA BERKOMUNIKASI DENGAN PESAKIT STROK
Strok boleh berlaku melalui 2 cara
- Salur darah ke otak disekat dengan ketulan darah.
- Aliran darah ke otak disekat disebabkan saluran darah yang tersumbat. Saluran darah tersumbat ini menyebabkan aliran darah ke otak adalah berkurangan. Kekurangan darah ke otak menyebabkan bahagian otak yang terlibat mengalami kekurangan oksigen dan nutrien seterusnya bahagian otak tersebut mati.
- Salur darah di otak pecah dan berdarah.
- Salur darah di otak pecah dan tisu-tisu otak di selaputi dengan darah. Darah yang meliputi bahagian otak yang terjejas memberi tekanan kepada tisu-tisu otak seterusnya menyebabkan tisu otak disekitarnya mati.
Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pemahaman dan
pertuturan pesakit strok mungkin terjejas. Selain itu sebelah tubuh mungkin
lumpuh serta sikap dan daya ingatan pesakit juga mungkin berubah.
Pesakit strok dan Afasia
Pertama sekali, ahli keluarga/ penjaga dan orang ramai perlu
memahami bahawa strok boleh memberi kesan kepada komunikasi bagi mereka yang
mengalaminya. Individu yang mengalami strok sering dikaitkan dengan masalah
tidak boleh bercakap selepas strok.
Afasia selalunya menyembunyikan pemikiran, idea, personaliti
dan kepandaian seseorang, walaupun semua ini masih ada di dalam diri seseorang.
Pesakit afasia mungkin akan mengalami satu atau lebih masalah
samada dalam memahami bahasa atau/ dan menggunakan bahasa dalam bentuk
pertuturan serta masalah dalam membaca dan menulis .
Afasia juga mungkin akan menjejaskan sedikit daya ingatan
seseorang.
Situasi ini dipanggil afasia
Sumber: worldaphasia.blogspot.com |
Bagaimana Cara Terbaik Berkomunikasi dengan Pesakit Strok
yang Mempunyai Afasia?
Dibawah ini diberikan garis panduan untuk berkemunikasi
dengan pesakit strok yang di keluarkan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia.
Bersama setip yang digariskan saya memberi komen berdasarkan pengalaman saya
menjaga isteri yang lumpuh 15 tahun dan juga kaedah yang saya gunakan untuk
membantu isteri yang strok untuk kembali pulih. Alhamdulillah kini percakapan
beliau telah kembali sembuh seperti normal.
Perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu seseorang
yang mengalami afasia
- Kurangkan atau hapuskan gangguan bising/ cari tempat yang sunyi untuk berbual. Contohnya tutup tv/radio.
( Memang
di peringkat awal pesakit strok sukar untuk bercakap, dan memerlukan kepada Suasana
yang sunyi dan senyap untuk membolehkan
pesakit bercakap dan juga memahami percakapan orang yang berkomunikasi
dengannya)..
- Dapatkan perhatian mereka sebelum bercakap dan lihat muka mereka ketika berkomunikasi.
( semenangnya
pada peringkat awal pesakit tidak mahu bercakap kepada orang yang dia tidak
kenali, walaupun dengan keluarga terdekat pesakit akan memilih untuk
berkomunkasi. Mungkin dia merasa malu kerana pertuturan yang tidak begitu jelas
selepas di serang strok. Jangan memaksa jika dia tidak mahu berkomunikasi, jika
di paksa pesakit akan menangis dan akan rasa tertekan. Keluarga perlu memahami
prubahan ini dan ia mengambil masa untuk pesakit pulih)
- Hanya seorang yang bercakap pada satu-satu masa.
(
Jika ramai orang bercakap pada satu-satu masa pesakit akan konfus, dan
menyebabkan dia sukar memahami apa yang ingin disampaikan kepadanya. Oleh itu
perlu bercakap secara (one to one) dan menggunakan bahasa yang mudah difahami
dan juga menggunakan memek muka dan bahasa isyarakt badan. Bila saya lakukan
kaedah ini pesakit berminat untuk berkomunikasi dan dalam masa dua tiga bulann
sahaja percakapan pasakit bertambah baik. Bila dia telah dapat memperbaiki
kebolehan bercakap, pesakit akan berminat untuk berkomunikasi dan keluarga
perlu bagi sokongan, walaupun pada peringkat awal agak susah kita hendak
memahaminya. Sokongan keluraga ( terutama keluaraga terdekat dengan pesakit
seperti suami/.isteri, ibu/bapa dan anak-anak).
- Berkomunikasi dengan cara orang dewasa bukan cara kebudak-budakkan.
(
Berkomunikasi dengan cara orang dewasa ini akan membolehkan pesakit mengigati
kembali perkataan yang sukar disebut olehnya serta dia akan mengembalikan
semula ingatan di fikirannya)
- Duduk berhadapan / bertentangan dengan pesakit.
( Inilah keadah yang saya selalu lakukan bila berkomunikasi dengan isteri
yang diserang strok. Cara ini secara emosi dapat mengembalikan keyakinan
pesakit untuk berkomunikasi dan dimindanya akan rasakan bahawa dia dilayan
dengan baik walaupun percakapannya sukar untuk di fahami. Lama –kelamaan dia
akan dapat memulihkan ingatan secara berdikit demi sedikit dan cara ini juga
dapat memberi keyakinan kepada pesakit yang dia masihdisayangan dan diberi
perhatian oleh keluarga walaupun dirinya dilihat sebagai orang yang kurang
upaya selepas di serang strok)
Membantu individu yang mengalami afasia dalam memahami
pertuturan
- Beri hanya satu maklumat pada satu masa.
- Beri banyak masa untuk mereka faham apa yang anda cakap.
- Bercakap dengan menggunakan ayat yang pendek dan mudah.
- Guna kadar pertuturan yang perlahan.
- Guna isyarat badan dan ekspresi muka untuk membantu mesej anda difahami.
- Guna tulisan dan lukisan untuk menyokong apa yang anda cakap.
- Guna soalan ya/tidak. Contohnya "Ayah nak minum kopi?" daripada "Ayah nak minum apa?"
Membantu individu yang mengalami afasia dalam
menyampaikan mesej/kehendak mereka
- Beri masa untuk mereka luahkan apa yang mereka rasa.
- Galakkan mereka menggunakan cara lain untuk membantu komunikasi (isyarat badan, penulisan atau lukisan).
- Lihat pada ekspresi muka dan fahami ekspresi muka mereka.
- Jika perbualan itu membuat mereka rasa kecewa, berhenti dan berbual balik tentang perkara itu kemudian.
- Bawa gambar yang biasa dilihat, majalah kegemaran, barang atau gambar yang mereka suka untuk berbual tentangnya.
- Tunggu respon mereka untuk memberi jawapan setelah soalan diajukan kepada mereka dengan sabar
Kesimpulanya masalah percakapan yang ialami oleh pesakit
strok ada kemungkinan yang amat tinggi untuk dia pulih seperti sedia kala jika
keluarga terutama keluaraga terdekat terus beri sokongan dan membantu pesakit
untuk memulihkan kesukaran percakapan yang di alami oleh pesakit strok.
Yang paling utama kita perlu sabar dan sentiasa mempunyai
fikiran yang positif bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Dan yang utama
hendaklah kita memohon pertolongan daripada Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa
keatas segala makhluknya. Jika Allah izinkan pesakit untuk pulih, In sya Allah
akan berlaku pemulihan seperti sediakala. Dan inilah yang telah berlaku kepada
isteri saya setelah lebih 15 tahun saya bersabar menjaganya.
Setelah pesakit boleh bercakap walaupun dalam keadaan gagap, Sangat membantu jika pesakit diberi Al Quran untuk dibaca setiap hari. Semasa membaca Al Quran pesakit akan mengalami proses untuk menyembut perkataan dengan betul dan juga ia akan membantu otak untuk aktif kembali.. Kerana bacaan Quraan yang perlu kepada sebutan panjang pendek, berdasarkan hukum tajwid, akan mengalami proses pemulihan minda pesakit,
Kita juga perlu yakin firman Allah bahawa Al Quran itu adalah "penyenbuh".
Keadah ini telah saya gunakan untuk memulihkan percakapan isteri yang diserang strok pada tahun 2001 dahulu. Kini isteri telah kembali normal dari segi kemampuan bertutur dan mengigati sesuatu benda.
Setelah pesakit boleh bercakap walaupun dalam keadaan gagap, Sangat membantu jika pesakit diberi Al Quran untuk dibaca setiap hari. Semasa membaca Al Quran pesakit akan mengalami proses untuk menyembut perkataan dengan betul dan juga ia akan membantu otak untuk aktif kembali.. Kerana bacaan Quraan yang perlu kepada sebutan panjang pendek, berdasarkan hukum tajwid, akan mengalami proses pemulihan minda pesakit,
Kita juga perlu yakin firman Allah bahawa Al Quran itu adalah "penyenbuh".
Keadah ini telah saya gunakan untuk memulihkan percakapan isteri yang diserang strok pada tahun 2001 dahulu. Kini isteri telah kembali normal dari segi kemampuan bertutur dan mengigati sesuatu benda.
Allahu’alam,
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.